
Pagi itu Tengku Farathid akan kembali ke hotelnya , bekerja seperti biasa , tapi tidak bagi Kyra.
"Don't worry , I akan balik awal. Jangan rindu rindu."
Kyra senyum mendengar kata kata suaminya itu.
"I don't say anything.. ke you yang rindu nanti."
Tengku Farathid membetulkan bajunya , merapikan rambutnya , gelagatnya hanya di perhatikan Kyra. Sekilas wajah isterinya di belakang di pandang.
"Ke you patut ikut I ke hotel ?"
"Hishh , mengarut... I banyak design lagi nak kena siapkan before masuk butik."
Tengku Farathid mengangguk faham.
"So you tak keluar dari rumah la kan sebab kena siap kan design tu."
"Tengok keadaan lah , ke you nak I berkurung kat dalam rumah ni.?"
Tengku Farathid senyum mendengar kata kata Kyra , dia mendekat Kyra.
"Bukan macam tu sayang... kalau I ada kat sisi you tak apa lah nak berkurung kat rumah ni pun , tapi I tak ada kan ? Hmmm.... you perlu bilik kerja yang baru ? Atas ? Bawah ? Ke sebelah sini ?"
"No need."
Jawab Kyra cepat.
"Hmmm.. okay.. just tell me if you need something else."
Dahi Kyra di kucupnya lembut.
*****
Senyum Tengku Farathid mati melihat dua beranak itu sudah di meja makan , Kyra yang perasan itu membelai lembut belakang suaminya.
"You breakfast okay , I dah kenyang."
Tenang suara Tengku Farathid. Belum sempat Tengku Farathid membalikkan badannya , Kyra menghalang lembut.
"Kita breakfast sama sama.."
Melihat wajah Kyra yang penuh berharap itu , tak mampu untuk Tengku Farathid menolak , dia hanya menurut pasrah. Mereka mendekati meja itu.
"Athid , Kyra. Kami tengah tunggu korang ni , nak breakfast sekali."
Bagai kerang busuk , Puan Zati tak henti henti tersenyum. Tengku Farathid tidak mempedulikannya , Kyra hanya senyum tawar membalas dengan anggukan sahaja. Nasi goreng itu di cenduk Puan Zati untuk mereka..
__ADS_1
"Bik Ani !"
Bergegas wanita itu meluru ke arah majikannya.
"Siapa yang siapkan breakfast ni ?"
"Saya Tengku , kenapa Tengku ?"
Pertanyaan hairan Bik Ani. Puan Zati yang masih berdiri memandang pelik.
"Saya tak ada kat rumah ni baru berapa hari , Bik Ani dah tak pandai nak kerja dah ke ? Biarkan orang lain cenduk kan nasi untuk saya dengan isteri ??"
"Ma.maaf Tengku."
Kyra hanya mendiamkan diri , Bik Ani cepat cepat mengalihkan pinggan nasi yang sudah di isi Puan Zati ke tepi , pingan baru di letakkan di hadapan mereka dan di isikan nasi baharu.
"Lain kali jangan biar orang luar buat kerja untuk saya , saya tak suka."
"Baik Tengku."
Adzran di depan memandang tajam Tengku Farathid. Semacam tak puas hati. Tengku Farathid tenang mengambil sudu dan garpu menikmati bersahaja sarapan itu , Kyra hanya menurut.
"Tak sangka dapat juga Mama Zati makan sama sama dengan Athid , lama dah Mama Zati teringin nak buat macam ni. Mama Zati faham kalau Athid tak dapat maafkan Mama Zati lagi."
Tengku Farathid tidak pedulikan suara suara itu , dia tenang menikmati makanannya , begitu juga Kyra.
Pangg !...
Belum sempat Puan Zati menghabiskan kata katanya , garpu dan sudu itu di lepas kasar oleh Tengku Farathid pada pinggannya. Mereka semua sama sama terkejut.
"Kau dah cukup berani datang sini , masuk rumah aku , tinggal kat rumah aku , makan semeja dengan aku.. aku boleh tabik dengan keberanian kau berdua kat sini , rasanya kau tak cukup kenal aku sebab tu keberanian kau berdua mengunung tinggi....aku harap harini satu hari saja mimpi ngeri aku wujud sebab makan semeja dengan kau berdua."
Kyra sudah mengosok lembu bahu Tengku Farathid , lelaki itu sudah mula berdiri. Kyra juga turut bangun dari duduknya.
"Lepas ni , aku tak nak tengok muka kau berdua depan aku lagi."
Tengku Farathid melangkah pergi yang di ikuti Kyra.
**
"Jaga diri sayang. Love you."
Tengku Farathid mengucup lembut dahi isterinya , hal hal di meja makan tadi langsung tidak di bahas Tengku Farathid. Pandai betul suaminya mengasingkan masalah itu darinya. Kyra hanya senyum.
"Kalau ada apa apa terus call I."
Kyra mengangguk faham. Tengku Farathid senyum sebelum meninggalkan Kyra di pintu utama. Kyra melangkah ke arah tangga itu , seleranya sudah mati bila memikirkan perangai dua beranak itu.
__ADS_1
"Kyra....."
Langkahnya berhenti bila namanya di panggil , dia menoleh , Puan Zati sudah ada di belakangnya.
"Mama Zati tak tahu apa yang Athid dah cerita kat Kyra pasal kami , sebab sekarang macam Kyra dah tak menyebelahi kami."
Kyra hanya mendiamkan diri. Adzran datang dari belakang Puan Zati.
"Saya bukan nak masuk campur , tapi saya yakin benar , awak tak kenal betul siapa Athid tu , kan ? Sebab tu awak percaya cakap dia , kalau awak kenal dia dengan betul , saya yakin awak tak boleh nak terima orang macam dia."
Adzran cuba menambah perasa untuk mamanya , dia tak boleh duduk diam kalau dia dan mamanya sudah terancam di halau dari rumah ni.
"Tapi saya lebih kenal suami saya dari awak berdua , im sorry , tapi saya tak ada hak , rumah ni rumah suami saya , kalau itu keputusan dia , saya tak boleh nak buat apa. Saya terpaksa ikut."
Kyra berkata tenang.
"Tolong lah Kyra , Kyra tak kenal siapa Athid , dia kejam Kyra , dia sanggup bunuh Daddy dia sendiri , sebab Daddy dia ikut Mama Zati , tinggalkan Mummy dia. Kyra nak hidup dengan orang sakit macam dia ?"
Wanita itu sudah pun mengeluarkan airmata palsunya , memantapkan lakonannya. Dada Kyra berombak kencang mendengar kata kata Puan Zati. Betulkah semua ungkapan wanita ini.
"Awak yakin ke dia pergi kerja ? Atau pergi jumpa perempuan lain kat hotel tu ? Awak tahu kenapa dia tak suka kami tinggal kat sini lama lama ? Sebab dia takut semua benda jahat yang dia buat , kami akan bongkarkan kat awak , sebab tu dia benci sangat kami tinggal sini. Saya tahu betul , dengan siapa dia sebelum ni , dia tu kaki perempuan , semua perempuan dia sapu."
"Sudah ?"
Kyra bertanya tenang. Dua beranak itu memandang sama sendiri. Keliru macam mana perempuan ini masih tenang.
"Mama Zati tahu Athid banyak duit , banyak harta , sebab tu Kyra takut nak tinggal dia , tapi jangan pula Kyra menyesal nanti , bila tahu perangai sebenar dia , duit tak boleh buat kita bahagia Kyra , fikir tu."
Pandai Puan Zati berkata kata , hakikatnya , duit dan harta Tengku Farathid juga yang di kejarnya sehingga kini. Kyra melemparkan senyuman sinis kepada mereka.
"Okay , korang nak suruh saya tinggal kan Athid sebab perangai buruk dia ?? So sekarang , korang yang datang sini , merayu dengan dia nak tinggal sini , tak takut pulak dengan perangai buruk dia ? So apa yang korang nak sebenarnya ?"
Kyra berpeluk tubuh , menanti jawapan seterusnya yang akan di beri pelakon hebat ini kepadanya. Muka Puan Zati sudah pucat , memikirkan jawapan yang ingin di balas pada Kyra.
"Tolong lah Kyra , kalau Kyra tak percaya cakap kami , tak apa.. tapi tolong la pujuk Athid , bagi kami masa untuk kami cari tempat tinggal baru kami , Mama Zati merayu kat Kyra. Bagi kami tinggal dulu kat sini."
"Nampaknya kamu berdua yang tak kenal Athid , saya lebih kenal suami saya , kalau keputusan dia macam tu , tetap tak akan berubah , so I know my husband very well. Kemas barang korang. Sebab itu yang suami saya nak."
Kyra senyum sebelum berpaling , cepat cepat Puan Zati memeluk kaki Kyra , Kyra terkejut. Adzran juga tak menyangka mamanya akan berbuat begitu.
"Tolong lah Kyra , bagi kami masa lagi. Mama merayu kat Kyra , tolong la kami. Mana kami nak pergi nanti."
Puan Zati sudah terisak isak menangis di kaki Kyra , Kyra lembut membuang tangan perempuan itu di kakinya. Terpaksa dalam rela , Puan Zati melepaskan perlahan.
"Saya try pujuk Athid , sampai esok... esok last day korang kat sini."
Terkejut Puan Zati dan Adzran mendengar kata kata Kyra , bukankah esok terlalu awal untuk dia keluar. Kyra terus berlari menuju ke tangga , sekarang perasaan suaminya harus di pikir berbanding mereka berdua , Kyra harus bertegas untuk kali ni.
__ADS_1
Adzran mengetap bibirnya menahan perasaan marah , pemergian Kyra di pandang tajam.