
Zacran senyum menatap wajah yang di rindui itu , Kyra kelu , hanya mendiamkan diri.
"I miss you."
Matanya tak lepas memandang Kyra.
"Zac... you datang dengan siapa ?"
"You rindu i tak , Kyra ?"
Langkah Tengku Farathid lurus menuju ke arah itu. Tatapan empat mata itu jelas tidak menyenangkan hatinya. Suaminya yang berjalan menuju kearahnya , sedikit mengusarkan hati Kyra. Papa menjemput lelaki ini ? Mustahil , Kyra yakin benar Dato Malek tidak berbuat begitu. Atau suaminya ?
"Long time no see."
Tengku Farathid senyum leret , isterinya di pandang sekilas. Cuba melihat reaksi Kyra. Zacran sudah membuat muka jengkelnya melihat kelibat Tengku Farathid di depannya.
"It's okay untuk jauh di mata , tapi tetap dekat kat hati."
Zacran senyum lagi , Kyra di depan tetap menjadi tatapannya. Tengku Farathid senyum sinis.
"Zacran..."
Dato malek datang menegur , mereka bertiga berpaling serentak. Zacran menghulur tangan , bersalam seperti biasa.
"Jemput la makan."
Dato Malek hanya berbasa basi , tak mahu keadaan yang tegang muncul di antara mereka bertiga.
"Iyaa Dato . Thanks."
Panggilan Zacran pada Dato Malek sudah bertukar , mungkin panggilan dulu tidak layak lagi untuk Zacran gunakan. Melihat Dato Malek yang tak berganjak dari situ , Zacran mula berjalan ke arah meja buffet , meninggalkan Tengku Farathid dan Kyra.
"You jemput dia ke sini ?"
Kyra memandang tak puas hati , membulat mata Tengku Farathid mendengar pertanyaan isterinya itu.
"Noo.. buat apa nak invite dia ?"
"Iya lah tu... i know him , dia tak akan datang kalau tak di invite."
Kyra memandang gerak geri Zacran di depan , Tengku Farathid di sebelah menjeling seketika.
"Yaa , you know him better than me. I know that. So kepercayaan you lebih kat dia dari I ?"
Tengku Farathid sudah mula membuat muka tegangnya , Kyra di sebelah menoleh laju ke arah suaminya bila nada bicara Tengku Farathid berbau cemburu.
"Bukan macam tu... kalau betul you invite dia , just jujur jelah , tak payah nak bohong..."
"I tak pernah tipu you Kyra...."
"Hey Kyra.. congrats...."
__ADS_1
Sapaan dari wanita separuh umur itu mematikan perbualan mereka.
**********
"So Kyra dengan Zacran boleh jadi kawan lepas mereka putus..?"
Suara dari belakang membuatkan Tengku Farathid berpaling memandang. Tengku Amanda senyum manis kepadanya.
"Er , yaa. Mereka kawan. Mereka putus cara baik kan."
Tengku Farathid bohong. Semestinya dia tak mahu lelaki itu menjadi kawan isterinya buat masa sekarang ataupun mungkin untuk selamanya. Kyra yang leka berborak dengan kawan kawannya masih menjadi tumpuan Tengku Farathid, sesekali dia mencuri pandang Zacran yang masih di meja itu. Jarak lelaki itu dengan isterinya agak dekat.
"You bahagia ?"
Mendengar soalan itu keluar dari mulut Tengku Amanda , Tengku Farathid mula menatapnya.
"Of course lah I bahagia."
Tengku Farathid senyum.
"You yakin Kyra pilihan terbaik you.?"
Kening Tengku Farathid sudah terangkat menerima soalan dari Tengku Amanda.
"Iyaa.. dia pilihan terbaik I. I yakin dia isteri terhebat untuk I."
Tengku Amanda pula senyum. Sakit hatinya di biarkan pergi.
"Maksud you ?"
Tengku Farathid tak faham.
"Iyaa , walaupun orang yang kita cinta tak mencintai kita , kita tetap anggap orang tu mencintai kita."
Mata Tengku Farathid tak berkedip melihat Kyra di depan sana , kata kata Tengku Amanda jelas menikam fikirannya. Tapi sudah jelaskan , Kyra sudah menyatakan cintanya. Dia yakin Kyra betul mencintainya , tapi kegusaran yang hadir tika ini , tak mudah untuk Tengku Farathid tolak , apakah cinta isterinya untuk lelaki itu sudah hilang. Hatinya disambar gelisah.
"Kyra sayang I , macam I sayang dia. I tahu.."
Perlahan dari Tengku Farathid
"Athid..."
Tengku Farathid menoleh lagi.
"Kalau you ada apa apa nak story kat I , go on , kita masih kawan kan , macam dulu dulu. I tak nak kita jadi jauh cuma sebab you dah kawin."
Tengku Farathid senyum hambar , membalas senyuman Tengku Amanda. Dia mangangguk perlahan kepada gadis itu. Zacran yang sudah bergabung dengan Kyra dan kawan kawannya itu hanya menjadi tumpun dari jauh oleh Tengku Farathid.
"Athid.... I sayang you..."
Tengku Farathid berpaling laju , dahinya berkerut. Tengku Amanda lepas senyum kepadanya lagi. Wajah itu tenang saja.
__ADS_1
"I sayang you , you kawan I , I tak nak tengok kawan I sakit , sedih."
Tengku Farathid senyum kemudiannya. Dia menghadap Tengku Amanda.
"You nampak macam I sedih ke sekarang ? I tak sakit , I happy , dengan life sekarang. You faham kan maksud I ? I dah ada family , family kecil I."
Tengku Farathid senyum. Tengku Amanda berubah wajahnya. Family kecil ? Sukar untuk otaknya berfikir jernih untuk saat ini.
"Kyra pregnant ?"
Tengku Farathid lepas gelak mendengar pertanyaan Tengku Amanda. Andai saja Kyra betul betul mengandung , dia la orang yang paling bahagia di dunia.
"Nope... mungkin nanti. You pun kena doakan , biar pertanyaan you tu terwujud."
Tengku Farathid senyum , entah kenapa saat ini , senyuman itu sangat melukakan hati Tengku Amanda , dalam masa yang sama , Tengku Amanda juga merasa lega. Setidaknya Kyra belum mengandungkan benih Tengku Farathid. Tengku Amanda senyum hambar , menutup rasa perit di hati.
"Ooo , sorry.. I ingat kan Kyra pregnant. So you dengan dia dah...... ?"
Pertanyaan Tengku Amanda tersekat. Faham maksud yang ingin di sampaikan Tengku Amanda , Tengku Farathid senyum kecil.
"I dengan dia , okay okay je. So you don't need to worry about me. I bahagia , cukup adanya Kyra dah lengkapkan hidup I , kalau lah Kyra pregnant nanti , I think I lah orang yang paling bahagia kat dunia ni. So you doa kan , kitorang cepat cepat dapat baby."
Tengku Amanda menelan pahit liurnya sendiri. Semua kata kata Tengku Farathid sungguh menyakitkan hatinya , inilah definisi sakit tak berdarah yang pernah Tengku Amanda lalui sendiri. Hatinya bagai di siak siak walaupun luka itu tak pernah di lihat mata kasar manusia. Hanya dia yang merasa. Melihat orang yang di cinta bahagia bukan dengannya , jelas meruntuhkan raganya.
********
"You know Kyra , before this , I ingatkan suami you dengan perempuan tu. You pun tahu kan suami you famous. ?"
Zacran di sebelah sudah menjeling Kyra , mendengar kata kata kawan mereka itu , sedikit membahagiakan Zacran , mungkin cara sebegitu membuat Kyra muncul ragunya kepada suami. Kyra mencuri pandang suami dengan Tengku Amanda di depan sana , hatinya tak sedap.
"Dia memang dengan perempuan tu pun , I pun tak tahu , kenapa dia beralih arah kat Kyra. Iya lah , tapi I pun tak pelik , kenapa dia nak kan Kyra , Kyra kan famous sejak kat Uni lagi kan. Lagipun Kyra putus dengan I , sebab dia peras ugut papa Kyra...."
"Zac...."
Kyra menatap tajam wajah lelaki itu , tak suka kata kata yang keluar dari mulut Zacran. Sewenangnya dia memburukkan Tengku Farathid di depan kawan mereka , Tengku Farathid kan sudah menjadi suaminya. Zacran menatap serius wajah itu.
"What ? Betul apa yang I cakap kan ? You pergi kat dia bukan sebab you cinta dia pun , sebab papa you. I tahu you masih cinta kan I. You tak payah bohong , Kyra. I know you."
Zacran melontar kata katanya tanpa mempedulikan wajah kawan kawan mereka yang sudah berubah itu , mereka berpandangan sesama sendiri. Kata kata Zacran sudah mula masuk di kepala mereka , jadi Tengku Farathid gunakan nama dan kuasanya untuk dapatkan Kyra. Mereka menggeleng perlahan , hampir percaya apa yang di dengar.
"Cukup lah Zac. I cintakan husband I. You masa lalu I , so stop cakap yang bukan bukan. Terima kenyataan , you patut cari perempuan lain , untuk you. Tak payah nak buruk kan suami I depan semua."
Kyra mempertahankan suaminya.
"So you dah jadi buta sebab harta dia ?"
Zacran menikam tatapan mata Kyra. Kawan kawan mereka hanya menjadi penonton di kala ini.
"Enough Zac. You yang patut moveon... sorry guys , I have to go to toilet."
Tanpa mempedulikan perubahan wajah kawan kawannya , Kyra laju menuju ke bilik air. Melihat Tengku Farathid yang masih dengan Tengku Amanda , Zacran laju menuruti langkah Kyra.
__ADS_1