Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 41


__ADS_3

Kyra laju nenuruni tangga itu , mendekati mereka semua , Tengku Farathid melepaskan hela yang panjang , melihat wajah serius isterinya itu.


"Kalau ada masalah , bincang baik baik. Bukan macam ni cara dia , kenapa perangai you teruk sangat ni."


Kyra bersuara setelah berhadapan Tengku Farathid, suaranya di tekan dalam sedikit agar tidak terlalu kuat untuk di dengar Puan Zati dan Adzran. Tengku Farathid menenangkan dirinya , Kyra di depan di pandang serius.


"Ni semua salah Mama Zati , Mama Zati yang tak pandai jaga anak , kalau sejak dulu Mama Zati nasihatkan Adz , mesti dia tak berhutang dengan lintah darat , Ah long tu semua , sekarang mesti kitorang tak susah macam sekarang , hidup dalam ketakutan dan larian je."


Adzran terkejut memandang mamanya itu , tak sangka itu yang keluar dari mulut mamanya. Puan Zati sudah mengisak isak menangis , cuba berlakon sedih , kali ini dia mesti menyakinkan Kyra untuk memujuk Tengku Farathid membenarkan mereka tinggal di rumah mewah itu. Kyra memeluk Puan Zati yang sedih menangis dengan penuh kepuraan itu. Dia menepuk perlahan , menenangkan Puan Zati , tidak dia sedar yang sedang dia peluk adalah ular berbisa yang boleh menerkamnya bila bila masa sahaja. Tengku Farathid memandang tak senang.


"Kyra..."


Tengku Farathid cuba membalikkan badan Kyra menghadapnya , Kyra menjonget bahu , tidak mahu. Badan Puan Zati masih di peluknya.


"Kalau daddy Faiq ada , mesti semua harta ni di bahagikan sama rata. Kitorang tak akan merempat macam sekarang."


Adzran cuba memanaskan suasana.


"Kau mengarut apa ? Kemas semua barang kau , berambus dari rumah aku !"


Lantang arahan Tengku Farathid. Kyra membalik badan , memandang tajam suaminya.


"Athid !"


"What ?? Enough Kyra."


Tengku Farathid menarik tangan Kyra untuk melangkah sama , Kyra merentap kasar tangannya , Tengku Farathid mendengus kuat. Kenapa isterinya selalu bertingkah tidak sesuai keinginannya.


"You tak patut buat mereka macam ni , dorang pun family you , jangan lah nak penting kan diri sendiri Athid."


"You know nothing Kyra. Let's go."


Tangan Kyra di tarik kembali.


"Bik Mona pastikan barang barang mereka takda satu pun tertinggal kat sini."


Bik Mona di tangga mengangguk faham. Selangkah berjalan , Kyra menarik kembali tangannya.

__ADS_1


"Kalau you halau dorang , I pun tak nak duduk kat dalam rumah ni , you lupa janji you ? Apa yang you janji kat I ?"


Tengku Farathid menatap Kyra. Dia ingat janjinya pada Kyra , untuk membuat Kyra sentiasa bahagia di sisinya , tapi bukan untuk biarkan pembunuh mummynya bahagia di rumah mereka. Tengku Farathid segera berpaling , melangkah jua ke arah tangga tanpa mempedulikan lagi isterinya bersama musuh musuh yang di bencinya.


"Err , mama Zati jangan risau , nanti Kyra pujuk Athid. Jangan fikir sangat ya."


Puan Zati masih dengan lakonannya , dia mengangguk sedih.


"Mama Zati harap Kyra dapat pujuk dia , mungkin dia masih marah , tak boleh terima Munmy dia dulu di duakan , Daddy nya kahwin dengan Mama Zati."


Kyra mengosok bahu Puan Zati sebelum melangkah menyusuri Tengku Farathid. Bik Mona pula terus ke bahagian dapur.


"Aihh , lawa betul bini dia ma...... Kalau dapat ni ."


Adzran bersuara miang. Bahunya di tampar kuat Puan Zati. Terkejut lelaki itu dia buatnya.


"Kau tak payah nak fikirkan itu , si Athid tu lebih kaya dari dia , lain la kalau perempuan tu lagi kaya , boleh lah kau nk bedal pun. Sekarang kau kena fikir macam mana cara nak terus stay kat sini. Rebut semua yang ada kat rumah ni haaa."


Mamanya di renung kembali.


Marah Adzran. Bahunya kembali di tampar.


"Biar lah drama sikit , baru lah perempuan tu kesian kat kita , kalau nak ikut si kepala batu tu , memang dia tak peduli , nasib baik dia dapat bini slow macam tu , mudah kerja kita."


Ketawa mereka di tahan , takut takut terlepas kuat.


***********


"I tak faham lah dengan perangai you ni , semua orang you letak bawah kaki you je , tak boleh ke you nak bertimang rasa sikit ?"


Tengku Farathid mendiamkan diri , bebelan isteri di buang terus dari hati , tak mahu dia bergaduh lagi.


"You dengarkan apa I cakap ? You boleh tak campak ego you tu jauh jauh sikit ? Semua orang pernah buat salah. Macam mana sekali pun dia tetap mama tiri you."


"Dia bukan mama tiri I. Dia bukan sesiapa. Dia orang luar."


Tengku Farathid menenangkan dirinya.

__ADS_1


"I tak pernah letak you bawah tapak kaki I , Kyra. I selalu campak kan ego I untuk you. Semua orang buat salah ? Salah I ? You tak pernah maaf. Kenapa you selalu dengar dari orang luar berbanding suami you sendiri."


Tengku Farathid menyambung. Kyra di depan di pandang tenang , si isteri membalas pandangan itu.


"Itu bukan masalahnya sekarang. Sekarang dorang perlukan you , family dorang...."


"I bukan family dorang !!!"


Terjonget bahu Kyra terkejut menerima laungan itu. Perasan dengan keadaan itu , Tengku Farathid meraup rambutnya , cuba menenangkan diri. Kyra di dekatinya , di peluk tubuh itu.


"Im sorry... I tak boleh terima mereka , I harap you faham. I biarkan mereka duduk kat sini beberapa hari , lepas tu , I tak akan tengok muka dorang lagi."


"Athid.."


Kyra membalas pelukan itu , suara halus itu meniti di telinga Tengku Farathid. Seakan akan memujuk. Tengku Farathid memejam erat seketika matanya , menahan dirinya.


"Sayang.... dia tak pernah kahwin dengan daddy , dia bukan mama tiri I , antara kami tak ada hubungan. Anak lelaki dia bukan adik I , bukan anak Daddy."


Tengku Farathid melonggarkan pelukannya , bahu Kyra di pegang lembut. Matanya menatap halus mata isteri.


"I anak tunggal Daddy. Tengku Faiq Amsyar. Dia kawan mummy yang mummy kenalkan kat Daddy , atas sebab ingin menolong , Mummy hilang Daddy , bukan sebab Daddy curang , tapi sebab fitnah perempuan tu."


Tengku Farathid menahan sebaknya , ada air jernih muncul di birai matanya. Hati Kyra bagai di tikam halus melihat keadaan suaminya itu. Tengku Farathid di bawa ke dakapannya , memeluk erat. Dia tak mampu berkata apa apa lagi , rasa bersalahnya menebal dalam diri. Kyra mengetap bibirnya , menahan emosi.


"I tak boleh maafkan mereka bukan sebab ego I tinggi , bukan sebab I tak ada rasa kesian.... sebab I rasa manusia macam mereka tak patut di maafkan , I tahu rasa sakit yang Mummy rasa dulu , sampai sekarang melekat kat hati I. I tak akan sesekali lupakan itu semua mudah mudah...."


Suara halus Tengku Farathid bagai merobek jantungnya , jelas sekali dia langsung tidak memikirkan perasaan Tengku Farathid bila berbicara , dia khilaf.


"I minta maaf , bukan tu maksud I. I just nak you jadi orang yang pemaaf.... I faham kalau you still tak dapat maafkan dorang."


Tengku Farathid kembali menatap Kyra. Akhirnya Kyra memahami hatinya.


"I tak nak benda yang jadi dulu berulang lagi.."


Perlahan suara si suami untuknya.


"Iyaa , benda tu tak akan jadi lagi. Don't worry. I akan cakap dengan mereka."

__ADS_1


__ADS_2