Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 34


__ADS_3

"Cik Puan!"


Jeritan keras Beego memeranjatkan Tengku Farathid , dia menoleh sekilas pada Beego , Beego melihatnya dengan muka pucat yang tak dapat di gambarkan , kakinya sudah bergerak untuk mendapatkan Kyra yang sudah di tengah pantai , handphone Tengku Farathid dibuang laju ke tanah setelah melihat keadaan Kyra yang menakutkan itu.


"Kyra !"


Mata Tengku Farathid mencerlung tajam ke arah Beego , sebelum mereka berkejaran mendapatkan Kyra , langkah laju Tengku Farathid meninggalkan sedikit larian Beego. Wajah kerisauan jelas terpancar pada Tengku Farathid. Degupan jantungnya bergerak laju selaju lariannya. Ombak deras itu diterpa Tengku Farathid untuk mendapatkan Kyra , Beego sudah di belakang mengejar dengan kayuhan tangannya meredah air pantai. Sesekali kelibat Kyra hilang dari pandangan Tengku Farathid , terhayun hayan akibat di tolak ombak itu. Beego mencari ligat , apabila susut itu timbul kembali , Beego meluruskan tangannya pada Tengku Farathid menunjuk keberadaan Kyra yang tergelam timbul. Tengku Farathid laju mendayun tangannya mendekati , ombak itu kembali melepar badan Kyra ke arahnya .


"Kyra..... Sayang.. bangun !!"


Tubuh Kyra di peluk erat , membawa ke arah persisiran pasir. Beego mengikuti dengan cemas. Sabhi sudah muncul di hadapan mereka , cemas wajahnya langsung tidak tersorok , Tengku Farathid mengoncang laju badan Kyra yang sudah berada di atas pasir. Di peluk erat badan itu , menepuk nepuk belakang badan Kyra.


"Kyra...! Bangun sayang.... buka mata! Cepat lah , jangan buat I risau . Kyra !!"


Badan Kyra di baringkan kembali , bibir Kyra di tuju Tengku Farathid, menghembus kuat. Dadanya Kyra ditekan berkali kali . Mata Tengku Farathid sudah kemerahan menahan air jernih turun darinya. Dia mengesat kasar matanya dengan belakang tangan , mengusir perasaan yang tidak enak yang datang secara tiba tiba. Bibir Kyra di tuju kembali , menghembus lagi dan lagi . Seketika tubuh itu bangun memacarkan air dari rongganya. Mata Kyra di buka lemah. Wajah Tengku Farathid berubah , bernafas lega. Sesuatu yang menghimpit berat hatinya tadi kini berlalu pergi. Sabhi dan Beego di belakang turut tersenyum.


"Jangan buat I macam ni lagi.!"


Tubuh itu di peluk erat Tengku Farathid. Kemas ! Belakang Kyra di gosok perlahan. Kyra masih terbatuk batuk mengeluarkan sisa air dari mulutnya. Bila pelukan itu di leraikan , wajah pucat Kyra di pandang kasih , Tengku Farathid menyentuh lembut pipi isterinya.


"You okay kan ?"


Perlahan suara Tengku Farathid, seakan akan baru sudah melepaskan lelah yang sangat dasyat. Mata merah Tengku Farathid di tatap Kyra , dia mengangguk lemah. Tengku Farathid tiba tiba saja berdiri setelah melepaskan Kyra lembut. Secepat kilat juga wajah Beego di tumbuknya kasar, terpelanting Beego mencium pasir , wajah Sabhi sudah pucat . Tidak berani bertingkah.


"Kau buat apa ?!! Aku suruh jaga isteri aku , tengok kan dia .... kau buat apa tadi ? !! Kau biar isteri aku hanyut macam tu ?!!!


Jergahan Tengku Farathid memeranjatkan Sabhi , Beego hanya diam menerima perlakuan dari Tengku Farathid. Tengku Farathid bingkas mendapatkannya kembali , wajah itu di pukul berkali kali. Sabhi di sebelah hanya menunduk lemah.


"Sa..ya minta ma....af Tengku. Sa..salah saya."


Mata Tengku Farathid mencerlung tajam menikamnya , Beego menundukkan pandangan. Baju Beego di tariknya kasar.


"Kenapa kerja senang pun kau tak boleh nak buat.? Kalau macam ni lah kerja kau. Kau berambus sekarang. Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi.! Berambus sebelum aku pecah kan muka kau.!"


Badan tegak Beego tidak berganjak , dia hanya menundukkan pandangan.


"Athid..."

__ADS_1


Kyra memanggil lemah.Tengku Farathid mendapatkan Kyra kembali , mengosok gosok belakang badan Kyra. Memeluk lagi.


"I minta maaf."


"Bukan salah Beego , dah lah."


"I nak you sentiasa selamat , kalau itu pun dia tak boleh nak buat , buat apa I gajikan dia. I boleh upah orang yang boleh jaga you. I tak nak benda ni jadi lagi , sayang."


"You nak Beego jaga I ? Habis you buat apa ? You tak boleh nak jaga I ?"


Kyra membalas pelukan Tengku Farathid , menenangkan lelaki itu dari amarahnya , Tengku Farathid memejam mata , menerima belaian Kyra untuknya. Dia menarik nafas lega.


"I tak mampu nak jaga you dengan baik , kalau I tak jawab call tadi , benda ni tak akan jadi."


"You selamatkan I kan , you boleh jaga I dengan baik."


Kyra senyum , menanti jawapan dari Tengku Farathid.


"Beego tak salah , I yang salah , I yang degilkan. I yang patut you marah , bukan dia."


Kyra bertutur lembut , Beego di hadapannya di pandang. Beego hanya menundukkan pandangan. Merasa bersalah kerana terlalu asyik menikmati permandangan pantai sampai terlupa akan majikannya.


Beego tidak berkata banyak. Entah macam mana lagi ingin dia luahkan rasa kesalnya kerana membuat Kyra dalam bahaya.


"Kau berambus sekarang.."


Tengku Farathid mula menatapnya tajam. Kyra mengosok lembut tangan Tengku Farathid. Menggeleng perlahan.


"Athid.... dah lah. I tak ada apa apa kan."


Mata redup Tengku Farathid beralih padanya. Kyra senyum lagi. Membangkitkan kecerian Tengku Farathid.


"I okay kan , dah yaa."


Kyra kembali memandang Beego , Sabhi hanya diam.


"Beego , saya minta maaf sebab menyusahkan awak. Kalau bukan sebab saya , tak ada nya bos awak ni marah awak."

__ADS_1


"Kyra...!"


Tengku Farathid mula membantah.


"I minta maaf."


Kyra bertutur lagi. Entah kenapa ingin saja dia memeluk Tengku Farathid saat ini , melepaskan kelegaan hatinya.Tapi dia tak mampu , malu dirinya di depan Beego dan Sabhi , entah apa Tengku Farathid fikir kalau dia bertingkah aneh.


"Kalau I tak degil duduk situ , benda ni tak jadi kan. So salah I. You jangan marah Beego dah. Yaa ?"


Kyra menatap suaminya penuh berharap , agar kemarahanya hilang . Tengku Farathid memejam mata seketika sebelum mengangguk perlahan. Kyra senyum. Tidak susah juga untuk mengawal Tengku Farathid.


*****


"Betul ke sayang ? You tak nak pergi hospital ? I tahu hospital dekat sini."


Ekor mata Tengku Farathid mengikuti pengerakan Kyra yang sudah mengenakan bathrobe di badannya.


"I okay , I tak ada apa apa lah. Tak payah risau okay."


Kyra membalut rambutnya yang basah dengan tuala. Perasaan seperti di perhatikan , tatapannya berhenti pada Tengku Farathid.


"Athid... I okay. Don't worry okay. Tak perlu nak check apa apa. You pergi mandi , baju tu berpasir lagi."


Kyra memuncungkan bibirnya pada badan Tengku Farathid yang sudah duduk di kerusi solek itu. Tengku Farathid memandang tubuhnya sendiri , meraba raba badannya.


"I rasa dah banyak kali kita mandi hari ni kan?"


Tengku Farathid cuba mengukirkan senyum walaupun hatinya masih risau akan kesihatan Kyra yang hampir di telan air tadi. Kyra senyum juga. Tengku Farathid bangun mendekat isterinya. Pipi isterinya di sentuh lembut , Kyra hanya membiarkan. Merah wajahnya bila di tatap mendalam oleh Tengku Farathid, Kyra mengawal hatinya , menundukkan pandang seketika. Wajahnya mendekati wajah Kyra. Bibir mungkil Kyra di tatap lama , sentuhannya pada pipi mula turun ke leher Kyra. Masih terasa hangat badan Kyra padanya ketika mereka bersama pagi tadi. Tengku Farathid menelan liur , Kyra selalu membuat dia tidak keruan.


"I tak boleh hidup kalau tak ada you. Maaf kalau permintaan I keterlaluan , tapi tolong jaga diri you untuk jaga I sebab dengan adaanya diri you dekat dengan I , buatkan jiwa I selalu hidup , Kyra."


Setiap hembusan kata Tengku Farathid jelas di telinga Kyra , membangkitkan kesenangan pada diri Kyra. Tengku Farathid mengucup perlahan pipi Kyra.


"I mandi kejap. Nanti kita dinner."


Tengku Farathid mengukir senyum sebelum melangkah ke bilik air. Kyra melirik langkah suaminya , dia mengeluh perlahan. Dia mengharapkan lebih selain ciuman pipi untuknya dari Tengku Farathid , ahh ! Mungkin Kyra sudah gila. Dia mengelengkan perlahan , mengetuk dahinya juga.

__ADS_1


"Noty sangat Kyra."


Dia memarahi dirinya , menjadi gatal bukan jati dirinya. Tapi kalau dengan suami , tiada salahnya. Kyra senyum sendiri.


__ADS_2