Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 35


__ADS_3

Kyra berpeluk tubuh memerhati Tengku Farathid yang sedang berbual dengan handphonenya di hadapan kolam renang itu , hatinya yang tidak senang melihat situasi itu cepat cepat di usir pergi. Curiganya selalu datang , entah kenapa hatinya di usik risau , tambahan lagi dengan kehadiran Tengku Amanda di tempat mereka bercuti. Kenapa harus tempat yang sama ? Kalau betul Tengku Farathid bercinta dengan Tengku Amanda kenapa harus Tengku Farathid terlalu cemas dengan keadaan yang menimpa dirinya tadi atau mungkin sekadar lakonan dari Tengku Farathid. Kyra meraba raba kepalanya , pusing memikirkan. Mungkin dia harus mengenal Tengku Farathid lebih dekat. Melihat Tengku Farathid yang sudah berbalik badan menuju kepadanya , Kyra menoleh pandang ke arah lain.


"Sayang....."


"Hmmmm."


Kyra menyahut sambil berpaling. Tengku Farathid senyum , buat pertama kalinya Kyra memberi respon bila di panggil begitu. Melihat Tengku Farathid senyum lebar , memerah wajah Kyra , dia salah laku ke.


"Kenapa ? Apa yang tak kena ?"


Soal Kyra , malu.


"Tak ada apa , semuanya kena. Kenapa ? Ada yang salah ke ?"


"Habis tu you senyum macam tu , macam kerang busuk."


Tengku Farathid lepas gelak.


"Habis tu you nak I masam macam cuka ? Nanti tak handsome pulak."


Tengku Farathid gelak lagi. Kyra sudah memuncung. Tengku Farathid menyentuh pipi Kyra.


"Ni kenapa merah sangat , pakai blusher kuat sangat ke ?"


Kyra menoleh pandang ke arah lain bila di tegur begitu. Tengku Farathid tahan gelaknya. Bibir Kyra pula di sentuh lembut membawa tatapan Kyra kepadanya. Tatapan mereka bertaut , Tengku Farathid perlahan menjatuhkan bibirnya pada bibir milik Kyra. Bibir mereka bersentuhan , Kyra hanya membiarkan , hangat bibir Tengku Farathid terasa jelas pada bibirnya. Kyra memejam mata , sukar di gambarkan perasaannya di kala ini , sesuatu yang menyenangkan hatinya atau tidak , dibiarkan pertanyaannya sendiri berlalu begitu saja.


Dapat Tengku Farathid rasakan respon bibir Kyra pada ciumannya. Kejadian pagi tadi membangkitkan semangatnya kembali. Bibir Kyra dilepaskan perlahan , Kyra membuka mata , redup matanya menatap panahan mata Tengku Farathid.


Tengku Farathid menyelak leher Kyra yang ditutupi rambutnya , menyentuh lembut sebelum dia meneroka manja leher itu. Deringan handphone milik Tengku Farathid mengejutkan mereka dari asyik yang panjang. Kyra membuang tangannya yang tadi sudah di pinggang si suami. Berundur setapak. Situasi yang janggal mula timbul. Kyra membetulkan rambutnya. Tengku Farathid mengeluh kecil. Handphone di meja di pandang sekilas. Kyra turut menoleh pandang pada handphone milik Tengku Farathid. Nama yang tentera pada screen itu mematikan mood Kyra. Dia melangkah ke arah sofa. Asyik asyik perempuan itu. Kenapa setiap waktu ada saja panggilan dari Tengku Amanda. Tengku Farathid mengambil handphonenya. Tidak menjawab. Mood silent dihidupkan. Dia ke arah Kyra yang sudah duduk di sofa.


"Sayang. Jom dinner."


Kyra hanya mendiamkan diri. Hati Tengku Farathid sudah kuatir , mungkin kerana panggilan tadi Kyra sebegitu.


"Sayang..... you nak dinner apa malam ni ?"


Tengku Farathid sudah duduk di sebelahnya. Memegang lembut tangan Kyra.


"Up to you."


Sepatah dari Kyra.


"Hmmm. Kita pergi satu restoran ni , mesti you suka , kat sana ada lamb satay. Special punya. Dekat area sini je. Nak ?"


"Okay."


Tengku Farathid senyum. Sebelum menarik tangan Kyra untuk bangun dari duduknya.

__ADS_1


"Jom..."


****


Kyra merenung satay kambing dan sambal kicap di atas meja.


"Sambal kicap ni tak ada kacang dan tak pedas. Jangan risau okay."


Kyra memandang Tengku Farathid pula yang sedang mengalihkan kuah kacang menjauh darinya.


"Yang ni untuk I. Kuah kacang , so jangan nak sentuh."


Tengku Farathid memberi amaran tidak mahu meletakkan Kyra dalam kesusahan. Mata  redup Kyra menatapnya lagi.


"Kenapa tak pedas ?"


Kyra bertanya lembut.


"Hishh , since when pulak tukar selera ni ? Jangan nak mengada."


Tengku Farathid mula mengambil satay untuk di suakan ke mulutnya. Kyra masih diam , memandangnya.


"Athid.."


Kyra menyeru perlahan.


"Hmmm"


"Kenapa sayang ? You betul nak makan pedas ke ?"


Tanya Tengku Farathid hairan , dia sudah tahu lama Kyra tidak menyukai makanan pedas.


"Takk.....hmmm.. how you know I tak makan pedas.?"


Kyra memberanikan diri untuk bertanya walaupun terasa janggal , Tengku Farathid senyum mendengar pertanyaan isterinya.


"Sayang... you orang yang paling I sayang , cinta... mesti lah I kena tahu. Nanti kalau I tak tahu , macam mana I nak jaga you. I nak jaga you sampai ke hari tua tauu... Kalau benda macam ni pun I tak tahu , tak layak lah I. Kann?"


"Tapi I tak pernah cakap kan."


"Iya , you tak perlu cakap.. I yang kena belajar untuk faham you. Tapi.... kalau you nak cakap benda yang I tak tahu pun tak apa.. you boleh cakap.. I kan manusia juga , tak perfect , nanti I terlepas pandang pulak , benda benda yang you tak suka , kan ?"


"Macam mana you boleh tahu semua pasal I ?"


"Itu semua tak penting pun."


"Penting Athid..."

__ADS_1


Kyra laju menjawab.


"Sayang... I sanggup buat apa saja untuk you. Kalau you tak selesa dengan semua ni. I minta maaf."


"Tak.. I just nak tahu...."


"Since UM , I ambil tahu semua pasal you."


"UM ?"


Tengku Farathid mengangguk perlahan.


"Mungkin you tak perasan , I kat UM tiga bulan , masa tu you dengan Zacran. I pindah ke Singapore sebab something , tak boleh nak elak. Even I tahu you dengan Zacran , I tak boleh. I dah try lupa , tapi ada something macam magnet kat you yang selalu nak tarik I. I selalu fikirkan you. Dua minggu sekali I balik Malaysia sebab you. Tapi you still dengan Zacran , I tak boleh nak buat apa."


"Sekarang you buat."


Panahan mata Kyra menikamnya.


"I tahu I penting kan diri. Tapi perasaan tu boleh di pupukkan , sayang... you boleh belajar sayang I kan ? I tak sanggup nanti kalau Zacran tak jaga you dengan baik , I akan menyesal seumur hidup kalau biarkan you dengan dia."


"Yakin sangat you boleh jaga I dengan baik."


Kata kata Kyra membuatkan Tengku Farathid menunduk lemah sebelum mengangkat kembali wajahnya menatap Kyra.


"Iyaa , tadi I lalai. Tapi I tak ada niat. Kalau I tahu benda tu nak jadi , I tak akan tinggal you kat situ."


"Tadi bukan salah you."


Kyra menyentuh ubun ubunnya , merasa bersalah kerana membangkitkan isu di pantai tadi , dia tahu semua kejadian tadi di sebab kan dia sendiri. Melihat wajah Tengku Farathid yang mula gelisah membuat hatinya gundah.


"Sorry , I tak salahkan you pasal tadi."


"Lepas ni I janji akan jaga you dengan baik."


Mata redup Tengku Farathid menyentuh hatinya sedikit sebanyak. Ikhlaskah kasih sayang lelaki ini untuk dia.


"Makan lah , nanti sejuk tak sedap pulak."


Kyra menukar topik , tak mahu Tengku Farathid dengan rasa bersalahnya berpanjangan.


"Kyra..."


"Hmmm"


"Pasal Zacran.... susah sangat ke you nak lupakan dia?"


Pertanyaan Tengku Farathid membingungkan Kyra , entah macam mana hendak dia jelaskan , selama dia dengan Tengku Farathid , tidak pulak dia setiap saat memikirkan Zacran , nak kata hati dia senang berubah , tidak , selama dia dengan Zacran , tak pernah hatinya bebelah bagi untuk orang lain. Tapi bila lama dengan Tengku Farathid, hatinya perlahan dekat dengan lelaki ini , dia senang dengan cara penjagaan Tengku Farathid , cara layanan Tengku Farathid yang lembut. Mungkin kah akan kekal selamanya untuk dia ? Atau hanya sekadar lakonan Tengku Farathid ?

__ADS_1


__ADS_2