Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 29


__ADS_3

Tengku Farathid memimpin tangan Kyra menuju ke arah meja itu , mata Kyra tertumpu ralit pada hiasan sekeliling meja itu , lampu menghiasi meja itu dengan bentuk hati , nampak sederhana tapi cukup menarik matanya , cantik. Bunga rose ditaburi indah atas meja , lilin di dalam botol itu menaikkan lagi serinya , Kyra senyum sendiri , Tengku Farathid mencuri pandang , dia turut tersenyum melihat wajah bahagia Kyra , semoga dia mampu buat Kyra tersenyum di hari hari yang mendatang.


"Tak meriah sangat , tapi I rasa you suka."


Mereka sampai di meja , Tengku Farathid mengambil kerusi untuk Kyra , selepas Kyra nyaman duduk , dia jugak duduk bersama , mereka sama sama menghadap pantai , walaupun malam , lampu itu mampu menyerahkan keadaan , sungguh wajah Kyra tidak pernah penat untuk di tatap , Tengku Farathid senyum lagi.


"Sayang.... I tak minta banyak , cukup harini untuk kita mulakan semuanya semula. Kita tutup buku lama , buka yang baru."


Tangannya lembut menyentuh tangan Kyra. Kyra senyum juga. Tiba tiba egonya meninggi teringatkan perbuatan Tengku Farathid padanya.


"I dah cakap Athid , beri I masa. I pun manusia yang ada hati dan perasaan , tak mudah nak buang lepastu ambil yang baru macamtu je. Bagi I masa okay."


"Iyaa , asalkan you janji dengan I , you berniat nak terima I."


"Nak tak nak , I kena terima , you husband I sekarang."


Tengku Farathid membuang pandang ke arah lain, kelat di hati di buang secepatnya. Susah sangat untuk Kyra terimanya sebagai seorang suami , dari gaya percakapan Kyra , Tengku Farathid tahu , Kyra masih belum ikhlas , dia hanya terpaksa. Tengku Farathid cuba untuk berbicara dengan baik , ada saja cara untuk Kyra mematahkan moodnya.


"You risau apa ? I wife you sekarang kan , ni yang you nak kan."


"I nak you sayang I macam I sayang you Kyra."


Kyra lepas gelak , Tengku Farathid memandang serius. Kyra tak pernah berminat untuk berbicara secara serius.


"Hati I ni bukan game , yang you boleh control Athid , I manusia. Lagipun I tak minta you jatuh cinta dengan I , masalah sekarang hati you bukan I."


Kyra senyum puas. Saja dia mahu menyakitkan hati Tengku Farathid. Garpu dan pisau di atas meja di ambilnya , memotong steakĀ  yang sudah tersedia dari tadi. Tengku Farathid hanya mendiamkan diri. Setiap bait bait Kyra menusuk ke hatinya , sungguh , dalam ke hati.


"Makan lah , you memang buat semua ni nak dinner dengan I kan. I appreciate sangat. My husband."


Kyra senyum lagi , Tengku Farathid menatap serius, di capainya garpu dan pisau memotong steak tersebut. Dia tahu Kyra memerlinya.


"Yaa betul lah tu , I kena makan semua ni dulu untuk dapatkan tenaga , sebab lepas ni I nak makan something yang special. So you makan kenyang kenyang , sebab I rasa you perlukan tenaga juga untuk malam ni sayang."


Sepotong steak di suapkan ke dalam mulut sendiri , dia mengunyah perlahan , senyum menatap Kyra. Kyra telan liur , senyum Kyra mati. Gelas di sebelah di capainya , air di tenguk laju. Kain di penjuru meja di ambil dan dilapkan di mulut. Dia faham maksud Tengku Farathid , dia tahu Tengku Farathid saja mengusiknya , dia cuba menenangkan diri.


"Kenapa ? Tak sedap ke ? I rasa okay je ni , ke rasa I lain dari you punya ?"


Tengku Farathid mengunyah tenang steak itu , Kyra sudah berhenti dari makan. Menjeling ke arah lain. Ada saja la modal nak mengugut. Bentak Kyra sendiri , benci.


"Nah."


Tengku Farathid menyuakan ke arah mulut Kyra sepotong steak , tapi tidak di endahkan.

__ADS_1


"Sayang.... buka mulut tu , try yang ni , tak ada lah teruk sangat rasa ni ."


"I dah kenyang."


Muka Kyra sudah mencuka. Tengku Farathid lepas gelak. Kyra memandang tajam.


"Cepatnya , are you sure dah cukup tenaga untuk malam nanti.?"


Tengku Farathid senyum nakal.


"You ni kenapa ?"


"Kenapa apa ?"


Tengku Farathid menenguk minuman seketika.


"So you dah tak sabar ke ?"


"Athid !"


"What ???"


Kyra memandang ke arah lain , tak mahu melayan. Dia cukup benci apabila Tengku Farathid membangkit bangkitkan perihal atas katil dengannya , dia langsung tak berminat.


"I dah kenyang."


Tengku Farathid terus menikmati makananya.


"You on diet ke apa ? Takkan lah dua suap dah kenyang. Body you dah lawa dah sayang. Tak payah nak diet diet ni semua. You lupa ke apa I cakap sebelum ni ? Macam mana pun fizikal you nanti , I tetap sayang , macam selalu."


Kyra mengeluh perlahan , dia tidak meneruskan makannya , mood makannya sudah terbantut akibat kata kata Tengku Farathid tadi , dalam diam , dia jugak risau kalau kalau Tengku Farathid serius dengan kata katanya tadi , sudahlah mereka tidur sebilik , macam macam Tengku Farathid boleh buat dengannya nanti.


"Hey , termenung apa ?"


Kyra sedikit terkejut apabila Tengku Farathid mencapai tangannya di atas meja , dia menarik laju tangannya.


"Takda apa lah , makan lah."


Kyra mengaru telinganya yang tidak gatal , menghilangkan rasa cemasnya , Tengku Farathid sorok senyum , dia tahu Kyra mesti sedang fikirkan kata katanya tadi , dari reaksi Kyra saja dia sudah tahu , Kyra sedang bimbang.


"You nak makan apa apa yang lain ke ? Kalau you nak makanan lain , I boleh suruh chef buatkan , you nak makan apa ?"


Tengku Farathid bertanya lembut, Kyra hanya mengelengkan kepalanya , tak mahu. Tengku Farathid diam , merasa bersalah membuat Kyra kehilangan mood makannya , tiada niat langsung , dia hanya terasa hati dengan kata kata Kyra tadi.

__ADS_1


****


"Tak elok lama lama kat luar ni , dah lewat kan ni , angin pantai ni sejuk , nanti masuk angin. Jom."


Kyra berpeluk tubuh , tidak mempedulikan kata kata Tengku Farathid. Tengku Farathid tahu Kyra hanya melengah lengahkan masa untuk balik ke bilik mereka , selepas makan tadi , mereka di ajak steffan untuk minum kopi berdekatan lobi , suasana malam di sana pun cukup menarik , tentu saja Tengku Farathid tak mampu menolak permintaan sahabatnya itu. Kyra berdiri tegak menghadap pantai , angin sempoi sempoi membelai wajahya , rambutnya sesekali berjurai mengikut irama angin , Tengku Farathid hanya memerhati , dia senyum sendiri , dia mendekati , melingkarkan tangannya pada pinggang Kyra. Kyra laju menghindar.


"Tak payah lah."


Marah Kyra , tidak senang dengan perbuatan suaminya itu. Dia menjauh.


"I minta maaf kalau I ada salah , tak boleh ke kita cakap baik baik macam pasangan suami isteri yang lain ? Perlu ke kita gaduh hari hari macam ni Kyra ? I minta maaf kalau I ada buat salah ."


Tengku Farathid ikhlas , dia tak mahu lagi menakutkan nakutkan isterinya , dia hanya terbawa emosi , dia seorang suami , dia harus mengawal keadaan , bukan terus terbawa emosi berlawan lidah dengan Kyra , dia hanya mahu Kyra selalu dekatnya. Kyra hanya mendiamkan diri.


"Kalau nak bersiar malam malam macamni , lain kali bagitahu I , I bawakan sweater , you kat sini lama lama nanti masuk angin sayang. Angin kuat ni."


Belum sempat pun Tengku Farathid memeluknya , Kyra sudah berpaling menuju ke pintu masuk itu , Tengku Farathid hanya mengikut perlahan langkahnya , apa lagi yang mampu Tengku Farathid buat ketika ini untuk meredakan marah isterinya , hanya menurut.


"Hi handsome !"


Dari jauh Alana sudah melambai tangan ke arah Tengku Farathid, memanggilnya tanpa segan silu , sungguh kali ini Alana tekad. Dari pandangan Kyra , sangat jelas , perempuan di depannya memanggil Tengku Farathid di belakangnya , dia menghentikan langkah , menunggu langkah Tengku Farathid mendekatnya , Tengku Farathid binggung , tiba tiba saja Kyra berhenti dari berjalan. Mungkin Kyra ingin seiring dengannya , dia senyum , sedikit berlari mendapatkan Kyra di depannya. Kyra hanya memadang serius setelah Tengku Farathid ada di sebelahnya , Tengku Farathid mendapatkan tangan isterinya di pegang erat.


"Tu , ramai pulak kawan you kat sini."


Tengku Farathid tak faham , dari belakang tadi dia hanya memperhatikan langkah Kyra saja , Kyra membuat isyarat bibirnya menunjuk ke arah depan. Tengku Farathid binggung. Alana sudah di depannya. Tengku Farathid mengangkat keningnya sebelah , memandang Kyra dan Alana silih berganti.


"What?"


Soal Tengku Farathid binggung.


"You nak borak dengan dia dulu kan ? Go on."


Kyra menyoal dan memberi izin pada Alana. Alana pandang mereka silih ganti , kemudian matanya tertumpu saja pada Tengku Farathid. Alana lega , dari percakapan Kyra , dia tahu mereka malaysian , tidak susah untuk


berjumpa dengan Tengku Farathid lagi. Alana senyum , langkah Kyra tak jadi , pinggangnya di pegang kemas oleh Tengku Farathid.


"Sayang , dia bukan kawan I lah , you salah orang ni."


Tengku Farathid menerangkan pada Kyra. Kyra memandang kosong.


"Sorry miss."


Tengku Farathid senyum ke arah Alana sebelum melangkah pergi dengan Kyra. Alana kelu , hatinya bagai di robek mendengar lelaki yang dia suka memanggil perempuan lain sebegitu , sayang ? Alana memandang tajam pemergian mereka , penuh hasad dengki di dada.

__ADS_1


__ADS_2