
Hari ketiga di hospital , suaminya masih gagal di hubungi. Bila pintu itu di buka dari luar , Kyra menoleh laju , sangkaan kali ini salah jua , hanya papanya yang muncul pada pintu itu. Dia senyum tawar , dia mengharapkan wajah suaminya keluar di sebalik pintu itu.
"Dah siap ?"
Kyra mengangguk perlahan. Dato Malek senyum. Mesti Kyra rindu kan Tengku Farathid. Wajahnya murung saja dua hari ini , tiap saat dia menanyakan Tengku Farathid.
"Okay good girl. Jom."
"Kita balik rumah Athid kan pa...?"
"Hmm.. rumah papa dulu ya sayang..."
Kyra menghentikan langkahnya , Dato Malek memandang pelik.
"Kyra nak balik rumah Athid..."
Perlahan dari Kyra. Dato Malek hanya mengangguk pasrah.
**************
Melihat keadaan Kyra yang sedikit membaik , Dato Malek meninggalkan Kyra di rumah mewah itu untuk dia kembali semula ke rumahnya , tiba masanya dia membiarkan anak menantunya menyelesaikan masalah mereka sendiri. Sehingga waktu 8 malam , Tengku Farathid masih belum balik ke rumahnya. Sudah dua kali juga Kyra ketiduran dalam bilik itu. Bilik tidur mereka.
Sebaik saja mendengar ekzos kereta memasuki perkarangan rumah itu , laju Kyra bangun dari baringnya. Menuju ke bawah. Setiba di tangga , wajah Tengku Farathid muncul di depan matanya , laju dia mendekat ke arah suaminya. Tengku Farathid berkerut dahi memandang Kyra di tangga. Kyra senyum manis , badan suaminya di peluk erat.
"You buat apa kat sini ?"
Tengku Farathid membuang peluk isterinya. Berubah wajah Kyra bila mendengar pertanyaan Tengku Farathid. Dia memaniskan wajah.
"Athid... I minta maaf....."
Tanpa menunggu Kyra menghabiskan ayatnya , Tengku Farathid melangkah menuju ke tangga , Kyra mengekori dari belakang. Tangan itu di paut juga.
"Sayang... I minta maaf...I tahu I salah."
Tengku Farathid menghentikan langkah , memandang isterinya kembali.
"Kenapa you datang cari I ? Boyfriend you mana ? Sayang ??? I tak layak dapat panggilan tu , boyfriend you lagi layak. I dah Ikhlas Kyra..."
Tengku Farathid melangkah kembali ke arah tangga itu , langkahnya laju meninggalkan Kyra . Kyra turut mengejar laju. Sehingga ke dalam bilik itu , pintu yang di tutup Tengku Farathid di tolak Kyra. Dia menutup kembali pintu itu bila berjaya masuk.
"Athid.. I mintaa maaf. Sayang... I betul betul minta maaf. Tolong maafkan I. I sedar , I bodoh. Semua benda yang I buat bodoh..."
__ADS_1
"Kembalikan anak I..."
Kyra terdiam. Dia sudah tersedu sedu. Mata merah Tengku Farathid menikam matanya yang penuh dengan airmata.
"You nak I maafkan you. Kembalikan anak I."
Perlahan ucapan Tengku Farathid , dia menunduk seketika , mukanya di raut kasar. Kembali memandang wajah Kyra di depannya.
"Kenapa sanggup you bunuh anak I Kyra ? Benci sangat you kat I sampai you sanggup bunuh anak kita ? Kenapa Kyra ?"
Makin terseksa Kyra melihat wajah itu yang sudah penuh dengan airmata. Bibir Kyra terketar ketar , rasa sakit hati sekarang mengatasi segalanya , dia gagal , gagal menjadi isteri yang baik untuk Tengku Farathid. Tengku Farathid mula mendekatnya.
"Kenapa sekarang baru you nak minta maaf ? Dengan maaf you boleh kembalikan baby I ? Apa salah baby I Kyra ? Anak I tak layak ada pada rahim you ? Iyaaa , anak I tak layak.. I sedar.. I dah cukup merayu pada you , anak I tak salah apa apa. Kenapa you buang dia macamtu ?"
"I tak bunuh anak kita sayang.. I tak buat."
Tangan Kyra lembut memegang kedua pipi Tengku Farathid , Tengku Farathid membuang laju , berundur setapak dari Kyra.
"I tak tahu macam mana I boleh jatuh cinta dengan you."
Kata kata Tengku Farathid mencucuk halus hatinya , tiada lagi kata kata sayang Tengku Farathid untuknya , Kyra kembali mendekat , kedua lengan Tengku Farathid di sentuh lembut.
"I minta maaf sayang , tak jaga baby kita..."
"Ini yang you nak ! You nak baby kita mati !! You tak nak lahirkan baby I. You buang dia.. buat apa lagi you datang sini ? You boleh pergi. Pergi dengan lelaki you.. jangan datang lagi."
Tengku Farathid meramas rambutnya , Kyra meluru ke dakapannya , memeluk erat tubuh itu. Kemas.
"I tak buang baby kita sayang... benda tu excident , I tak nak pergi dengan siapa siapa... I nak ada dengan you... tolong maafkan I. I salah anggap ! I tuduh you macam macam. I tahu you tak buat semua tu. I yang bodoh , I yang silap... tolong.... I sayang you.."
"Zacran dah campakkan you ? You dah puas dengan dia ?"
Tengku Farathid berusaha membuang Kyra dalam tubuhnya , sekuat tenaga Kyra memeluknya , tak mahu melepaskan. Dia harus membaiki semuanya. Dia tak rela jika kehilangan Tengku Farathid di kala ini. Sungguh dia tak rela.
"Takk... I tak sayangkan dia. I sayangkan you. Percaya cakap I Athid. I sayangkan you sorang."
"Kyra..... hati you senang berbolak balik , cinta you untuk Zacran , bukan I. You pergi kat dia , I dah ikhlas..."
"Takk !!! Jangan cakap macamtu. I tahu you sayang I. I tahu !"
Esakan Kyra makin kuat. Pelukannya untuk Tengku Farathid makin kuat, Kepalanya masih lekat di dada Tengku Farathid.
__ADS_1
"I dah buang perasaan sayang dekat you , bila you buang baby I."
Tengku Farathid melafaz perlahan. Kyra memejam rapat matanya seketika , kekuatan di kumpulnya , cukup pahit untuk menerima semua kata kata Tengku Farathid. Dia melonggarkan pelukan , wajahnya mula memandang Tengku Farathid.
"I tak buang baby kita.. Athid.. percaya lah. I jatuh..."
Badan Kyra di tolak sedikit ke belakang. Lemah badan itu berundur akibat tolakan dari Tengku Farathid. Airmatanya makin laju. Mungkin perasaan sama yang di rasai Tengku Farathid bila suaminya cuba menjelaskan semua salah faham pada kejadian hari itu.
"I tak nak tengok muka you lagi."
Tengku Farathid melangkah ke arah ruang persalinan tanpa menghiraukan Kyra dengan esakan tangisnya.
********************
Kyra berdiri bila Tengku Farathid keluar dari ruangan itu , suaminya sudah dengan baju tidurnya.
"I nak you keluar , I nak tidur. I penat."
Tengku Farathid bersuara.
"I nak tidur dengan you..."
Kedengaran Tengku Farathid gelak sinis. Wajah isterinya di pandang.
"I tak layak tidur dengan you.. I ni menjijikkan ! Ramai lagi lelaki yang lebih layak. So get out..."
Wajah Kyra sudah murung tidak di pedulikannya.
"I minta maaf.. I tak patut cakap macamtu..."
"Get out..."
Sepatah dari Tengku Farathid. Kyra tetap mendekat , sebaik saja dia duduk di katil itu , tangannya di genggam Tengku Farathid.
"Aww..awwww.. sakittt...."
Sedikit berkerut wajah Kyra menerima genggaman kuat dari Tengku Farathid.
"Keluar !!"
Terketar badan Kyra mendengar jerkahan kuat Tengku Farathid. Dia membuat muka monyoknya. Mula berdiri dari katil itu. Tidak berganjak. Tengku Farathid bangun dari katil , menarik tangan Kyra keluar dari bilik itu.
__ADS_1
"Pergi tidur dengan lelaki mana mana you nak.."
Ucap Tengku Farathid sebelum menghempas kuat pintu itu. Airmata Kyra mula turun lagi. Dia berjalan perlahan ke arah bilik lain.