Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 76


__ADS_3

"I rindu nak tengok movie dengan you."


Perlahan suara dari Kyra , Tengku Farathid masih dengan handphone. Kyra menoleh pandang suaminya di sebelah.


"You ingat tak , haritu you rampas handphone I sebab I tak layan you borak..?"


Kyra bertanya lagi. Lengan Tengku Farathid di pautnya , menyandar di bahu itu.


"Haritu you cakap , you boleh tunggu I sampai I sayang you. You buat macam macam kat I , layan I walaupun I keras kepala. Sampai I sayang you , sayang sangat. Sampai perempuan tu muncul , sebab sayang sangat , I marah you buat semua tu belakang I , tanpa I tahu hal sebenarnya , I sakitkan hati you lagi , hati I sakit tanpa tahu hal yang sebetulnya , I percaya bulat bulat. I buat semua tu sebab nak balas apa yang you buat. I rasa puas hati bila tengok you sakit balik. Tapi percaya lah , I tak sayang kan Zacran. I suruh dia datang rumah , sebab nak buat you sakit hati... I buat semua tu sebab I nak balas dendam... I silap... I bodoh... sebab bodoh I , I hampir kehilangan you... I minta maaf sayang.. seksa hati I bila you ungkit semua apa yang I buat. I janji , I akan betulkan semua."


Kyra mengelap airmatanya perlahan dengan tangan kananya. Tengku Farathid diam.


"I nak suami I yang dulu. Yang selalu sayang I. Yang selalu layan I... I marah sebab I sayang.."


Pautan Kyra makin kemas untuk Tengku Farathid.


"Mungkin semua orang dah anggap I jahat.. I keluar dengan lelaki lain , tunjuk kat semua. Tapi I harap , cukup you sorang percayakan I. Suami I. I tak kesah orang lain nak anggap I apa. Cukup you sorang yang tahu I macam mana. Itu dah cukup bagi I. Boleh you sayang I macam dulu ? I tak nak suami I sayang orang lain macam dia sayang I dulu."


Kyra mengangkat kepalanya memadang Tengku Farathid. Pipi itu di ambil di bawa menatapnya. Mata redup Tengku Farathid di tenungnya.


"I nak tidur..."


Hanya itu yang keluar dari bibir suaminya.


"I boleh bagi apa yang you nak....."


Kyra menyentuh lembut dada Tengku Farathid seraya bibirnya mencari bibir Tengku Farathid , belum sempat pun dia berbuat begitu , tangannya di angkat kemas oleh Tengku Farathid.


"You masih tak kenal I , you ingat ni yang I nak ke ?"


Tengku Farathid bertanya tegas. Tangan Kyra di campak ke tepi . Kyra menundukkan pandangannya , dia mengigit bibir seketika. Godaannya kali ini tidak menjadi.


"I yang tak pandai jaga baby kita.. kalau malam tu I pandai jaga diri , mesti baby kita masih ada. Semua salah I. You buat macam ni sebab I tak pandai jaga baby kita.. Kalau baby kita ada , mesti you sayang I macam dulu... kan ?? I tak salah kan you , tapi I isteri you jugak , baby tu je ke dalam fikiran you ? Habis I macam mana ??"


"Kyra...!!"


Tersentap Kyra mendengar jerkahan Tengku Farathid. Kyra berdiri dari duduknya.


"It's okay. I faham... semua salah I. I patut mati sekali kan ? I tak mintak pun benda ni jadi , kalau boleh tukar ganti , biar I je yang mati.. lepastu you tak perlu dah nak maafkan I."

__ADS_1


Kyra berlalu menuju ke arah bilik air. Tengku Farathid mengetuk dahinya , kenapa tiba tiba isterinya sensitif , sebelum ini boleh saja memujuk dirinya . Amarah mereka bertukar tempat. Tengku Farathid hanya memandang sendu bilik air itu dari luar , dia hanya membiarkan Kyra. Dia mula berbaring. Kerana keletihan , Akhirnya Tengku Farathid terlelap jua.


**************


Pagi itu Tengku Farathid bangun seperti kebiasanya , selesai mandi , dia menjenguk Kyra yang masih lena di katil itu , walau hatinya masih marah , bila teringat tingkah Kyra yang nakal semalam tetap mencuit hatinya. Comel saja bila isterinya bertingkah mengoda begitu. Tanpa sedar , bibirnya mengukirkan senyuman. Melihat badan itu mula bergerak , cepat saja Tengku Farathid mengalihkan pandang. Almari itu di bukanya , kemeja slim itu di capainya. Kyra mengosok matanya , sosok suami di depan almari di tolehnya , cepat saja dia bangun dari baringnya.


"I lupa nak iron semalam. Sorry."


Kyra mengambil baju itu di tangan Tengku Farathid.


"Tak apa , sikit je kedut."


Belum sempat pun Tengku Farathid mencapai kembali , Kyra sudah membawa bajunya ke arah tempat mengosok baju itu. Plug itu di buka , Tengku Farathid menggeleng perlahan , seluar hitam itu di capai Tengku Farathid untuk di pakainya.


"Seluar tu okay kan ?"


Tanya Kyra lagi. Dia menoleh ke arah suaminya yang sedang mengenakan seluar itu.


"Apa yang tak okay nya ?"


Tanya Tengku Farathid kembali. Kyra senyum.


Jawab Kyra lagi , dia senyum sebelum meneruskan gosokan pada baju itu. Tengku Farathid sorok senyum. Ada ada saja tingkah comel isterinya. Setelah selesai dia membawa baju itu ke Tengku Farathid , dia cuba memakaikan baju itu di badan Tengku Farathid , selepas sebelah tangan Tengku Farathid masuk ke dalam baju itu , Tengku Farathid menjarakkan dirinya dari isteri. Membetulkan baju pada badan , Kyra hanya memerhati sebelum dia mencari tali leher milik Tengku Farathid dan di bawa ke depan Tengku Farathid.


"Tak payah..."


Tengku Farathid menolak.


"Kenapa ?"


"I bukan nak masuk office lah."


"Oooo.. okay.."


Kyra meletakkan kembali tali leher itu ke dalam laci. Dia menoleh kembali kepada suami.


"I minta maaf pasal semalam. I tak patut cakap macam tu."


Perlahan suara Kyra.

__ADS_1


"Iya..."


Jawab Tengku Farathid sepatah , Kyra senyum , mendekat ke arah suaminya.


"You maafkan I ?"


"Iyaa.. memang tak patut you cakap macamtu."


Kyra kembali memuncung mendengar kata kata Tengku Farathid.


"Habis bila you nak maafkan I ?"


Kyra bertanya lagi. Diam.... Tengku Farathid mencapai handphonenya di atas meja. Dompetnya di keluarkan. Kad kredit di dalam dompetnya di keluarkan satu , di letakkan di atas meja.


"Pin birthday you. Pergi breakfast."


Ucap Tengku Farathid. Kyra memandang kad kredit di atas meja itu. Entah bahagia ke tidak , mendengar pin kad kredit itu sama dengan tarikh hari lahirnya , mendengar Tengku Farathid menyuruhnya pergi sarapan ? Seorang tanpa dia ?


"You tak sempat breakfast dengan I ?"


"I breakfast dengan Syed Razak."


Balas Tengku Farathid laju.


"Dengan Sya sekali ?"


Diam lagi. Tengku Farathid mula melangkah ingin berlalu pergi.


"Jangan layan sangat Sya tu , dia nampak gedik."


Ucap Kyra selamba , mengikut langkah Tengku Farathid. Setiba di pintu itu , Kyra mencapai tangan Tengku Farathid. Di cium lembut tangan itu. Tengku Farathid hanya menbiarkan.


"Nanti balik awal yaa. Kita pergi jalan jalan."


Kyra berharap. Wajahnya di ceriakan.


"I datang sebab kerja , bukan nak jalan jalan. Kalau you nak jalan jalan , pergi jelah."


Kyra diam mendengar ucapan itu. Tengku Farathid membuka pintu , melangkah pergi begitu saja.

__ADS_1


__ADS_2