Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 31


__ADS_3

Kyra menikmati makan paginya penuh selera , apa tak nya , semalam dia makan sedikit saja kerana nak tunjuk degilnya pada Tengku Farathid , yang kena tanggung perutnya sendiri. Tengku Farathid menatap ralit si isteri yang leka menikmati makanannya , seketika senyum meluahkan bahagia hati. Mereka menikmati makan pagi dengan tenang tanpa perbalahan di pagi ini.


"Cukup tak sandwich tu ? Nak tambah lagi ?"


"Tak nak , I dah kenyang. You nak tambah lagi ke ? I ingat kan you tak nak , sebab tu I habiskan."


Tengku Farathid lepas gelak melihat muka bersalah Kyra. Kyra sudah menghabiskan satu pingan nasi goreng dan tiga keping sandwich , satu saja sandwich untuk Tengku Farathid.


"Tak , I pun dah kenyang , I just tanya kalau kalau you nak tambah benda lain. Nampak you lalu sangat. Sandwich indo ni sedap sangat ke ?"


Tengku Farathid sudah menahan gelaknya dariĀ  lepas lagi , dia tahu Kyra kelaparan kerana semalam dia hanya menjamah sedikit makanan , ketika minum kopi bersama Steffan pun Kyra menolak untuk makan. Itu la siapa suruh degil sangat. Tengku Farathid gelak dalam hati.


"Boleh lah , tapi nasi goreng I lagi sedap. So tak hebat sangat la chef dia kan."


Kyra berbicara sebelum meleparkan pandangan ke arah pantai. Tengku Farathid sudah membuat muka terujanya setelah mendengar kata kata Kyra.


"Lepas ni boleh la you masak makanan sedap sedap untuk I , hmmm... risau la I."


"Risau kenapa ?"


Kyra memandang Tengku Farathid kembali , binggung wajahnya.


"Nanti kalau hari hari you masak sedap , I boleh jadi gemok lah , nanti hilang perut sexy I ni , terus jadi boroi."


Tengku Farathid menepuk nepuk perutnya , Kyra tersenyum seketika , tapi laju saja dia mengawal riak wajahnya.


"Habis tu , tak perlu lah I penat penat masak nanti kan , you tak payah gemok . Suruh je Bik Mona dengan Bik Ani masak."


"Tapi tak apa lah , I rela gemok demi masakan you sayang."


Kyra berdiri dari kerusi , Tengku Farathid memandang , ada salah cakap ke.


"Kenapa ?"


Binggung wajahnya.


"Kenapa apa ? I nak pergi toilet kejap."

__ADS_1


Tengku Farathid lepas gelak , risaunya tidak bertempat.


"Sampai sakit perut I dengar sweet talk you."


Bohong Kyra, gelak Tengku Farathid makin besar mendengar kata kata Kyra. Tangan Kyra yang sudah berdiri di sentuhnya lembut.


"Tu serious talk , bukan sweet talk."


"Apa apa je lah."


Kyra melangkah pergi. Boleh kencing manis lah kalau hari hari dengan lelaki ni. Tengku Farathid hanya menikmati permandangan di depannya , dia masih bersandar pada kerusi meja makan itu , renungannya di lemparkan pada pantai. Bunyi air pantai dan hembusan angin ketika ini sungguh mendamaikan. Kemunculan jet ski di pantai itu mengejutkannya , sandaran pada kerusi itu telah mati , matanya di kecilkan , mengamati kelibat yang menunggang jet ski itu , bingkas dia bangun dari duduknya , perempuan berambut hitam paras bahu itu menjadi perhatiannya. Jet ski di naiki penuh pengalaman , sesekali rambutnya berjurai menutupi wajah di tiup angin kencing di atas pemanduannya.


"Manda......"


Tengku Farathid melafaz perlahan , sungguh kelibat itu mengejutkannya , macam mana gadis ini boleh sampai ke tempat sama dengannya. Pantai yang sama. ? Sungguh di luar permikiran Tengku Farathid. Dia tidak menyukainya. Kakinya melangkah turun dari tangga itu , kakinya sudah memijak permukaan pasir , Tengku Amanda masih menjadi tatapannya lagi buat masa ini. Tengku Farathid bersilang tangan menonton permanduan Tengku Amanda di halaman pantai. Tengku Amanda senyum dalam hati , dia kini menjadi pemerhatian Tengku Farathid, dia memperlahankan permanduannya , rambutnya menutup ruang wajah sedikit di selak perlahan.


Mata mereka bertatapan , Tengku Amanda senyum , melambai ke arah Tengku Farathid, Tengku Farathid agak terpana , dia hanya mengangkat tangannya , seolah menegur mesra. Pandangan Kyra bertukar arah , setelah ralit melihat Tengku Farathid berjalan menghampiri pantai seolah ada magnet yang menarik lelaki itu , pandangannya jatuh pada wanita dengan jet ski yang di tatap lama oleh Tengku Farathid. Sudah di duga ! bagai di sambar halir lintar matanya , setan setan sudah mula berbisik ke hatinya. Otak kelu memikirkan , sangkaan jahat mula muncul di benak fikirannya , entah mengapa dia sangat membenci permandangannya sekarang. Air matanya jatuh tanpa dia sedar , Kyra menyekat laju airmatanya dari turun , tak mahu membuat hal yang sia sia.


"Sampai ke sini kau bawa dia."


Kyra ketawa seketika , mengusir rasa sakit yang kian meniti tajam di hatinya. Airmata di buang kasar dengan tangannya. Entah apa yang tak kena dengan hatinya , senang senang saja menarik air jernih itu keluar dari birai mata. Seperti di duga , kata kata Tengku Farathid hanya lah dusta semata. Kyra memegang dadanya perlahan. Cuba mengusir rasa yang tidak pernah dia inginkan yang telah muncul di hati ini secara tiba tiba. Dia turun tangga itu menuju ke pintu lobi villa dengan lajunya.


Kyra bertutur sendiri , melepaskan amarah di dalam hati , dia hanya perlukan papanya untuk masa ini.


"Dah ada perempuan tu , bawa jela dia terus , tak payah nak pujuk rayu aku sampai ke sini , talam dua muka...i love you , I ada you sorang , sayang ? , arghh... jantan.!"


Mulutnya tak berhenti henti membebel sendiri , langkahnya juga diteruskan.


"Hai mrs Athid , where your husband ?"


Steffan muncul di depan Kyra , mematikan langkahnya , Kyra merenung tajam.


"With he girl !"


Kyra menjeling tajam sebelum melangkah pergi , Steffan tercengang cengang , mengaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik kelakuan Kyra pagi ini , tidak ramah seperti selalu. Steffan bingung sendiri.


****

__ADS_1


"I ingatkan I salah orang. Betul la you , tak sangka jumpa you kat sini. What a small world."


Bohong Tengku Amanda , dia gelak kecil. Membuat muka pura pura terujanya bertemu dengan Tengku Farathid kerana kebetulan.


"Ha,ah , tak sangka betul jumpa kat sini , you bercuti dengan siapa ? Boyfriend ?"


"Tak lah , I datang sorang je. Saja nak tenangkan diri kat sini ."


"Oooo"


Sepatah dari Tengku Farathid , dia menoleh ke belakang , ke arah meja makan dia dan Kyra tadi , tiada. Pandangannya di alih ke atas tangga haluan ke arah tandas sana. Dia melihat jam di tangan , sudah 20minit Kyra ke tandas. Lama , mungkin perutnya betul meragam. Tengku Farathid bersangka baik , tapi hatinya tetap tak tenang memikiran kelamaan Kyra di tandas. Mata Tengku Amanda mengikuti arah pandangan Tengku Farathid , pelik.


"Kenapa ?"


Mata Tengku Farathid kembali kepada Tengku Amanda di depannya.


"My wife , risau lah , dia tak sihat , tadi cakap nak ke toilet , lama sangat ni."


Bohong Tengku Farathid akan kesihatan Kyra , saja tak mahu Tengku Amanda memikirkan kebimbangannya yang tidak bertempat.


"Ooo"


Tengku Amanda mencuba mengawal hatinya. Jelas kebimbangan Tengku Farathid untuk Kyra menyakitkan hatinya.


"Hmm , I rasa I patut check dulu . Sorry kalau I kacau aktiviti you tadi , you boleh continue, be careful."


Tanpa menunggu apa apa kata dari Tengku Amanda , Tengku Farathid sudah meninggalkannya sendiri. Langkah sedikit berlari menuju ke arah tangga itu. Kelibat Kyra di carinya , langkahnya teragak agak untuk memasuki tandas itu , keluar seorang wAnita dari tandas itu , staff villa mungkin.


"Sorry , did you see the girl with flower blue dress in there ?"


"Sorry sir , no one in here."


Wajah Tengku Farathid berkerut menerima jawapan dari wanita itu. Dia mengangguk faham. Dia mengeluarkan handphonenya , nombor Kyra di dail laju. Tiada jawapan. Nombor beego pulak di dailnya.


"Kyra mana ?"


"Cik Puan dah balik ke bilik Tengku."

__ADS_1


Tengku Farathid menarik nafas lega mendengar kata kata Beego.


__ADS_2