
Pintu itu di tendang sekuat tenaga , tanpa sempat pun Zacran menoleh , tubuhnya sudah jatuh di bawa Tengku Farathid bersama ke atas lantai.. wajahnya bertalu talu di pukul Tengku Farathid..
"Jahanam !! Mati lah kau !!"
Tengku Farathid melepaskan kemarahannya pada wajah itu , Zacran cuba melawan , menolak kasar badan itu jatuh ke lantai.. secepat kilat Tengku Farathid bangun menerkam kembali , secepat itu juga la terasa ngilu di perutnya merebak... Tiba tiba saja badannya menjadi tidak berdaya , perutnya di toleh seketika..darah mula keluar mengalir dari perutnya , pisau itu sudah menikam dalam ke perutnya , laju pisau itu di tarik keluar oleh Zacran dari perut Tengku Farathid..
"Athid !!!!"
"Tengku !!"
Kyra dan Beego sama sama tergamam.. laju saja Kyra yang sudah di buang pengikat tangannya oleh Beego mendapatkan Tengku Farathid... Tengku Farathid jatuh berlutut di pangkuan Kyra.. Zacran berundur , pisau yang penuh darah itu di pandang seketika , tangannya sudah terketar ketar sendiri.. Darah yang penuh keluar dari perut Tengku Farathid di tahan dengan tangan Kyra.. akhirnya dua dua badan itu jatuh lemah ke lantai..
"Sak..kit sayang.."
Perlahan dari Tengku Farathid. Kyra sudah menangis semahunya , Beego terketar ketar tangannya mendail nombor hospital. Kyra menoleh sekilas ke arah Beego sebelum menatap suaminya kembali.
"Tak... you boleh tahan.. I tahu you kuat..shh... I adaa.. you kuat kan... lawan sakit ni kejap.."
Terketar ketar Kyra menenangkan suaminya.. Wajah Tengku Farathid di raup lembut oleh Kyra , mata Tengku Farathid yang kuyu itu melemahkan dengupan jantung Kyra.
"Sayang.. you kuat.. tahan sikit.. you kena kuat.. jangan tutup mata.. pandang I.. I sayang you.. please.. jangan buat I macam ni.. Beego.. call ambulance.. faster !!"
Melihat situasi yang tegang itu , Zacran laju melarikan dirinya.. Beego sudah selesai menghubungi ambulance. Melihat Tengku Farathid yang lemah itu semacam meragut nyawa Kyra sendiri.. darah yang melekat itu sudah penuh di bajunya dan wajah Tengku Farathid.. Pipi Tengku Farathid di sentuh lagi , dapat Kyra lihat , lemahnya mata itu memandangnya..
"Sayang.. jangan tidur.. I ada dengan you ni.. Jangan tinggalkan I.. Kejap lagi ambulance sampai.. I tahu suami I kuat.. please Athid.."
Airmata Kyra itu gugur jatuh ke wajah Tengku Farathid.. Perlahan Tengku Farathid mengukir senyum.. tangan Kyra di pipinya di sentuh lembut..
"Thanks su..di jadi ist...eri I..."
Perlahan lahan mata Tengku Farathid tutup merapat.. Wajah itu bertalu talu di cium Kyra..
"Sayang..!! I cakap jangan tidur !!.. tengok I.. I ada kat sini.. you kena kuat.. jangan seksa I macam ni ! Please sayang.."
Wajah Tengku Farathid di rabanya sambil menangis. Kudrat dalam dirinya bagaikan hilang serta merta , tak sanggup rasa jiwa dan raganya untuk kehilangan Tengku Farathid. Kyra sangat takut , rasa takut sekarang mengatasi segalanya galanya. Terketar ketar tangan itu memeluk badan si suami. Wajahnya sudah lecun dengan airmata bercampur darah yang ada.
************
"Pendarahan Tengku dah berhenti.. saya harap dia boleh lawan sakit tu... buat masa sekarang.. Saya tak boleh nak tolong apa apa.."
Doktor itu menunduk saja. Kyra makin mendekat.
__ADS_1
"Suami saya boleh sedar kan ?"
Melihat keadaan Kyra itu , Dato Malek memeluk erat anak perempuannya. Menenangkan..
"Kita tengok dalam masa 24 jam.. saya tak boleh nak jamin apa apa.. pendarahan tadi terlalu banyak.. kita doa kan yang baik baik.."
Kyra menunduk seketika , dada papanya di raih cepat.. menangis semahu mahunya pada dada itu. Tengku Amanda mendekat.. bahu Kyra di sentuh lembut..
"Athid kuat.. don't worry.. doa yang baik baik.."
Tengku Amanda tak dapat menahan airmatanya , di sekat perlahan airmata itu dengan tangan kiri.. Kyra mengangkat kepalanya memandang Dato Malek..
"Kyra nak cakap dengan suami Kyra.."
Dato Malek mengangguk lemah.. Doktor beransur pergi. Mereka bertiga memasuki bilik itu , badan Tengku Farathid terbaring kaku itu di pandang Kyra.. kakinya yang terasa lemah itu di gagahkan jua untuk mendekati.. dia berjalan perlahan.... tangan Tengku Farathid di sentuh perlahan.
"Sayang... you bangun ea.. you kena kuat.. lawan sakit tu.. demi I.. demi anak kita.."
Perlahan dari Kyra. Dato Malek terpana.. Tengku Amanda tergamam juga. Dia menelan liur.. Dato Malek sudah berkaca matanya. Tak di sangka sangka anaknya telah hamil. Tak habis lagi dugaan yang menimpa bila mereka hampir menerima bahagia , tangan Tengku Farathid di bawa Kyra ke arah perutnya. Menahan lama..
"Dalam ni , ada baby kita.. you kena bangun.. I tak boleh jaga baby kita sorang sorang.. I nak you ada.. kita jaga baby kita sama sama.. you bangun yaa.."
Tangan kaku Tengku Farathid di pandang Kyra.. airmatanya jatuh ke atas tangan itu akhirnya.. Kyra menyeka airmatanya seketika.
Seksa Kyra melihat tubuh itu tidak memberi respon di atas segala percakapannya , ibarat jiwa dan rohnya sudah pun pergi bersama.. Kyra akhirnya jatuh longlai di lantai itu , pandangannya terus jadi gelap gelita...
*********
Kyra membuka mata perlahan.. dia memandang ke sisi , kelihatan tatapan Tengku Amanda ada untuknya.. Kyra cuba bangun dari baringnya.. branula di tangannya cuba dia tanggalkan..
"Kyra... calm down.. I percaya Athid akan sedar.. badan you tu lemah.. jangan lah paksa diri you.. you pun tentu tak nak jadi apa apa pada kandungan you kan."
Tengku Amanda bangun dari duduknya.
"Papa you.. ada dengan Athid. Don't worry.. I kat sini dengan you.. I pun pasti , Athid tak nak apa apa jadi dekat wife dia.."
Tengku Amanda berkata tenang.. Kyra sudah bangun dari baringnya. Menyandar lesu pada kepala katil itu. Dia menunduk seketika , tangannya menahan matanya mengeluarkan air jernih itu.
"I tak nak apa apa jadi dekat Athid.. I takut.."
Serak suara Kyra kedengaran jelas.. Tengku Amanda mendekat , bahu Kyra di gosok lembut.
__ADS_1
"Tak akan jadi apa apa kat Athid. Kita tahu Athid kuat. You jangan fikir yang bukan bukan. Semua akan baik baik saja.. you jangan stress. Tak elok untuk baby."
Tengku Amanda cuba menenangkan.. Kyra menyekat airmatanya dari jatuh..
"Sabhi dah datang.. Beego pergi sekali.. buat report.. cari Zacran.."
Sambung Tengku Amanda.. Kyra mendiamkan diri..
"So... you rest dulu.. I tak nak nanti Athid sedar dia marah kat I bila tahu I tak jaga wife dia elok elok.."
Kyra cuba senyum mendengar kata kata itu..
**************
Dua hari berlalu , tidur Kyra terganggu.. Tengku Farathid masih mendiamkan diri tanpa menunjukkan respon untuk bangun dari baringnya.. Kyra dan yang lain masih belum menerima khabar baik dari pihak polis tentang Zacran.. Matanya yang sembab masih menatap suaminya yang masih tidak sedarkan diri itu.. tangan Tengku Farathid di bawa ke pipinya.
"Sayang... bila you nak bangun ? I rindu nak breakfast dengan you.. makan semeja dengan you... I nak tangan you sentuh pipi I macam ni , macam you selalu buat.... I nak you sentuh perut I.. bercakap dengan anak kita. Baby kita nak dengar suara you.. I dengan baby rindu suara you.."
Jika Tengku Farathid sedar , tentu dia merasakan sejuk airmata Kyra yang jatuh laju pada tangannya itu.. Ketukan pintu dari luar berbunyi. Airmata itu di lap lagi. Dato Malek masuk mendekati.
"Pihak polis call papa.. dorang dah dapat Zacran.."
Dato Malek bertutur perlahan.. Kyra mendiamkan diri.. sekarang bukan itu yang di fikirkannya , keadaan Tengku Farathid lebih penting untuknya.. dia hanya mahu melihat pergerakan pada badan itu , pada mata itu , pada diri suaminya.
"Kyra balik rest dulu sayang.. makan , mandi.. biar papa tengokkan Athid.. ya ?"
Bahu Kyra di sentuh lembut..
"Tak apa.. Kyra okay.. Kyra nak teman Athid.. biar dia sedar.."
"Iyaa.. nanti Kyra jaga dia.. Kyra balik rest dulu , makan semua. Ni dah pukul 11. Kyra tak makan lagi kan ?"
Dato Malek risau.. melihat keadaan Kyra yang terlalu risaukan Tengku Farathid sampai mengabaikan diri sendiri..
"Kyra tak lapar.."
"Kyra... jangan macam ni.. kesian baby.. Kalau Athid tahu ni , Athid marah tau.. Kyra tak makan , baby tak makan. Kalau jadi apa apa macam mana ?"
"Kyra okay.."
Sepatah dari Kyra. Dato Malek menggelengkan kepalanya.
__ADS_1
"Jangan degil Kyra.. Nanti Athid sedar , Kyra pulak terbaring kat katil tu. Nak ? Nanti petang Kyra datang lagi... Papa ada. Jangan risau.."
Akhirnya Kyra lambat lambat bangun.. walaupun sekejap , tak sanggup rasanya untuk meninggalkan Tengku Farathid.. dia akur dengan nasihat papanya..