
"Patut tempat ni jadi tempat favorite you , you ramai kawan kat sini.?"
Perkataan kawan saja di tekam dalam oleh Kyra kepada Tengku Farathid. Entah apa yang merasuk fikiran dan perasaannya ketika ini yang halus menikam , yang jelas dia tidak sukakan perasaan ini datang , mungkinkah dia cemburu , Kyra cepat cepat menghalau rasa itu pergi.
"Kawan ? Perempuan tadi ? No , I langsung tak kenal dia , I tak pernah berkawan dengan dia."
"Habis , you ada kembar kat sini ke ? Dia boleh tegur you macam tu tadi. You memang tak pandai menipu lah."
Kyra tak nak kalah , dia yakin Tengku Farathid menipunya.
"Dia tegur I ? Kalau betul dia kenal I dan nak tegur I , dia dah panggil nama I , you pun tengok sendiri tadi dia macam mana kan ? Kelu macam tu , entah dari mana datang , I rasa dia silap orang."
Kyra tak endahkan semua percakapan Tengku Farathid , dia malas melayan , dia tetap dengan firasat hatinya , lelaki miang. Tengku Farathid menggeleng gelengkan kepalanya melihat telatah Kyra yang leka dengan handphonenya tanpa pedulikan percakapan dia tadi , ada saja topik untuk Kyra ajak bergaduh.
Kyra menyikat rambutnya di depan cermin , dia siap menyalin pakaian tidurnya semasa Tengku Farathid di dalam bilik air tadi , dia mengenakan pajama biru gelap , menutup seluruh ruang tubuhnya , selalunya dia hanya memakai baju tidur yang mendedahkan paha dan betisnya , tapi tidak bila berkahwin dengan Tengku Farathid. Tengku Farathid keluar dengan pakaian tidurnya , menuju ke katil. Bantal di tepuk tepuknya perlahan setelah tiba di katil , Kyra di depan cermin menjeling gelisah bercampur risau.
"You buat apa ?"
Keluar juga perkataan dari mulut Kyra setelah melihat Tengku Farathid berbaring tenang di katil itu.
"Baring.... Nak tidur. Penat sangat harini."
Tengku Farathid membetulkan otot ototnya , geliat panjang.
"Habis I nak tidur kat mana ?"
Tengku Farathid memandang hairan. Di tepuknya ruang kosong di sebelah.
"Ni , ruang besar ni cukup untuk seorang Kyra ."
Kyra mengeluh kuat , sikat rambut di letak di atas meja solek itu.
__ADS_1
"You bergurau ke ? Tidur dengan you ? I tak nak , nanti you buat macam macam kat I."
Tengku Farathid bangun dari baringnya.
"I nak buat apa ? Tidur jela kat sini , apa yang tak kenanya Kyra?"
"No I tak nak"
Kyra berdiri mengambil bantal dan selimut di atas katil , Tengku Farathid memandang pelik.
"Tak apa , I tidur kat sofa sana."
Mendengar kata kata Kyra , laju saja Tengku Farathid berdiri mendapatkan Kyra.
"Noooo , you tak nak tidur dengan I , okay."
Bantal dan selimut di tangan Kyra di capainya.
Tengku Farathid berpaling dan menuju ke ruang luar tanpa menunggu jawapan dari Kyra. Kyra hanya memandang pemergian Tengku Farathid ke ruang luar. Perasaan bersalah muncul dalam benak Kyra , perasaannya kini bercampur baur , entah apa yang salah dengan hatinya , sedikit terkesan melihat wajah murung Tengku Farathid.
***
Pagi pagi lagi Tengku Farathid bersenam di tepi pantai , Kyra tidak dia kejutkan. Melihat tidur nyenyak Kyra , sakit hatinya yang semalam hilang , Kyra tetap jugak tidak ingin tidur sekatil dengannya. Dia cuba memahami hati isterinya , egonya di buang ke tepi bagi mengelakkan pergaduhan terjadi lagi. Kyra mengosok gosok matanya , dia bangun dari baringnya , kakinya melangkah mencari Tengku Farathid , sepi. Bantal dan selimut sudah tersusun di atas sofa ruangan luar itu , di bilik mandi ? Tiada bunyi dari arah itu. Kyra menarik tirai , membuka luas , matahari sudah mula terbit memancar pada wajahnya. Pintu kaca itu di buka , lirikan matanya di tarik oleh kelibat di tepi pantai sana , Tengku Farathid muncul pada pandangannya. Dia memerhati lama , kakinya melangkah menghampiri tangga itu , matanya tidak lepas memandang si suami. Tengku Farathid berpaling memandang , Kyra mengalihkan pandanganya ke arah lain , buat buat tidak peduli. Tengku Farathid mendekat.
"Morning. Tidur lena semalam ?"
Senyuman diberi manis kepada isteri. Entah apa masalah hati Kyra ketika ini , dia sedikit gemuruh menatap senyuman Tengku Farathid , hatinya sedang bermain main , jelas dia tak selesa. Dia hanya mengangguk , pandangannya di lempar ke arah pantai kembali , tidak berani menatap Tengku Farathid , wajah Tengku Farathid yang sedikit kebasahan akibat keringat hasil bersenam sungguh menarik untuk ketika ini. Kyra menolak jauh perasaannya , mungkin fikirannya tidak sihat untuk masa ini. Dia menggeleng laju , perbuatannya itu di pandang hairan Tengku Farathid.
"Kenapa ? Lena ke tak ? Sekejap angguk sekejap heleng.?"
"Iya , lena."
__ADS_1
"I tak lena."
Kyra memandang hairan. Meminta jawapan. Tengku Farathid senyum.
"Sebab isteri tak ada kat sebelah."
Hati Kyra sedikit lega , jelas kelihatan pada wajahnya , ingatkan masalah apa tadi. Tengku Farathid senyum lagi , suka melihat bertukaran reaksi wajah Kyra , jelas Kyra ingin juga ambil tahu pasal dirinya.
"Dah ready untuk aktiviti hari ni ? Pergi mandi dulu , nanti kita breakfast."
Tanpa menunggu jawapan dari Kyra , Tengku Farathid sudah menarik lembut tangan Kyra berjalan menuju ke arah bilik mereka. Kyra terkejut , tangan pada genggaman Tengku Farathid di tarik , menyetapkan Tengku Farathid , dia tertarik sedikit ke belakang.
"Mandi dengan you. Tak nak !"
Melihat reaksi wajah Kyra yang takut , Tengku Farathid lepas gelak. Tangannya tidak di lepaskan.
"Bila pulak mandi dengan I , I cakap mandi dulu , lepas tu breakfast. Mandi asing asing lah. Kenapa ? You nak mandi sekali ke ? Dalam tab ?"
Tengku Farathid gelak lagi. Suka menyakat Kyra , Kyra sudah memuncung.
"Tak nak. Ishh."
Tangan kirinya membuang genggaman Tengku Farathid pada tangan kananya , Tengku Farathid hanya membiarkan.
"Iyaa , tak nak , tak payah. Pergi mandi dulu ye sayang."
Kyra sudah memulakan langkahnya menuju ke bilik , Tengku Farathid hanya membiarkan pemergian isteri dengan senyuman.
*****
Tengku Amanda memejamkan matanya , menikmati hembusan angin pada wajahnya. Sungguh menenangkan. Matanya kembali di buka , meneroka seisi lautan di depan matanya. Pasir putih bersama air pantai yang kebiruan itu sungguh mendamaikan hati yang gejolak panas ketika ini. Sungguh , Bali adalah tempat yang betul untuk menenangkan fikiran , tidak salah lah Tengku Farathid sangat menyukai Bali. Dia melirik ke arah kanan sana , chalet itu di perhatikan lama. Dia sangat merindui lelaki itu , semoga saja perkara yang patut berlaku tidak akan terjadi di waktu ini. Dia tidak ingin Tengku Farathid bersama dengan perempuan lain selain dirinya. Sungguh , sampai di saat ini , dia belum ikhlas melepaskan Tengku Farathid pada wanita lain. Tengku Amanda menyekat airmatanya dari jatuh , nafasnya di tarik perlahan tapi lama , mengusir perasaan sedih itu pergi. Dia tahu Kyra tidak mencintai Tengku Farathid, tentu saja dia masih berpeluang mendapat kan Tengku Farathid kembali pada hidupnya. Tengku Amanda melemparkan senyuman kembali , dia harus kuat.
__ADS_1