
Kini Diana Haya sah menjadi isteri Mikhail hanya sekali lafaz. Semua orang di dalam majlis itu bergembira dengan ikatan suci yang baharu sahaja terpaut sebentar tadi. Tetapi tidak bagi Diana dan Rafael. Selesai sahaja doa dibacakan, Rafael bangun keluar dari majlis tersebut. Hilang entah ke mana.
Mikhail bangun dari tempat duduknya. Selangkah demi selangkah menghampiri Diana yang duduk di atas pelamin sambil ditemani oleh Puan Siti. Sekarang Mikhail berada tepat di hadapan Diana. Puan Siti bangun bagi membenarkan Mikhail duduk ditepi anak perempuannya itu yang telah sah menjadi suami isteri.
Diana Haya telah menjadi milik Mikhail. Mikhail duduk berhadapan Diana sekarang. Dia mengambil cincin untuk disarungkan ke jari isterinya itu. Sekarang giliran Diana untuk menyarungkan cincin kepada suaminya itu. Tetapi langkahnya terhenti separuh jalan.
Tangan Mikhail lembut memegang tangan Diana bagi membantunya menyarungkan cincin. Diana bagaikan berada di alam lain. Hanya membiarkan Mikhail memegang tangannya itu. Roh dan jasad Diana sudah tidak bersatu. Hanya senyuman palsu terukir dibibir.
Mikhail meletakkan telapak tangan kanannya di atas ubun-ubun Diana lalu membacakan doa. Selesai sahaja membaca doa, mereka berdua bersalam-salaman. Berakhir sahaja sesi tadi, Diana laju berjalan masuk ke dalam bilik meninggalkan Mikhail.
Mikhail yang sedang sibuk melayan tetamu tidak perasan akan ketiadaan isterinya itu.
"Mana isteri kamu?" Sapa Datin Maya meletakkan tangan ke atas bahu Mikhail.
"Ibu, sapalah depan - depan. Terkejut saya dibuatnya." Ucap Mikhail sambil mengusap dadanya.
__ADS_1
"Kamu tak nak masuk bilik lagi ke?" Tanya Datin Maya lagi.
"Saya nak masuklah ini." Jawab Mikhail.
"Okay." Respon Datin Maya singkat.
Masing - masing telah penat pada malam itu. Ramai tetamu yang perlu dilayan. Keluarga Mikhail dan keluarga Diana juga telah masuk ke bilik masing-masing.
Mikhail berjalan ke arah biliknya. Pintu bilik diketuk walaupun Mikhail mempunyai kunci. Risau jika buka pintu bilik, Diana dalam keadaan tidak bersedia. Seketika menunggu diluar, pintu dibuka daripada dalam.
"Cepat betul dia tukar baju. Tak tunggu aku pun." Bisik Mikhail dalam hati.
Diana berlalu pergi selepas dia membuka pintu. Mikhail pun masuk ke dalam bilik lalu duduk di bucu katil. Diana pula duduk di sofa yang jarak antara mereka berjarak satu meter. Mereka saling berhadapan menghadap satu sama lain. Buat kali pertama mereka bertentang mata. Gementar untuk mulakan perbualan.
"Assalamualaikum isteriku." Mikhail tersenyum apabila menyebut perkataan itu buat kali pertama.
__ADS_1
"Waalaikumussalam." Ringkas jawapan Diana tiada reaksi muka.
"Saya Mikhail suami awak." Ujar Mikhail.
"Awak ni dah kenapa? Saya tahulah awak tu suami saya. Saya ada dalam majlis tadi." Ucap Diana pelik dengan Mikhail.
"Kenapa aku pergi cakap macam tu? Aduh, bertenang Mikhail." Bisik Mikhail dalam hati sambil memalingkan muka ke arah tepi kerana menahan malu.
"Bukan tu maksud saya. Saya cuma nak berkenalan sahaja." Ucap Mikhail memperbetulkan ayatnya.
Diana tidak menjawab melainkan bangun daripada tempat duduknya itu lalu baring di atas katil.
"Dahlah, saya nak tidur. Penat." Ucap Diana dengan nada yang datar.
Mikhail terpinga-pinga dengan sikap isterinya itu. Dia berfikiran yang mereka berdua terpaksa berkahwin atas paksaan keluarga. Jadi tidak pelik untuk Diana bersikap begitu.
__ADS_1
Mikhail bangun daripada katil lalu membuka pakaiannya. Dia masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan badannya. Selepas siap mandi, dia memakai baju tidur dan terus terlelap apabila membaringkan badan ke atas katil. Terlalu penat pada malam itu.