Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 81


__ADS_3

Gaun putih di dalam cermin kaca itu di pandang Kyra.


"Cantik.. sayang nak ?"


Soal Tengku Farathid apabila sedar dengan pakaian yang di tatap Kyra itu. Kyra memandang suami di sebelah , dia mengelengkan kepala seraya tersenyum.


"Tak pun.. just teringat moment reception kita dulu , tengok dress tu macam nak bersanding lagi sekali."


Balas Kyra. Tengku Farathid gelak perlahan.


"Tak penat ke ? Nanti nak melayan tetamu tu semua , satu hari tu pun dah macam nak pengsan."


Tengku Farathid membalas bersahaja. Kyra mengeleng lagi.


"Tak.. sebab hari tu , I tak jemput semua orang. Kawan kawan I. Sekarang I rasa menyesal tak kenal kan you pada dorang. Husband I yang I sayang ni. I nak dorang tahu , I ada seorang husband yang hebat , selalu ada dengan I."


Kyra senyum menjawab. Tengku Farathid mengangguk perlahan.


"Tu lah , siapa suruh jual mahal sangat. Sekarang kan dah menyesal."


Usik Tengku Farathid. Kyra sudah memuncung.


"Kalau masa boleh di putar , I akan baiki tu semua sayang."


Nada perlahan dari Kyra kurang menyenangkan hati Tengku Farathid , mungkin usikannya berlebihan. Tangan Kyra di gosok perlahan oleh suami.


"It's okay.. ni kan dah takdir kita. Macam mana sekali pun jalan takdir kita , I tetap bersyukur you dah sayang I , you kan cakap , suami you lelaki yang hebat."


Tengku Farathid menceriakan keadaan , tak mahu kelamaan melihat wajah murung isterinya.


"I minta maaf.."


Ucap Kyra perlahan.


"Tak ada yang nak di maafkan lagi sayang. You dah tak perlu nak ucap perkataan tu lagi. Sekarang kita jalani hidup macam biasa , yang lepas tak payah fikir. Okay ?"

__ADS_1


Tengku Farathid menyentuh lembut rambut Kyra. Kyra hanya mengangguk seraya tersenyum.


"So.... kalau I nak dress tu ?"


Wajah Kyra kembali ceria , menarik lembut tangan Tengku Farathid , suaminya sudah ketawa kecil melihat perubahan Kyra. Dia hanya mengikut tarikan lembut tangan isterinya.


"Apa apa saja untuk wife I yang cantik ni."


Senyum Kyra makin lebar mendengar kata kata suaminya , mana mungkin Tengku Farathid menolak permintaannya , dia sudah hafal benar dengan sikap Tengku Farathid.


"Tak sangka kan.."


Kyra dan Tengku Farathid menoleh pandang mendengar suara itu muncul dari belakang , langkah mereka untuk memasuki butik pakaian itu tiba tiba tiba saja terhenti. Wajah Zacran yang muncul itu , tidak menyedapkan hati Kyra. Tengku Farathid hanya memandang kosong.


"Tengku Farathid Marteen , boleh terima isteri balik lepas apa yang jadi ? Aku pun heran , hebat ke ? Atau terlalu bodoh , di guna macam tu saja oleh isteri ?"


Pedas sindiran Zacran. Kedua wajah suami isteri itu di pandang tak senang.


"You nak apa Zac ? Tak habis lagi you nak kacau I ?"


Kyra mula bersuara. Lelaki di depannya di pandang tajam.


Kata kata Zacran memanah tajam di telinga Kyra , sungguh Kyra tak mampu mendengarnya lagi. Rasa menyesalnya mengunung tinggi. Tangan suami di sebelah di genggam erat , mencari kekuatan.


"Dan kau , kau boleh terima Kyra balik lepas apa yang jadi ? Kau ni memang tak ada perasaan ke ? Ke memang kau ni bodoh ? Mudah mudah kena tipu dengan Kyra ?"


Sambung Zacran lagi. Pandangannya sudah di alihkan kepada Tengku Farathid.


"Aku rasa kau yang di perbodohkan , kau tak tahu ke isteri aku buat semua tu sebab dia nak cemburukan aku , sebab apa ? Sebab sayang dia kat aku , bukan kau. Jadi mangsa sebenar kau , bukan aku."


Tengku Farathid berkata tenang. Terasa kuat genggaman tangan Kyra untuknya. Zacran ketawa sinis mendengarkan Tengku Farathid.


"Ooo , aku mangsa sebenar. Isteri kau ajak aku pergi hotel kau , tidur dengan dia. Aku mangsa ?"


Tawa Zacran masih tersisa.

__ADS_1


"You mengarut apa Zac ? I tak pernah ajak you buat semua tu lah.. I ada maruah lah !"


Kyra berkata lantang. Mata Zacran mencerlung tajam seperti mahu menikam Kyra di depan sahaja.


"Oooo ada maruah ? Kau tahu Farathid , macam macam aku dah buat dengan dia masa dia gaduh dengan kau. Isteri macam ni yang kau sayang. ? Dia bosan dengan kau , dia cari aku , dia bosan dengan aku , dia cari kau.. sampai bila kau nak kena di perbodohkan oleh dia ? Aku ada lagi text text dia , kalau dia sayang kau , dia tak akan cari lelaki lain."


"Nooo !! You jangan merepek Zacran ! Masa tu I tengah marah , I just text you nak buat Athid jealous , tak lebih dari tu. . Athid.. I tak buat semua tu. You percayakan I kan."


Kyra sudah menatap suaminya di sebelah. Tengku Farathid diam sahaja.


"Sayang.. you percayakan I kan."


Kyra menatap lagi.


"Dia boleh buat semua tu depan orang ramai , kau rasa dia tak buat apa apa belakang kau ? Amarah seorang perempuan ni bahaya , dia boleh buat apa saja bila dia marah untuk melepaskan kepuasan diri dia. Kau boleh baca sendiri sikap dia bila dia marah kan , bila dia benci kau. Jangan sebab sekarang dia cakap dia sayang , dia tak buat benda buruk belakang kau."


Zacran tidak perduli lagi. Kalau Kyra tidak dapat menjadi miliknya , Tengku Farathid juga tak akan dapat. Dia tak nak Tengku Farathid mudah mudah menerima Kyra lepas apa yang Kyra buat padanya.


"Cukup Zacran !! I tak sangka you sanggup buat I macam ni ? Sampai hati you Zacran."


Mata Kyra sudah berkaca. Orang yang lalu lalang tidak di hiraukannya.


"Zacran.. aku rasa kau boleh hilang kan diri dari aku dan isteri aku , sebab aku tahu , hanya aku yang boleh sentuh isteri aku , tak ada sesiapa yang mampu buat selain aku. Kau boleh berambus dengan angan angan kau tu semua. Aku tak nak sentuh kau kat sini. So better kau pergi. Kalau kau tak nak pergi , biar kami yang pergi. Aku tak nak tengok kau depan mata aku lagi."


Tengku Farathid mula bersuara , kalau tak mengingatkan orang orang yang berada di situ , sudah lama Zacran makan menumbuknya. Badan isterinya di bawa dekat ke pelukan. Tanpa menunggu apa apa dari Zacran , Tengku Farathid membawa Kyra sekali melangkah keluar dari pusat membeli belah itu.


**************


Lengan Tengku Farathid di rangkul lembut oleh Kyra. Tengku Farathid hanya melepaskan pandangan ke arah luar tingkap kereta itu.


"I tahu I salah. Tapi apa yang dia cakap.."


"Enough Kyra... I tak nak cakap pasal ni dah."


Mendengar kata kata Tengku Farathid jelas menunjukkan suaminya sedikit terpedaya dengan kata kata Zacran.

__ADS_1


"I minta maaf.."


Ucap Kyra perlahan. Tengku Farathid mendiamkan diri , wajah isteri di sebelah tidak di pandangnya , perlahan Tengku Farathid memejamkan matanya , mengusir rasa itu pergi , tapi tetap saja rasa itu bersarang pada minda dan hatinya.


__ADS_2