
"Sayang...."
Tengku Farathid laju berdiri bila isterinya muncul di sebalik pintu utama rumah tu. Kyra menjeling tajam. Kyra terus melangkah tanpa menghiraukan sapaan Tengku Farathid , Tengku Farathid mengejar langkahnya.
"You pergi mana sayang ? Beego cakap you tak pergi butik. I call papa pun , papa cakap you tak pergi rumah dia."
"Tak payah nak suruh orang suruhan you intip I lah. I tak suka."
"Kyra... I risau. You keluar tak cakap apa apa. Nasib baik Bik Mona cakap."
Kyra merengus kasar.
"I ada life I sendiri , suka hati I lah nak pergi mana pun , tak ada urusan dengan you."
Langkah Kyra berhenti , Tengku Farathid turut berhenti. Kyra menoleh pandang wajah suaminya.
"And.... I tak nak orang suruhan you ikut ikut I or intip I senyap senyap. Kalau I tau , siap you !"
Membulat mata Tengku Farathid.
"Iya... tapi kalau nak keluar tu cakap lah sepatah kat I. Sekarang hari pun dah nak gelap. You buat I risau , I call you tak angkat."
"Tak payah buat buat risau. I tahu macam mana nak jaga diri."
Kyra berpaling , meneruskan langkahnya ke bilik. Tengku Farathid masih mengikuti.
"Alahan you dah okay ke ?"
Sampai di pintu itu , Kyra menutup pintu cepat , laju Tengku Farathid menyekatnya dengan tangan.
"Sayang... I nak cakap sikit. Please..."
Kyra membuka kembali pintu.
"You nak apa lagi ?? I keluar dengan Zacran. So dah puas ?"
Kyra mengangkat keningnya , tiada sikit pun perasaan takutnya mengaku pada si suami. Memancing amarah Tengku Farathid. Tengku Farathid menelan liur.
"Sayang... kenapa you buat I macam ni ?"
"Macam apa ?"
__ADS_1
Kyra membuat muka tak bersalahnya.
" You lupa ? I kat sini sembilan bulan je.. tu pun sebab budak ni , kalau tak , dah lama I berambus dari sini lah. So you tak payah buat buat lupa dengan kata kata I hari tu. Antara kita is over !"
Pintu itu di tolak kasar Tengku Farathid , terlepas dari penghalangan Kyra , terundur Kyra kebelakang terkejut dengan hempasan pintu itu. Tengku Farathid meluru ke arahnya , tangan kanan Kyra di cengkam kuat. Tangan kiri Kyra sudah menampar nampar dada Tengku Farathid.
" Lepas lah ! You nak buat apa ? Nak pukul I ? Nak rogol I macam haritu ? Buat lahh !! I menyesal kawin dengan you ! I menyesal !"
Tengku Farathid mengambil sebelah lagi tangan Kyra . Kedua tangan Kyra sudah ada padanya. Masih saja isterinya meronta ronta.
"I minta maaf... keluar lah dengan siapa saja yang you nak sayang. Tapi kenapa kena Zacran ?? Tak ada orang lain ?"
Perlahan Tengku Farathid melepaskan genggamannya. Wajah isterinya di pandang sendu.
" Tak ada..... hanya dia yang ada... dalam fikiran I. Dulu sampai sekarang..."
"I tahu , tak ! I tahu you buat semua tu sebab nak sakitkan hati I kan ?"
Kyra ketawa sinis mendengarkan Tengku Farathid.
"Tak ada sebab I nak buat semua tu.. I dengan dia , sebab I rasa dia much better than you ! Rasa sayang I masih kat dia ! Bukan you !"
Tengku Farathid senyum , senyum yang sukar di tafsirkan , sesekali dia menjilat bibirnya sendiri yang terasa sangat kelat untuk saat ini.
Mata merah Tengku Farathid menatap mata itu. Mata yang penuh dingin untuk saat ini , tiada cara sekali pun mampu Tengku Farathid untuk mengubatinya.
"I tak pernah sayang kan you !"
Tengku Farathid mengangguk angguk. Airmatanya yang terasa rajin saja untuk turun itu di tahan sekuat hatinya.
"I penat.. need some rest."
Tengku Farathid cuba senyum. Kyra diam. Suaminya mendekat , mengucup dahi itu. Kyra kaku sendiri.
"I love you."
Tengku Farathid melafaz berat. Sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Kyra menyentuh pipi sendiri , airmata jatuh tanpa dia sedar. Perutnya di usap perlahan.
************
Semalaman Tengku Farathid hanya tidur tidur ayam , matanya tak boleh lelap memikirkan kata kata Kyra. Betul ke perlahan perlahan Kyra sudah melupakan dia ? Atau memang sejak awalnya dia tiada tempat di hati Kyra. Orang orang suruhannya masih lagi belum mendapatkan keberadaan Alana , itu lagi memusingkan kepalanya. Tentang majlis di hotelnya juga dia belum memberitahu pada Kyra. Melihat perangai Kyra yang sekarang , semestinya Kyra menolak untuk menemaninya di majlis ulang tahun pembukaan hotelnya. Apa pula kata kata media nanti , jika Kyra tidak bersamanya pada malam esok. Pagi itu Tengku Farathid bangun seperti biasa , dia terus menuju ke dapur , isterinya sudah berada di meja makan itu , awal dari kebiasaanya.
__ADS_1
"Morning sayang... macam mana hari ni ? Alahan dah okay ? You siap siap nak masuk butik ke ni ?"
Tengku Farathid duduk di hadapan isterinya , Kyra hanya menjeling. Sudu dan garpu itu di letak Kyra , meneguk air suam itu cepat , seperti ingin beredar dari meja makan itu.
"Sayang.... I nak cakap sikit.."
Gelas itu di letak semula oleh Kyra. Kyra menatapnya , seperti memberi kebenaran untuk Tengku Farathid berbicara.
"Hmmm.. you dah sihat kan ? I nak cakap pasal majlis anniversary hotel... malam esok.."
"So ?"
Tanya Kyra sepatah.
"Sayang... you sihat kan untuk teman I malam tu ?"
"Even I sihat sekali pun , I tak kan jejak hotel tu lagi... you ada perempuan tu kan , bawa jela dia or mana mana perempuan yang you nak.."
"Sayang...."
Tengku Farathid sudah membuat muka murungnya.
"What ?? You malu nak tunjuk dia kat depan semua ? Sebab dah ada isteri ? Biar jela dorang tau you ni tak puas dengan sorang."
Mata Kyra tak berkelip menatap Tengku Farathid dengan tatapan kosongnya.
"I tak tau nak jelas macam mana lagi Kyra... sampai mati pun you tak akan percaya...!"
"Yess... sampai you mati pun , I tak akan sesekali percaya kan you lagi."
Kyra mula berdiri , mahu beredar cepat dari situ. Hatinya membahang kembali mengingatkan kejadian jijik itu.
"Sayang.... nanti apa kata staff staff I , media semua kalau you tak ada kat majlis tu."
Tengku Farathid ikut berdiri. Kyra mula menoleh pandang kembali ke arah Tengku Farathid.
"Biar jela dia tau , kita dah tak sehaluan , nak bercerai tak lama lagi. Kenapa ? You malu kalau dorang tau you ni main kayu tiga dekat belakang isteri , curang ? Bermaksiat dengan perempuan lain ? Dekat hotel sendiri ?"
"I tak buat semua tu !!"
"So biar je lah dorang fikir apa pun , tu langsung tak ada kaitan dengan I. Biar dorang tulis benda yang sepatutnya. You jangan nak kaitkan hal you dengan I lagi."
__ADS_1
Tengku Farathid menggeleng geleng , kenapa keras sangat hati Kyra..... pemergian Kyra di lepaskan pergi dengan matanya.