Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 18


__ADS_3

Tengku Farathid sudah siap mandi , Kyra masih lena di katil. Bik Mona menghulurkan bekas yang berisi ais kepada Tengku Farathid sebelum dia keluar kembali ke bawah. Tengku Farathid menyelak selimut yang menutupi kaki Kyra. Masih bengkak..... dia membuka perlahan balutan pada kaki Kyra, berhati hati. Setelah balutan itu tanggal , ais yang berada di bekas di ambil dan di letakkan pada tuala di sebelahnya. Tuala yang berisi ais tadi di letakkan perlahan di kaki Kyra yang bengkak.... Di angkat dan di letak perlahan... dia mengulanginya sahaja begitu di bahagian yang bengkak. Tubuh Kyra mula bergerak. Tuala berisi ais di tangannya di angkat perlahan. Bimbang Kyra tersedar. Setelah tubuh Kyra mula beku kembali , dia meletakkan lagi ais tadi ke kaki Kyra. Kyra membuka mata , sentuhan dingin pada kakinya mengejutkan Kyra , dia menarik laju kaki kanannya , sebelah lagi kaki kirinya menendang laju perut Tengku Farathid. Tengku Farathid sudah tertolak sedikit ke belakang. Tuala yang berisi ais di tangan di lepaskan , perutnya di pegang. Mukanya berkerut menahan sakit. Kyra sudah bangun terduduk. Dia meraba raba badannya sendiri , melihat keadaan tubuhnya. Masih berpakaian seperti semalam. Dia menyelak rambutnya ke belakang. Tak hiraukan Tengku Farathid yang sakit di tendangnya. Sungguh dia lena. Tak sedar apa yang berlaku tadi malam.


"Kyra..."


Suara Tengku Farathid sedikit kedalam , antara keluar dengan tidak. Tangannya masih memegang perutnya. Kyra memandang tanpa rasa bersalah.


"You nak buat apa haaaa ?  You nak buat benda bukan bukan kan.?"


Kyra sudah memeluk tubuhnya sendiri kemas. Dia berundur ke belakang sampai badannya tersentuh kepala katil. Bantal bantal saja di panjatnya tidak peduli.


"Sakit laaaaa."


Tengku Farathid mengosok gosok perutnya. Kyra masih lagi membuat muka tak bersalahnya.


"Kalau you buat macamni kat perempuan lain pun , lebih dari ni you dapat. Jantan gatal !"


Kyra marah. Dia merenung tajam Tengku Farathid. Muka Tengku Farathid yang menahan sakit tak di hiraukannya.


"I buat apa ? Tak nampak ni ? Ni haaaa. You lupa doctor Rina suruh buat apa semalam ? I nak surutkan bengkak kaki you tu haa. Kalau I nak benda lain , dari semalam I dah buat la."


Tengku Farathid menunjukkan tuala berisi ais yang telah dia lepaskan tadi ke arah Kyra. Mata Kyra sudah bulat mendengar kata kata Tengku Farathid. Semalam dia tidur di mana. Katil mana. Otak Kyra ligat berfikir . Tak rela dia tidur bersama Tengku Farathid.

__ADS_1


"You buat apa semalam? You buat apa kat I ????"


"I tak ada buat apa la. You dah kenapa ? Jijik sangat dengan I ?"


Tengku Farathid sudah menatap tajam mata Kyra.


"Yaaa , I jijik dengan you. Jangan sentuh I."


"Kyraaa!!!"


Suara Tengku Farathid sudah meninggi. Dia mula berdiri , kedua tangan Kyra sudah di pegangnya kemas. Mata mereka saling menatap.


"I tak kisah you nak cakap apa sebelum ni , before this marriage, now you dah jadi isteri I. I husband you. Behave Kyra.....!"


Belum sempat lagi Kyra menghabiskan kata katanya Tengku Farathid sudah mula mencium bibirnya dengan liar. Kyra meronta ronta. Tengku Farathid tidak hiraukan lagi. Dia mencumbu lama bibir itu. Kyra berusaha menolak , usahanya gagal..... Tengku Farathid mengangkat mukanya sebentar sebelum menyambungnya pada bahagian leher Kyra. Dia sudah bertukar menjadi seperti haiwan buas yang tak mampu Kyra kendalikan lagi.


"Jangan Athid...... jangann.....! Im begging you..... stop it.....!"


Kyra menangis , teriakannya jugak kuat tapi tak mampu menghentikan perlakuan gila Tengku Farathid. Dia meronta ronta , kudrat nya tak mampu tandingi tenaga Tengku Farathid, dia kalah lagi. Dari lehernya , bibir Tengku Farathid mula turun pada atas dada Kyra. Dia tak rela , sungguh dia tak rela.


"Aku takkan pernah. Takpernah akan berikan cinta aku untuk kau."

__ADS_1


Ucap Kyra dalam esakannya yang panjang. Cumbuan Tengku Farathid berhenti di situ. Kedua dua tangan Kyra dilepaskannya kuat. Menolak Kyra ke belakang. Fikirannya kosong. Dia memandang wajah Kyra yang sudah basah dengan airmata. Selimut dan bantal bantal di campak ke bawah , melepaskan amarah. Bekasan ais di katil jugak di campak tak tahu ke mana. Semua sudah di lantai. Kyra masih lagi dengan esakannya. Menekup kedua dua belah telinganya dengan tangan. Badannya sudah tergetar getar. Menahan rasa takut dan benci. Dia tak berani menatap Tengku Farathid. Lelaki ini sememangnya gila lebih dari apa pun.. Sungguh dia takut. Takut dengan kelakuan lelaki di depannya ini. Tengku Farathid melangkah keluar dari bilik , pintu bilik di hempas kuat olehnya. Kyra masih dengan esakan tangisannya. Berpeluk tubuh.


Setelah hampir sejam Tengku Farathid meninggalkan Kyra sendirian dengan keadaan bilik yang tidak terurus , muncul Bik Mona dengan Bik Ani di sebalik pintu. Pintu itu di diketuk sebelum mereka memasukinya. Kyra masih takut , takut Tengku Farathid muncul di sebalik pintu itu. Tapi telahannya salah , Tengku Farathid tak muncul dari tadi selepas dia meninggalkan Kyra pergi. Bik Ani membawa dulang makanan ke arah Kyra, Bik Mona pula menguruskan segala barang yang berselerak di lantai. Dia mengemas laju. Mop sudah di sediakan untuk mengelap basahan sisa ais tadi. Bik Ani meletakkan dulang makanan di atas katil . Kyra masih diam hanya memandang.


"Cik Puan. Saya sudah buatkan sup perut muda untuk Cik Puan. Ada sekali dengan belut goreng. Tengku suruh buatkan. Saya boleh suapkan kalau Cik Puan tak larat."


Penuh sopan Bik Ani bersuara.


"Takpa , letak situ. Saya boleh makan sendiri. Tangan saya okay lagi ni."


Kyra cuba senyum , memaniskan muka. Bik Ani hanya mengangguk , dia meletakkan dulang itu berdekatan Kyra. Kyra memandang makanan itu . Nasi putih , sup perut muda dan belut goreng. Tengku Farathid yang menyuruh bibiknya menyiapkan semua menu ini. Tengku Farathid tahu semua kesukaannya.


"Tengku suruh saya pastikan Cik Puan habiskan semua. Dia cakap Cik Puan tak sihat. Kena makan banyak banyak. Biar cepat sihat."


Lamunan Kyra mati setelah mendengar kata kata dari Bik Ani. Dia hanya senyum. Dia mula mengambil sudu , menyendok sup ke dalam pinggang nasi. Menyuakan perlahan ke dalam mulut. Dia menikmati. Sedap. Belut goreng di suapkan ke mulut bersama nasi. Dia senyum. Satu sehingga ke berapa sudu , dia menikmati dengan senang. Bik Ani hanya memandang. Dia jugak senang melihat Cik Puannya suka dengan masakannya. Dia senyum melihat Kyra sungguh lalu menikmati hidangan itu.


"Kak tak makan ke ?"


Mendengar soalan dari Kyra . Bik Ani menahan gelak. Bik Mona sudah keluar dari bilik setelah kerjanya selesai.


"Panggil Bik Ani , Cik Puan. Cik Puan makan lah. Saya dah makan dari tadi. Cuma..... Tengku belum makan lagi. Saya dah siapkan sarapan pagi tadi. Dia tak jamah pun. Saya ingat Cik Puan nak turun sarapan dengan Tengku. Tapi tadi Tengku cakap Cik Puan tak sihat. Kena sarapan dalam bilik. Dia suruh saya siapkan menu ni."

__ADS_1


Bik Ani senyum menjelaskan. Kyra mengangguk perlahan. Tidak berkata apa apa berkenaan dengan Tengku Farathid. Dia meneruskan makannya.


__ADS_2