
"The most beautiful lady in the world. Kyra Mayseraa Malek Mansor. Are you ready.?"
Tengku Farathid menghulurkan tangannya pada Kyra. Kyra menyambutnya kelat sebelum mereka beriringan keluar. Mereka tiba di hadapan pintu dewan yang di tutup rapat.
"Tengku... Cik puan... Dah ready ke?"
Suara petugas dari pihak perancang majlis perkahwinan mengingatkan mereka tentang majlis yang sedang berlangsung di dalam dewan.
"Yaa , we may start now."
Arah Tengku Farathid sambil melemparkan senyuman pada Kyra disebelah. Lelaki tadi memberi arahan kepada beberapa pekerja teknikal melalui alat walkie talkie. Sebaik saja pintu dewan di buka. Gelap. Tengku Farathid dan Kyra berjalan masuk. Lampu sport light di halakan kepada mereka. Lampu satu persatu di buka mengikut langkah mereka. Bebunga kecil mula turun menghujani mereka. Tengku Farathid tersenyum memandang Kyra disebelah setelah merasa rangkulan tangan Kyra padanya makin kemas. Mungkin Kyra gugut. Lampu lampu di bawah mula menyuluh jalan hinggalah mereka sampai di atas pentas. Mereka duduk di pelamin yang telah di hias indah.
Seluruh dewan kini mula cerah. Kyra memandang seisi dewan. Susun atur yang kemas . Cantiknya ! Jerit hati Kyra. Semua mata tertumpu pada mereka. Pengacara memulakan majlis dengan menjemput ustaz untuk membacakan doa untuk mempelai. Setelah doa habis di baca. Pengacara majlis menyeru nama Tengku Farathid sebelum dia bangun melangkah menuju ke kiri pentas.
"Thank you ladies and gentleman for attending our wedding party.... and big thanks for my beautiful wife... Kyra Mayseraa sudi jadi isteri dan pendamping hidup saya."
Tengku Farathid senyum sebelum menoleh ke arah isterinya di atas pelamin. Kyra cuba memaniskan wajahnya. Dia senyum. Tak mahu orang curiga.
"Mungkin saya bukan pilihan dan cinta pertama Kyra. But it's okay , saya akan jadi cinta Kyra yang terakhir.... and untuk pengetahuan kalian , yes...... Kyra adalah first and last cinta saya and perhaps it will be more meaningful if each of you , ladies and gentlemen could pray that our love will last forever."
Sambung Tengku Farathid. Kedengaran seisi dewan menyatakan amin. Tengku Farathid senyum.
"Thanks"
Tengku Farathid kembali ke arah Kyra di tengah pentas. Seisi dewan bertepuk tangan. Setelah itu suasana di serikan lagi dengan nyanyian oleh penyanyi terkenal Malaysia , Dato SitiNurHaliza. Semua mereka menikmati persembahan itu. Majlis itu jugak dimeriahkan oleh penyanyi Indonesia Afgan dan Taufik Batisah dari Singapura. Wartawan wartawan juga sibuk membuat rakaman dan liputan.
Majlis mereka diteruskan dengan makan beradap Tengku Farathid dan Kyra bersama kerabat di raja serta menteri menteri besar Malaysia. Setelah selesai mereka mula menyapa tetamu yang hadir.
"Congrats Athid."
Tengku Amran menghulurkan tangan dan di sambut ramah oleh Tengku Farathid.
"Thanks Uncle."
Tengku Amanda di sebelah hanya mendiamkan diri. Tengku Zaharah juga tidak mengindahkan Kyra disebelah Tengku Farathid , langsung tidak menyapanya. Kyra memaniskan muka dan menghulurkan tangan pada Tengku Amanda dan Tengku Zaharah.
"Thanks for coming."
Kyra menyapa lembut.
"Welcome, congrats for your wedding."
Tutur Tengku Amanda perlahan.
__ADS_1
"You dah okay ?"
Tanya Tengku Farathid setelah melihat wajah tak bermaya Tengku Amanda. Tengku Amanda hanya tersenyum sebelum menghulurkan tangannya pada Tengku Farathid. Setelah Tengku Farathid menyambut , Tengku Amanda memeluk erat badan Tengku Farathid. Tengku Farathid terkesima. Tengku Amran dan Tengku Zaharah mukanya terkejut. Kyra hanya membuat muka bersahajanya. Tiada perasaan. Perlahan lahan pelukan Tengku Amanda pada Tengku Farathid dilepaskan. Tengku Amanda memaniskan wajah memandang Tengku Farathid.
"Congrats. You dah jadi husband orang. Nanti tak boleh nak teman I macam selalu dah."
Tengku Farathid senyum kembali. Dia gelak kecil.
"Chill lah , I tak mati lagi la. Jangan buat muka sedih macam ni boleh. Wedding party I , you patut happy ."
Tengku Amanda senyum nipis mendengar bicara Tengku Farathid.
"Dia tak sihat , nak happy macam mana.?"
Suara Tengku Zaharah tegas menyampuk. Kyra senyum sinis.
"Yaaa , dia patut pergi hospital bukan kat sini."
Bersahaja dari Kyra. Tengku Zaharah memandang tajam Kyra. Tengku Farathid berpaling memandang serius Kyra. Tak suka dengan kata kata Kyra. Kyra tak rasa kata katanya salah.
"Congrats man !!"
Tiba pulak beberapa kawan dari Tengku Farathid dari belakang. Memeluk erat tubuh Tengku Farathid. Tengku Farathid hanya membalas. Tengku Amanda dan ibubapa meminta izin dari Tengku Farathid untuk mengundurkan diri setelah itu. Kawan kawan dari Kyra juga mula menyapa. Masing masing mengucapkan selamat di atas pernikahan mereka. Tak putus putus yang datang menyapa . Mereka hanya melayan saja. Tengku Farathid leka berborak dengan teman temannya. Kyra yang dari tadi menjadi perhatian Juwita , di heret Juwita mencari ruang untuk berbicara.
Teruja suara Juwita. Kyra masih lagi tak faham. Muka berkerut cuba memahami kata kata Juwita
"Dia mana pulak kau ni. Tiba tiba je."
Kyra menyoal hairan.
"Husband kauu.... Tengku Farathid. Ingat tak dulu kat UM ? Dia ada sekali dengan kita kan?"
Juwita berkata kata sambil matanya memandang Tengku Farathid yang leka berbual bersama sama temannya di depan. Bimbang kalau kalau Tengku Farathid mendekati tanpa dia sedar.
"Haaa? Maksud kau ?? Bila pulak? Aku tak tahu pun."
Kyra tak ingat. Mukanya masih keliru.
"Adaa lahh , tak silap aku , almost four months dia datang , pastu dia hilang. Mungkin dia tukar U kot. Patut la aku macam pernah nampak dia. Tapi tadi aku tak ingat. Sekarang baru ingat. Ke kau memang contact dia dari U lagi ea ? Tak bagitau aku??"
Juwita membuat muka curiganya pada Kyra.
"Mengarut kau ni. Tak ada maknanya. Aku pun tak tahu dia turun dari langit mana . Tiba tiba muncul dalam hidup aku."
__ADS_1
Kyra pulak membuat muka jengkelnya. Dia masih benci.
"Lelaki kiriman tuhan ke ? Tiba tiba hadir untuk kau ? Macamtu? Ololoo so sweet."
Juwita gelak kecil menyindir Kyra. Kyra menepuk laju bahu Kyra. Tak senang.
"Apaa kau ni . Melebih kann."
Muka Kyra masam. Juwita yang perasan itu. Mencuit lembut bahu Kyra.
"Alaaa aku gurau. Ehh jap.... kau memang tak jemput Zacran ke ? Zacran curang dengan kau kan. Kalau aku jumpa dia , siap aku kerjakan. Patut kau jemput dia , biar dia tengok wedding party kau yang awesome ni , mengalahkan retis. Lelaki tak guna...."
Juwita mula membuat andaiannya sendiri. Dia yakin ikatan pertunangan Kyra dan Zacran putus kerana ulah Zacran sendiri. Juwita cukup yakin Kyra takkan mudah meninggalkan Zacran tanpa alasan. Pasti itu sebabnya. Belum sempat Kyra menjawab Tengku Farathid mendekati dari belakang memeluk erat pinggang Kyra. Dia sedikit terkejut. Juwita hanya senyum melihat perbuatan suami teman baiknya itu.
"Don't worry , i will take good care of her."
Tengku Farathid sudah di sebelah kanan Kyra. Tangannya masih meranggul pinggang Kyra. Tangan kiri Kyra cuba membuang tangan Tengku Farathid di pinggangnya. Mukanya masih di maniskan. Tak mahu Juwita curiga.
"Kalau orang lain tak boleh jaga , it's okay. I kan ada. I boleh jaga you sampai I tua."
Tengku Farathid menarik tubuh Kyra ke badannya. Rapat. Pelukannya di kemaskan. Muka Kyra sudah membahang malu di perlakukan begitu di depan kawannya apatah lagi dengan keadaan sekeliling yang masih ramai tetamu. Dia tiada daya untuk menolak melawan tenaga Tengku Farathid. Juwita yang di depan sudah malu malu melihat perlakuan suami isteri itu. Juwita meminta diri untuk ke tandas . Lalu meninggalkan mereka berdua.
"You ni dah kenapa?? Lepaslah."
Kyra menolak nolak badan Tengku Farathid. Tengku Farathid masih bertegas.
"You behave eaa , cukup kita je tahu pasal ni . I taknak orang lain tahu. Mulut tu jangan nak berani sangat kalau taknak I buat apa apa."
Tengku Farathid mendekatkan mukanya pada muka Kyra. Bibir Kyra ditujunya. Kyra menahan dada Tengku Farathid sekuat tenaganya.
"You dah kenapa????? Orang tengok la...!!"
Kyra memandang sekeliling. Suaranya masih di kawal. Perlahan tapi menekam. Segan dengan perbuatan melampau Tengku Farathid di depan umum. Mamat ni memang gila. Tengku Farathid hanya senyum. Senyum nakal.
"So what ? Dorang dah tahu you wife I kan. Nak malu apa. ."
"Athid.... please.."
Muka Kyra merah. Antara takut dengan malu. Bercampur baur. Tak larat mahu melayan perangai gila Tengku Farathid di depan umum.
"Okay , then stop buat benda I tak suka. Jangan sampai reporter tulis yang macam macam pulak. Dan...... jangan babitkan hal kita dengan orang lain... even Juwita or whoever la."
Tengku Farathid senyum nipis sambil di pegangnya pipi Kyra. Kyra hanya menatap. Antara benci dan takut.
__ADS_1