Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 92


__ADS_3

Tengku Amanda berjalan mendapatkan Kyra , di peluknya badan itu , Tengku Farathid melarikan sedikit badannya memberi ruang..


"How you feel ?"


Tanya Tengku Amanda..


"Better lah dari tadi.."


Kyra membalas senyum.. Tengku Amanda mengangguk lega.. Dia berpaling ke arah Juwita.. Seakan mengerti maksud Tengku Amanda , laju saja Juwita mendekat , memberikan bayi itu kepada Tengku Amanda.. Tengku Amanda menyambut dengan senyuman..


"Boy... girl dengan papatuk dia.."


Juwita berkata.. Tengku Amanda mengangguk faham.. wajah si kecil itu di tatap Tengku Amanda. Sekilas dia memandang Tengku Farathid..


"Kecil kecil dah handsome macam daddy ya ? Mesti girl lawa macam mummy dia."


Tengku Amanda menjengguk bayi perempuan di pegangan Dato Malek.. Dato Malek mengangguk.. dia mendekat ke arah Tengku Amanda..


"Mesti lah.."


Balas Dato Malek bersahaja.. Tengku Zaharah mendekat dengan Tengku Amanda.. turut terbuai dengan kecomelan si kembar itu.. dia tersenyum..


"Bila lah , mama nak boleh cucu.. mesti comel macam ni juga.. Manda pun , jangan lama lama.."


Membulat mata Tengku Amanda mendengar kata kata mamanya.. dia sudah tersipu malu bila mata semua memandang padanya..


"Arrr , nanti ada jodoh , ada lah.."


Balas Tengku Amanda bersahaja..


"Jodoh dah ada depan mata.."


Juwita berkata selamba.. Hans buat buat batuk..


"Betul lah Manda cakap tu.. kalau jodoh , tak akan ke mana.."


Hans sudah masuk campur. Tengku Amanda buat buat tak dengar. Malu berada di situasi begitu..


"Aaaa , bila Kyra boleh keluar hospital.. nanti Auntie Manda boleh bawa kan hadiah untuk baby , tadi tak sempat.. kalut sangat.."


Tengku Amanda cuba menukar topik , pipi si kecil itu di ciumnya lembut.. Kyra yang faham , hanya melayan..


"Tak sure lagi.. mungkin esok atau lusa kut.. kan sayang ?"


Wajah Tengku Farathid di pandangnya.. Suaminya hanya mengangguk seraya tersenyum..


**************


Kyra sempat tinggal di hospital sehari , dia di benarkan pulang , tiada apa apa yang teruk di laluinya masa melahirkan.. nasi putih dan ikan bakar itu di suapkan Tengku Farathid untuk Kyra buat suapan yang terakhir.. Masa pantangnya cuba di jaga baik Tengku Farathid..


"Nak lagi ?"


Soal Tengku Farathid.. Kyra menggeleng seraya tersenyum..


"Cukup untuk pagi ni.. thanks sayang.."


"Welcome.. nanti lepas pantang kita makan yang best best ya.."


Dahi Kyra di kucup lembut. Kyra sudah ketawa mendengar pujukan suaminya , dia baru dua hari memakan makanan begitu , sudah cukup membuat Tengku Farathid gundah.. Tengku Farathid mencuci tangannya sebelum mengambil anaknya dari katil bayi itu..


"Anak daddy lapar tak ? Kita makan dulu ya.. abang dengan mummy , adik dengan daddy.."

__ADS_1


Anak lelakinya di berikan kepada Kyra.. Kemudiannya dia mendapatkan anak perempuannya.. di cium lembut pipi kecil itu.. Si kecil dalam gendongannya sudah mula merengek..


"Kesian girl , daddy ni.. lapar ya ?"


Dia duduk di sebelah Kyra , mereka mula menyusukan si kembar itu.. dua dua si kecil itu tenang menikmati hidangan mereka.. Tengku Farathid tersenyum bahagia.. sedikit demi sedkit , hampir saja botol mereka itu kosong.. Kyra meletakkan botol yang hampir habis itu di atas meja.. pipi halus anaknya di sentuh lagi..


"Boy mummy so fast.."


Kyra berkata , kemudiannya pipi anaknya itu di cium.. Tengku Farathid hanya memerhati , botol di tangannya di letakkan di atas meja sekali dengan botol yang tadi.. Dia bangun dari kerusi itu.. Kelibat Beego mula mendekati mereka.. Tengku Farathid memandang hairan..


"Tengku.. Cik Puan... err... kat luar ada Adzran... dengan Puan Zati.."


Beego memberi pengkabaran.. Tengku Farathid tersenyum.. dia faham dengan maksud wajah Beego itu..


"Suruh dorang masuk.."


Beego mengangguk faham beredar pergi..


"Bik... Bik Mona.. siapkan makanan untuk tetamu kita.."


Bik Mona laju mendapatkan Bik Ani setelah mendengar arahan dari Tengku Farathid.. kelihatan Adzran dan Puan Zati masuk ke ruang tamu itu.. Adzran mendapatkan Tengku Farathid , tangan itu di capainya , di cium cepat.. Puan Zati yang masih ragu ragu itu cuba mendekat..


"Duduk Auntie.."


Mendengar kata kata Tengku Farathid , Puan Zati senyum , dia mengangguk angguk sambil perlahan lahan mendekat dengan Kyra..


"Sorry kalau kami kacau masa abang dengan akak.. Mama bising , dia cakap nak tengok baby.."


Adzran sudah merasa serba salah , kata kata Tengku Farathid dahulu padanya di rumah ini masih dalam ingatannya..


"Auntie minta maaf banyak banyak Athid.. Kyra... Auntie salah.. Auntie menyesal.. Auntie berdosa sangat dekat Athid.. maafkan Auntie.."


Mendengar kata kata Tengku Farathid , Puan Zati hanya mengangguk faham..


"Ala laa , comelnya kembar uncle Adz ni.."


Adzran cuba menukar suasana setelah melihat muka monyok mamanya itu , kali ini dia pasti , mamanya ikhlas mengucap kata lata maaf itu.. jasa Tengku Farathid buat untuknya jelas sekali sukar untuk di balas , cukup saja mereka menghargai dan berbuat baik pada Tengku Farathid dan keluarga.. Bayi di pangkuan Tengku Farathid di hulurkan ke arah Adzran. Tiba tiba wajahnya jadi panik..


"Err.. aku tak pandai bang..."


Tengku Farathid sudah tergelak melihat telatah Adzran yang serta merta berundur jauh darinya. Puan Zati sudah mendekat , cuba mendapatkan anak dari pegangan Tengku Farathid..


"Ishh , biar mama yang pegang.. si comel bulat ni.."


Puan Zati sudah mengambil bayi itu..


"Kena belajar lah , nanti nak kawin , kena buat juga semua ni.."


Adzran sudah mengaru mendengar kata kata Kyra..


"Jauh lagi kak , sekarang kena kerja , jaga mama dulu ,  baru boleh cari isteri.."


Jelas Adzran sambil tersengih sengih.. Tengku Farathid duduk sebelah isterinya..


"Sekarang kerja mana ?"


Soal Tengku Farathid serius.. Adzran sudah mengaru kepala kembali..


"Sekarang jadi mat delivery je.. kerja susah sekarang ni. Tapi tak apa lah.. janji halal , boleh bagi mama makan , tempat berteduh.."


"Esok datang hotel.. kerja dengan aku.."

__ADS_1


Terlopong mulut Adzran mendengar kata kata Tengku Farathid , Puan Zati yang tadi leka bermain dengan baby tiba tiba saja memandang wajah Tengku Farathid..


"Serius ke bang ?"


Soal Adzran teruja.. Tengku Farathid mengangguk..


"Ha,ah.. kerja dengan aku lah. Senang sikit aku nak tengok , mana tau tak ada depan mata , kau pergi berhutang lagi dengan lidah darat tu semua."


Usik Tengku Farathid , wajahnya serius.. Adzran sudah tersengih..


"Thanks bang.. nanti besok pagi pagi lagi aku sampai kat sana.."


Adzran tersenyum bahagia , begitu juga Puan Zati.. siapa sangka Tengku Farathid sanggup mengambil anaknya bekerja dengan segala perbuatan jahat mereka anak beranak dahulu , sungguh Puan Zati menyesal..


"Terima kasih Athid.."


Ucap Puan Zati dalam hiba.. Tengku Farathid hanya senyum seraya mengangguk..


"Aaa , si comel berdua ni dah ada nama ke ?"


Adzran cuba mengalihkan topik , tak mahu mamanya mengingat kisah yang dulu.. Tengku Farathid senyum , wajah isterinya di pandang sambil tersenyum.. Kyra membalas senyuman itu..


"Dahh , kitorang dah ada nama untuk dorang.."


Kata Kyra sambil tersenyum..


"Fakhr Al Kashaf untuk boy.."


Balas Tengku Farathid..


"Faaeqa Karmila untuk girl.."


Sambung Kyra laju.. Puan Zati dan Adzran sambung senyum..


"Emm.. comel lah nama twin Uncle Adz ni , secomel wajahhnya.."


Tangannya mencuit lembut pipi si kecil dalam pegangan mamanya itu.. si kecil itu merengek kecil , seakan memahami.. Adzran dan Puan Zati lepas tawa..


"Iyaa.. Faaeqa tau , Uncle Adzran... tengok Faaeqa dah senyum.."


Puan Zati sudah mencium Faaeqa Karmila yang masih dengan senyumam itu.. Bik Mona datang ke arah mereka..


"Makanan dah sedia Tengku.."


Katanya cepat.. Tengku Farathid mengangguk..


"Jom makan.."


Pelawa Tengku Farathid..


"Ehh susah susah je.. kitorang datang bukan nak makan , nak tengok baby je.."


Puan Zati sudah serba salah jadinya , laju saja mereka menyediakan makanan untuknya dan anak lelaki..


"Tak apa lah , bukan selalu kan.. kita makan sama sama.. Kyra tak dapat join lah , dia kena jaga badan.. sayang okay kan ?"


Tengku Farathid berpaling , menanti reaksi dari isterinya , Kyra hanya mengangguk seraya tersenyum.. Bik Mona laju mendapatkan Faaeqa di pegangan Puan Zati..


"Ha,ah... korang pergi lah makan , lagipun Athid tak makan lagi tu , tadi degil , nak suapkan Kyra je.. dia tak makan pun.."


Ucap Kyra dalam senyuman.. Puan Zati mengangguk faham.. Akhirnya mereka mengiringi Tengku Farathid ke arah dapur itu..

__ADS_1


__ADS_2