Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 39


__ADS_3

"Sayang....."


Kyra memanggil manja suaminya yang sudah mendekat bersama Steffan kerahnya. Berkerut dahi Tengku Farathid mendengar panggilan Kyra untuknya .Tengku Amanda menoleh pandang , Tengku Farathid dan Steffan muncul di depannya. Tolehan Tengku Amanda memeranjatkan Tengku Farathid , Steffan membuat muka terujanya bila melihat Tengku Amanda. Dia bergerak laju , Kyra juga laju mendapatkan Tengku Farathid, tangan suaminya di pegang kemas , Tengku Farathid memandang pelik , tiba tiba saja Kyra bertukar perangai.


"Hello girl. Ahh , kamu di sini ? Kok nggak kabari aku sih ? Tinggal di villa aku ni ? Yang benar aja Manda , kok diam diam sih."


Tengku Amanda bersalam dengan Steffan. Steffan masih dengan muka terujanya.


"Sorry Steffan , tak sempat nak cakap. Lagi pun kejap je , I sorang je kan."


Tengku Amanda senyum lagi. Kyra membuat muka bosannya , tangannya sudah melingkar di pinggang Tengku Farathid. Tengku Farathid menoleh pandang isterinya. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Kyra.


"Sayang , are you period.?"


Membahang wajah Kyra bila bertanyaan itu singgah di telinganya , sedar tangannya sudah memeluk Tengku Farathid, cepat cepat dia membuangnya , perut Tengku di cubit.


"Auchhh , sakit sayang."


Tengku Amanda dan Steffan berpaling serentak memandang Tengku Farathid yang mengaduh sakit. Kyra laju mengosok lembut badan suaminya bila di tatap Tengku Amanda , saja mahu memanaskan perempuan itu.


"Ahh pengantin baru ini , ada ada saja dehh , main apa sih kalian , kalo mau main di kamar , bukan di sini."


Steffan mengusik nakal. Memerah wajah Kyra , Tengku Farathid tiada perubahan wajah , dia hanya senyum.


"Kamu sendiri aja Manda ? Yang benar ah ?"


Pertanyaan kembali di ajukan kepada Tengku Amanda.


"Iyaa steff , I sorang je."


Tengku Amanda berbasa basi.


"Baby... I penat lah."


Kyra merengak manja. Tengku Farathid memandang isterinya. Panggilan Kyra untuknya jelas bertukar. Kejap sayang kejap baby. Tengku Farathid tidak ambil pusing lagi.


"Jom masuk bilik. Banyak benda lagi kita boleh buat kat sana kan."


Pipi Tengku Farathid di sentuh lembut Kyra , wajah Kyra di tatap Tengku Farathid lagi. Apa kena dengan bini dia malam ni . Nakal semacam. Tengku Amanda di depan membuang pandang , sudah agak permainan yang di atur Kyra , dia menenangkan diri.


Tengku Farathid mengangguk angguk.


"I need to go Steffan , Manda. Thanks again Steffan , see you soon bro."


Tengku Farathid memeluk rapat Steffan.


"Welcome bro. Take care."


Tengku Farathid mengenyit matanya kearah Steffan sebelum berpelukan , Steffan mengangkat jari tanda OK kepada sahabatnya kembali.


"Good night Manda. Take care."

__ADS_1


Tengku Amanda hanya mengangguk faham. Mereka berdua berlalu meninggalkan Tengku Amanda dan Steffan.


"You kena outstation ke ?"


Tengku Amanda bertanya hairan , mendengar kata kata perpisahan dari Tengku Farathid , mengelirukannya , soon ?


"Nggak lah , Athid sama wifenya kan udah mau pulang , besok.... pagi pagi lagi."


Steffan menjelaskan , berkerut wajah Tengku Amanda mendengarnya. Bukan ke ada 2 hari lagi mereka di sini mengikut pemberitahuan Omar , orang upahannya.


"Ngopi dulu yukk , malam masih muda ni."


Kata kata Steffan mematikan lamunan Tengku Amanda.


"Im really sorry Steff , kepala I sakit sangat ni. Tiba tiba je , maybe next time."


Tipu Tengku Amanda , dia memegang kepalanya. Berlakon sakit , wajah Steffan sudah risau.


"Are you okay ?"


"Yaa..yaaa , I just need a rest. Sorry Steff. Good night."


Tengku Amanda melangkah laju meninggalkan Steffan sendiri , yang kebingungan. Tadi okay okay saja. Steffan mengeluh perlahan.


************


Tengku Farathid memandang isterinya , Kyra sudah tak senang duduk , meraba raba lehernya sendiri , malu sendiri bila bertingkah begitu tadi di depan suami hanya kerana ingin membuat Tengku Amanda cemburu. Perasan Tengku Farathid tak berkelip menatapnya , Kyra merenung tajam suaminya.


Kyra membuat muka tak bersalahnya.


"So which one ?"


Jari Tengku Farathid sudah singgah di dagunya , seakan berfikir. Bertambah hairan si isteri.


"Apadia ?"


Tengku Farathid sorok gelak melihat wajah blur isterinya.


"Sayang or baby ?"


Tengku Farathid mengangkat keningnya , menanti jawapan dari Kyra. Wajah Kyra mula memerah , malu.


"Takk.. tak payah lah."


Kyra meraba raba lehernya , segan dengan perangai sendiri. Dia sudah tidak senang duduk. Tengku Farathid yang tadi duduk di katil mula bangun mendekat isterinya. Badan Kyra di ambil menghadapnya. Tangannya sudah mengunci pinggang Kyra.


"It's okay sayang , mana mana pun I suka. But I prefer to Baby. So sexy."


Wajahnya sengaja di dekatkan pada wajah Kyra. Kyra memejam mata. Dapat dia dengar nafas Tengku Farathid di depannya. Tengku Farathid mendekatkan wajahnya pula ke telinga kiri Kyra. Rapat....


"So banyak benda kita nak buat malam ni kat bilik kan you cakap ? Benda apa ?"

__ADS_1


Kyra membuka matanya.


"I bergurau je lah... let me go."


Tatap Kyra berani.


"I mengantuk , sebab tu I cakap macam tu , kalau tak you banyak lagi nak borak dengan member member you tu semua. Kan ?"


Tengku Farathid melepaskan perlahan ranggulannya. Tak mampu memaksa Kyra , dia masih ingat dengan janji janjinya pada Kyra. Kyra pergi ke arah peti ais , air sejuk itu di tuang laju ke dalam gelas. Dia kembali lagi ke arah Tengku Farathid.


"Semua kawan kawan you kenal Manda ke ?"


Badannya sudah bersandar pada dinding itu , gelasnya masih ada di tangan.


"Steffan ? Kitorang pernah kerja sekali , Steffan pun selalu datang Singapore , Malaysia."


"Oooo , I see..... setiap kali you keluar jumpa Steffan , you selalu bawak Amanda lah .? Hmm okay."


Kyra menengguk air di tangan , menyejukkan hati yang mula terbakar perlahan.


"Bukan macam tu sayang. Hotel I kat singapore , Steffan datang uruskan yang mana patut ,  you tau kan dia manager kat sini , I just minta idea dia untuk konsep yang I nak guna kat sana. Amanda sesekali buat fashion day kat sana . That all , sebab tu dorang kenal."


Kyra kembali ke sinki , meninggalkan Tengku Farathid tanpa berkata apa apa. Mahu percaya atau tidak , mungkin ada logiknya pemberitahuan Tengku Farathid padanya.


"So are you jealous ?"


Terkejut Kyra mendengar suara itu dekat di telinganya , dia berpaling. Tengku Farathid sudah di depannya , Kyra mengawal riak nya.


"No , i am not."


Dia menolak perlahan badan Tengku Farathid di depannya , Tengku Farathid membiarkan , dia bersandar pada sinki itu , berpeluk tubuh , memerhati tingkah laku Kyra.


"Jealous is good for relationship sayang."


Kyra berpaling kembali.


"Bagus pada you , buruk pada I . You lupa apa you dah buat kat I sebab jealous ?"


Tengku Farathid bersandar tenang tadi mula membetulkan badannya , rasa pedih mencengkam hatinya. Dia cepat cepat mengusir perasaan itu pergi , nampaknya Kyra masih tak memaafkannya lagi. Kyra mengetap bibir melihat perubahan wajah Tengku Farathid, rasa bersalah muncul di hatinya , sering kali saja dia terlepas cakap. Kadang kadang percakapannya di luar kendalinya , Kyra mengutuk diri sendiri. Akalnya sering saja pendek kebelakangan ini.  Tengku Farathid mendekatinya. Pipi Kyra di sentuh lembut.


"I am sorry. Really really sorry."


Sering saja Tengku Farathid meminta maaf padanya walaupun celupar mulut datang darinya. Bukankah jasa Tengku Farathid menyelamatkannya di pantai sudah cukup untuk menebus salah lelaki itu. Kyra binggung memikirkan perasaannya sendiri.


"You better go sleep now ."


Tengku Farathid bersuara sebelum melangkah mendekati katil mengambil bantal dan selimut. Kyra mendekat juga , tangan Tengku Farathid di pegang lembut.


"Tidur lah kat sini , nanti you sakit badan pulak tidur atas sofa berhari hari."


Tengku Farathid pandang pelik isterinya , Kyra melepaskan tangannya pada Tengku Farathid, Kyra masuk ke bilik persalinan.

__ADS_1


__ADS_2