Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 13


__ADS_3

Suasana dewan mewah itu meriah dengan kehadiran tetamu yang di undang. Beberapa wartawan juga di jemput. Hari yang dinanti nanti Tengku Farathid telah tiba. Harini dia akan menguar uar pada semua tentang pernikahannya.


"Tak sampai sebulan kita datang majlis bertunang Kyra dengan tunang dia , siapa dah nama ? Zacran kan ? Sekarang tiber kita ada kat majlis kahwin Kyra dengan Tengku Farathid? Drama apa ni weh ?"


"Aku mati mati ingat dapat kad kahwin Kyra dengan tunang dia dulu. Tuptup Tengku Farathid laki dia ?"


"Dahtu Tengku Amanda macam mana ? Tengku Farathid dengan dia kan haritu. Aku tak faham laa. Bila Kyra putus dengan Zacran ?"


Mulut mulut di dewan itu lantang bersuara di belakang. Masing masing meluahkan rasa. Tetamu semua nampaknya heboh dengan ceritanya. Tengku Amanda tiba dengan kedua ibubapanya. Awalnya Tengku Zaharah melarang Tengku Amanda untuk menghadiri majlis Tengku Farathid, tak mahu Tengku Amanda sakit hati lagi. Tengku Amanda tetap berdegil mahu menghadiri. Tengku Amran dan Tengku Zaharah terpaksa menurut. Tak faham lagi dengan perangai Tengku Amanda. Mereka melangkah ke arah meja.


"Tu , Tengku Amanda dengan parent's dia."


"Aku tak faham la kenapa Tengku Farathid boleh clash dengan Tengku Amanda. Tengok dia , tak da kurang apa pun , dah la cantik , cerdik , kaya pulak tu."


Mata mata mereka ligak memandang Tengku Amanda dan orangtuanya.


"Habis tu kau ingat Kyra tak cantik. Dia lulusan luar negara weh. Sepadan la tu dengan Tengku Farathid."


"Tak aku cuma pelik , takda angin tak ribut , tunang dengan orang lain , kahwin dengan orang."


"Alaa dah nama pun jodoh , nanti Tengku Farathid cerai dengan Kyra . Kahwin dengan aku . Tu pun jodoh namanya."


"Choii , mulut kau tu. Jaga jaga sikitt."


Mereka sama sama lepas gelak. Ada saja topik ingin di umpatnya. Biasalah rumlah manusia , ada saja yang tidak kena di mata. Masing masing rancak menyuarakan rasa.


**********


Kyra memandang cermin besar di depannya. Gaun pengantin berwarna putih dibadannya di pandang sendu. Gaun itu di reka khas untuknya oleh pereka fesyen terkenal Malaysia. Dua hari lepas berjumpa , pereka fesyen itu menunjukkan hasil kerjanya pada Kyra. Rupanya Tengku Farathid sudah mengatur segalanya dari awal. Kali ini dia rasa pilihan Tengku Farathid sepadan dengannya. Kyra suka dengan ciptaan pereka ini . Tapi bukan dengan majlis ini . Hatinya merintih lagi , dia sukanya semuanya , bermula dari rekaan pelamin yang elegan , suasana dewan yang di hias unik , gaun pengantin yang exclusive. Tapi bukan dengan pengantin lelakinya. Wajahnya pula di solek oleh jurumekap terkemuka di Malaysia , Alha Alfa.


Tengku Farathid membuka pintu dari luar , langkahnya perlahan mendekati Kyra , matanya jatuh pada tubuh itu . Tiada kata yang di gambarkan saat ini. Hatinya bahagia. Kyra sentiasa nampak sempurna dimatanya. Sungguh dia terpersona dengan aura yang di tunjukkan Kyra harini . Matanya leka , tak mahu di alihkan lagi. Mata Kyra pulak memandang tubuh kaku Tengku Farathid dari pantulan cermin di depannya. Masing masing mendiamkan diri.


"How Tengku ? Okay tak ?"


Suara dari belakang mengejutkan mereka berdua. Mata masing masing beralih pada suara tersebut. Hatta Dolmat tersengih tersengih bila sedar dia telah mengejutkan pasangan itu. Alha Alfa disebelah hanya senyum.


"Everything is okay. Perfect."

__ADS_1


Tengku Farathid senyum. Hatta Dolmat pereka fesyen itu mengangguk anggukkan kepalanya. Lega. Hasil kerjanya disukai Tengku Farathid. Bimbang juga hasil kerjanya tidak memuaskan hati Tengku Farathid, orang ternama di Malaysia. Tentu saja di kuatir.


"Hurmmm , puas hati saya. Dah la pengantin perempuan lawa nak mati. Takut jugak baju saya ni di tenggelamkan oleh pemakainya , cantik sangat."


Hattan Dolmat memuji Kyra. Kyra hanya memaniskan muka.Hattan Dolmat mengemaskan blazer di pakai Tengku Farathid. Segak. Dua dua taknak kalah . Sempurna , telah Hatta Dolmat sendiri. Dia senyum. Ketukan pintu berbunyi dari luar sebelum pintu di buka. Muncul wajah Dato Malek. Semua menoleh.


"Kyra . Papa ada surprise."


Kyra buat muka blurnya. Dia memandang papanya. Tengku Farathid juga menanti. Sosok perempuan muncul di balik pintu. Dia menunjukkan diri sebelum berlari mendapatkan Kyra. Muka Kyra nampak teruja. Bahagia. Perempuan itu memeluk erat tubuh Kyra.


"I miss you.!!"


Juwita menjerit kecil. Tubuh dia dikemaskan Kyra. Erat.


"I miss you more!!"


Kyra membalas. Tengku Farathid memandang. Juwita. Dia kenal perempuan ni. Sahabat baik Kyra. Dia senyum , gembira melihat reaksi Kyra yang berubah seratus peratus berbanding tadi.


"Kenapa balik tak cakap. Aku boleh jemput!"


"Nak sambut pakai dress ni ke ?"


Kyra memandang dirinya sendiri. Dia melepaskan tawa juga.


"Opss , lupa. Tapi tak apa demi kau , aku rela pergi pakai macamni."


Tangan mereka saling berpegangan . Tak mahu melepaskan.


"Banyak la kau!! Kenapa cantik sangat ni ?? Boleh tak cantik tu bagi kat aku sikit???"


Juwita membuat muka geramnya. Kyra tertawa lagi. Hati gembira melihat kehadiran teman baiknya. Tak di sangka sangka , Juwita akan hadir pada harini.


"Kenapa kau balik?"


Kyra bertanya.


"Aku dah janji kan , majlis kahwin kau , aku kena ada. Apa punya soalan laa. Ke kau taknak jemput aku. ? Nasib baik papa bagitau . Hish kau ni kan . Memang nak kena."

__ADS_1


Mendengar kata kata Juwita. Muka Kyra berubah lagi . Dia cuba menahan perasaan itu. Majlis ini langsung tidak di inginya . Mana mungkin dia menjemput semua kenalannya.


Dato Malek yang menyedari perubahan Kyra laju saja menyampuk.


"Cantik sangat anak papa harini. Athid pun taknak kalah. Handsome bergaya. Semua okay ke?"


Mata Juwita beralih memandang Tengku Farathid, setelah nama lelaki itu di sebut Dato Malek. Athid ? Tengku Farathid. Dia pernah jumpa lelaki ini . Tapi kat mana. Otaknya ligat berfikir .


"Handsome sangat pengantin lelaki ni , jaga jaga husband Kyra ni."


Hattan Dolmat bersuara mengusik Juwita setelah menyedari tatapan mata Juwita pada Tengku Farathid. Dato Malek gelak.


"Dua orang ni sejak sekolah lagi minat benda yang sama . Semua benda nak sama je. Takkan lah suami pun nak sama ?? Tu lah Athid jangan nak handsome sangat. Seksa Kyra nak menjaga."


Dato Malek mengusik manja. Mereka gelak kecuali Kyra. Tengku Farathid hanya senyum.


"Ambil lah kalau kau nak. Aku bagi kat kau free je."


Mendengar kata kata Kyra , Juwita menepuk laju bahu Kyra. Tak senang dengan kata kata itu. Tawa Dato Malek mati. Hatta Dolmat keliru. Alha Alfa pelik.


"Apa kau ni , merepek je."


Marah Juwita. Bimbang Tengku Farathid terasa hati.


"Aku serius . Kau pun tahu aku dengan siapa sebelum ni kan."


Kyra membuat muka bersahajanya. Juwita sendiri tak tahu drama apa yang mereka mainkan. Dato Malek hanya memberitahu Kyra akan berkahwin tapi bukan dengan Zacran. Dato Malek mahu Juwita dengarkan sendiri dari mulut Kyra cerita yang sebenarnya. Juwita hanya menurut. Selama Juwita di Switzerland Kyra tidak pernah menceritakan hal ini kepada dia. Mungkin ada sebab Kyra sendiri. Juwita cukup memahami.


Tengku Farathid hanya senyum. Mengawal keadaan. Dia mendekati Kyra . Juwita mengelak sedikit memberi ruang. Kyra memandang suaminya tajam. Tanganya di ambil lembut oleh Tengku Farathid. Di genggam erat. Mata mereka bertaut.


"Sayang , kan janji tak nak nakal harini."


Tengku Farathid memaniskan mukanya. Semua mata memandang. Kyra telan liur . Faham maksud yang di sampaikan Tengku Farathid. Kyra hanya berdiam diri . Gugup.


"Biasalah , Kyra ni makin hari makin nakal. Ada je benda yang nak di guraukan nya. Biasa lah , nak hilangkan nervous harini."


Tengku Farathid menjelaskan sambil memandang semua. Masing masing hanya tersenyum faham.

__ADS_1


__ADS_2