Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 17


__ADS_3

Tengku Farathid sudah mengenakan pakainya setelah keluar dari ruang persalinannya itu. Melihat Kyra yang leka mengurut kakinya sendiri , Tengku Farathid mendekati dengan laju dan spontan mengucup ubun ubun Kyra. Kyra terperanjat , menutup kepalanya dengan telapak tangan. Tengku Farathid senyum , ingin ketawa tapi di tahannya. Dia duduk di sebelah Kyra. Kyra menghindar sedikit darinya.


"Sakit sangat ke ? Dah jangan nak buas buas , duduk diam diam. Kan yang kiri tu pulak sakit."


Tengku Farathid mengambil kaki kanan Kyra meletakkan di pahanya. Belum sempat Kyra mengata kan apa apa , dia sudah mengurut betis Kyra.


"Takpayah la , kaki I terseliuh. Bukan betis I. Takpayah nak urut urut pegang la."


Kyra marah tapi tak mampu nenurunkan kembali kakinya ke lantai.


"You lengguh kan , tak apa . I urutkan , biar lega betis ni."


Tengku Farathid senyum. Meneruskan urutannya pada betis Kyra. Kyra memandang, membiarkan. Memang dari tadi kakinya lengguh , mungkin berdiri lama semasa majlis pagi tadi sampai ke petang.


"Athid....."


Lembut Kyra memanggil. Tengku Farathid mengangkat muka memandangnya.


"Hmmm."


Sahut Tengku Farathid. Mata isterinya di tatap kasih.


"Esok kan...."


"Kenapa dengan esok ?"


"You janji nak keluarkan Zacran."


Perlahan suara dari Kyra. Urutan dari Tengku Farathid padanya tiba tiba berhenti. Jelas Tengku Farathid tidak menyukai Kyra menyebut nyebut perihal Zacran.


"Hurmm , i will."


Mendengar kata kata Tengku Farathid , Kyra mengukirkan senyuman. Senyuman yang paling indah Kyra bagi untuknya. Kerana Zacran , Kyra mengukirkan senyuman. Sebelum ini tak pernah Kyra mengukirkan senyuman untuknya. Hebat sangat Zacran di hati Kyra. Dia menunduk seketika sebelum menatap Kyra lagi. Hatinya sakit , di jentik rasa cemburu.


"You happy sebab dia dapat keluar?"


Senyuman Kyra mati mendengar soalan dari Tengku Farathid , dari nadanya jelas sekali Tengku Farathid tidak suka melihat dia bahagia mendengar berita itu. Dia takut Tengku Farathid menangguhkan lagi masa keluar Zacran dari penjara. Lelaki ini mampu lakukan apa saja yang dia mahu. Kyra bimbang menaikkan semula amarahnya.

__ADS_1


"I happy sebab you dah tunaikan janji you. Tu je."


"I rasa dia tak boleh keluar esok."


Kyra sudah menyangka , pasti Tengku Farathid membuat alasan lagi.


"Tapi you dah janji kan...."


"Yeee , nanti kaki you okay. Kita pergi sana sama sama. I tarik balik dakwaan I pada dia."


"Nooo , you boleh pergi seorang , tak perlu tunggu I."


"Noo , I nak you teman I . Kalau you tak nak teman. Biar lah dia duduk dalam tu selama mungkin."


"Tapi kaki I tak baik lagi . Macam mana I nak teman."


"Sebab tu I cakap , nanti kaki you dah okay , kita pergi. Bukan sekarang . Don't worry , tambah seminggu je pun kat dalam tu. Dia takkan mati lah."


Tengku Farathid meneruskan urutannya pada betis Kyra. Isterinya berpaling muka , menoleh ke arah lain. Tengku Farathid yang perasan , mengambil wajah isterinya menatapnya kembali. Mata mereka bertatapan untuk seketika , Kyra yang terkejut memegang lengan Tengku Farathid, pipi Kyra sudah kedepan akibat cengkaman tangan Tengku Farathid pada wajahnya. Kyra tak mampu berkata kata lagi. Tengku Farathid menahan tawa melihat wajah Kyra seperti itu. Comel saja.


Tengku Farathid menasihat. Kedua dua tangan Kyra sudah menarik genggaman tengan Tengku Farathid pada wajahnya. Perlahan Tengku Farathid melepaskan tangannya.


"Sakitt lah!"


Kyra marah. Tengku Farathid hanya senyum.


"I rasa lemak you kat pipi tu dah naik kut. Tu yang sakit."


Tengku Farathid mengusik. Kyra meraba raba pipinya yang ngilu. Menjeling maut kearah suaminya.


"Takpaa , lemak you bertambah ke , berat badan you naik ke , I tetap sayang. Even you gemok sekali pun."


Tengku Farathid senyum manis.


"You ni memang menyakitkan hatikan."


"Laa , macamtu pun menyakitkan hati ke ? So apa yang menyenangkan hati you. Cepat cakap , nanti I buat."

__ADS_1


"Cakap apa ? Benda macamtu pun you tak mampu buat. I dah mintak , you tak mampu jugak."


"Apadia ? So benda yang menyenangkan hati you bila I keluarkan Zacran dari penjara. Kan ? I cakap I akan keluarkan dia..... bila dengan you nanti. Nanti kaki you okay. Faham tak ? So sekarang I dah buat benda yang menyenangkan hati you kan. So you tak perlu nak marah marah dah."


Tengku Farathid tak nak kalah.


"Dahh , I penat . I nak tidur."


Kyra mencuba mengangkat kakinya pada Tengku Farathid. Dia mengerut dahi. Tak mampu , kakinya masih sakit , masih tak kuat untuk melakukan itu. Tengku Farathid yang perasan dengan kedegilan Kyra , mengangkat perlahan kaki Kyra dan di letakkan ke bawah.


"You nak makan apa ?"


Tengku Farathid sudah berdiri bertanya lembut.


"I cakap I nak tidur bukan nak makan. You tak faham bahasa ke?"


"Kyraaa... kita makan tengahari tadi je , sekarang dah malam pun. You pun tak sempat nak makan petang tadi kan."


Tengku Farathid masih berlembut. Melayan perangai degil isterinya.


"Taknakk. I dah kenyang. I nak tidur. I penat. Tengok muka you je dah memenatkan I."


Kyra sudah membetulkan bantal di kepala katil. Kakinya di ambil dan di selimutkan sendiri. Tengku Farathid hanya memerhati. Kyra memejamkan matanya kemudian membuka kembali setelah perasan Tengku Farathid masih tak berganjak dari tempatnya.


"You keluarlah. You nak tidur berdiri kat situ ke apa ?"


"Tidur la."


Tengku Farathid bertutur lembut. Kakinya mendekati Kyra.  Satu kucupan singgah di dahi Kyra. Kyra menyapu laju dahinya. Selimut di paras pinggang di tariknya sampai ke muka. Tak mahu Tengku Farathid menyentuhnya. Tengku Farathid hanya senyum melihat telatah isterinya.


"Sweetdream."


Tengku Farathid mengucap perlahan. Dia berpaling mendekati meja kerjanya di sebelah kiri. Laptop di atas meja dibukanya. Matanya menoleh ke arah isterinya di dalam selimut. Masih seperti itu. Mungkin Kyra belum lena. Setelah hampir sejam dia meneliti kerja kerjanya di dalam laptop, matanya terarah kembali kepada isterinya. Selimut Kyra sudah turun hingga ke dada, muka Kyra berpaling arah kiri menghadapnya. Dia senyum menatap. Kyra sudah lena. Dia menutup laptopnya , mendekati isteri di katil. Tengku Farathid merenung lama wajah isterinya yang telah lena. Dia duduk di birai katil , sedikit saja ruang untuknya.... dia mengalih sedikit helaian rambut Kyra yang menutupi wajah Kyra. Membelai penuh kasih. Kyra betul betul lena. Dahi Kyra di kucup perlahan.


"I akan tunggu sampai you terima cinta I. Cinta I pada you takkan pernah mati Kyraa. I harap satu masa nanti hati you terbuka untuk terima I. I takkan pernah penat untuk kejar cinta you. Isteri I."


Tengku Farathid bangun.... mengambil batal peluk di letakkan di tengah katil. Dia berbaring menghadap Kyra . Sebentar saja dia ikut di buai lena bersama Kyra.

__ADS_1


__ADS_2