Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 25


__ADS_3

Mata Kyra melilau mencari kelibat Tengku Farathid , dari ruangan atas sampai ke ruang tamu bawah , tiada. Kyra masuk ke dapur , peti ais di buka , di tutup kembali.


"Cik Puan."


Kyra berpaling setelah mendengar suara dari belakang. Dia mengurut dada seketika , agak terkejut. Bik Ani di pandangnya.


"Bik Ani ni , terkejut saya. Ingat kan siapa la tadi."


"Maaf Cik Puan. Saya kat bilik air tadi. Cik Puan nak apa apa ke ? Cik Puan cari apa dalam peti ais tu ? Jus ke ?"


"Ehh tak lah. Saja je buka. Bosan la kat atas , sebab tu saya turun."


"Ooo patut la , saya ingatkan Cik Puan nak makan apa apa , saya boleh buat kan."


"Eh tak lah , saya kenyang lagi Bik Ani. Hmm , Tengku keluar ke ?"


"Ehh keluar apa nya Cik Puan , ada tadi saya tengok dia masuk bilik kerja dia tu."


Mereka menoleh setelah mendengar suara itu. Bik Mona yang entah dari mana tiba tiba muncul dan bersuara. Bik Ani sudah mengelengkan kan kepalanya , terkejut. Kyra hanya senyum.


"Bilik kerja mana Bik Mona ?"


"Itu kat sebelah tangga , dekat dengan kolam ikan tu , kan ada bilik. Situ la bilik dia. Cik Puan tak pernah masuk ke ? Oo iya lah , lepas kahwin pun tadi saya baru tengok Tengku masuk . Maklum lah , Tengku duduk dalam bilik dengan Cik Puan aja , tak sempat nak masuk bilik kerja."


Bik Mona sudah tersengih sengih , Bik Ani turut tersenyum. Kyra sudah tak selesa , apa lah mereka fikirkan.


"Ooo , tak apa lah. Saya ingatkan dia keluar. Tak tahu pulak dia kat bilik kerja. Saya pergi tengok dulu ya Bik."


Bik Mona dan Bik Ani mengangguk faham. Kyra berjalan menuju ke arah bilik kerja Tengku Farathid.

__ADS_1


"Ish , beruntung la kita kan , Tengku kahwin dengam Cik Puan. Dah lah cantik , cakap pun lembut je dengan kita."


"Itu lah , aku ingat kan bini Tengku macam dia , garang je memanjang , cakap nak marah je. Nasib baik la engkau mona oi Tengku kita kahwin dengan Cik Puan Kyra , kalau tak memanjang je kau kena marah kalau bini Tengku perangai macam Tengku jugak."


Bik Ani sudah tergelak. Bik Mona menjeling tajam , ada saja Ani ni mahu menyakat orang. Tahu la dia sering di marahi Tengku Farathid , sedih hatinya memikirkan nasib. Bik Ani menolak lembut bahu Bik Mona setelah menerima wajah murang Bik Mona.


"Alaaa , aku gurau aja lah. Jangan la sensitif sangat. Kau jangan risau lah , lepas ni kau tak  kena marah dah sebab kau ada Cik Puan Kyra kan. Ada geng backup baik punya lah."


Bik Ani gelak lagi. Bik Mona menepuk bahu Bik Ani . Mereka sama sama ketawa.


*****


Kyra mengetuk pintu bilik kerja Tengku Farathid. Dia membuka perlahan setelah tiada respon dari dalam. Kakinya melangkah masuk perlahan. Dinding di bilik itu Kyra pandang ralit , wajah wajah di dinding itu di tenung lama. Satu dua , tiga empat , lima enam. Langkahnya mengekori gambar gambar yang tergantung rapi di dinding itu.


"Kyra..."


Suara itu mengejutkan Kyra dari kiraannya , matanya kini tertumpu pada arah suara Tengku Farathid di ruangan lebih dalam , dia menoleh pada ruangan itu , dia melihat kelibat meja , agak terselindung dengan binaan kayu di tengahnya , berjarang tapi kemas. Tengku Farathid bangun dari kerusinya , wajah Kyra di carinya di sebalik kayu berjarang di tengah, Kyra mendekati , lepas dari binaa kayu itu , seorang Tengku Farathid muncul di depannya. Tengku Farathid senyum , menanggalkan cermin matanya di meja.


Tengku Farathid bersuara. Kyra menjeling saja , matanya tertumpu pada ruangan itu , potret besar di tengah ruangan itu di pandang lama. Tengku Farathid menoleh memandang sama , dia senyum seketika.


"Muka sendiri pun tak kenal dah ke ?"


Kyra tak bersuara , dinding kiri dan kanannya di tenung juga. Potretnya banyak menghiasi dinding bilik ini. Semua wajah miliknya.


"Universiti Malaya ?"


Wajah Tengku Farathid di pandangnya , seakan meminta jawapan. Gambar ketika di universiti malaya pun Tengku Farathid simpan. Sejak bila lelaki ini mengambil tahu semua hal tentang dirinya.


"Yaa , you dekat UM la tu. Tak kan lah gambar sendiri tak kenal."

__ADS_1


"Yes , I know . Gambar I. You dapat mana ? Kat depan tu semua ? You simpan semua ?"


"Iyaa , I simpan lah , kalau I buang , tak kan lah semua gambar you ada kat bilik ni ?"


"You dah kenapa Tengku Farathid?"


"What ? Kenapa apa ? I just simpan gambar orang yang I suka , cinta. That all. Apa yang salah nya ? And now , tengok , you dah jadi wife I kan. Tak ada yang salah."


Kyra memegang kepalanya seketika. Tengku Farathid laju mendekati , kepala Kyra di sentuh lembut , Kyra yang terkejut menolak laju.


"What wrong? You sakit ?"


"Bukan I yang sakit , you tu yang sakit."


Mendengar kata kata Kyra , Tengku Farathid gelak sendiri. Kyra merenung pelik.


"I sihat sayang . Don't worry. Sebab I tak boleh sakit , nanti siapa nak jaga you kalau I sakit. You sakit kepala ke ?"


Tengku Farathid mendekat , Kyra berundur.


"Im okay lah . Tak payah risau. You pergi buat kerja you tu semua dulu . I keluar."


Tengku Farathid memegang tangan Kyra. Kyra berbalik pandang.


"I ingat you rindu , cari I ?"


Tengku Farathid memegang pinggang Kyra , Kyra cuba membuang tangan Tengku Farathid pada pinggangnya , usahanya tidak berjaya , tubuhnya di heret dekat pada dada Tengku Farathid. Kyra menelan liur , pandangan mereka bersatu. Kyra membuang pandang ke kiri. Tangannya menolak dada Tengku Farathid kuat , tidak berjaya lolos.


"Athid. I think you better stop. Pergi buat kerja you."

__ADS_1


"I vow I am, and always will be, constant and faithful in my love for you, Kyra. Nothing you or anyone else does shall alter these feelings. I am forever loving, forever waiting, forever yearning...forever yours"


Tengku Farathid tidak peduli , tubuh Kyra sudah kemas dalam pelukannya , rambut Kyra yang menutupi leher di alih perlahan oleh Tengku Farathid, leher putih Kyra menjadi tatapannya sekarang , Tengku Farathid menatap lama. Kyra diam , jantungnya berdebar kencang , dapat Kyra rasakan hembusan nafas Tengku Farathid pada kulit lehernya. Panas. Kyra mencengkam kuat tepi perut Tengku Farathid , tiada respon dari lelaki  itu , kulit biawak ke. Kyra geram. Dia memandang bahu kiri Tengku Farathid , di gigitnya sekuat tenaga bahu itu , secepat itu jugak lah pelukan Tengku Farathid padanya terlerai , Kyra menapak kebelakang, laju saja memulakan langkah meninggalkan bilik itu. Tengku Farathid senyum saja melihat telatah isterinya itu. Comel.


__ADS_2