
Mikhail keluar dari bilik setelah selesai bersiap - siap. Kemeja putih dan blazer biru gelap yang dipakai oleh Mikhail amat sesuai dengan warna kulitnya. Menampakkan dirinya lebih maskulin. Dia menuruni tangga lalu duduk di meja makan. Dato Raiqal dan Rafael juga turut ada di situ sedang menikmati sarapan pagi.
"Assalamualaikum, semua." Mood ceria kelihatan di wajah Mikhail.
"Waalaikumussalam." Balas mereka serentak.
Datin Maya dan Diana Haya yang berada di dapur pun keluar lalu duduk di meja makan. Mereka berdua juga mula mengambil makanan untuk dimakan. Mikhail pula hanya berdiam diri melihat orang lain makan.
"Mikhail, kenapa tak makan?" Soal Rafael.
"Tiada siapa nak tolong ambilkan makanan untuk saya... Hmmm." Mikhail mengeluh sambil membuat muka kecewa.
Diana Haya yang sedang menikmati sarapan terhenti dengan ucapan Mikhail sebentar tadi. Dia tahu maksud Mikhail. Diana Haya pun mengambil makanan yang disediakan lalu diletakkan dalam pinggan Mikhail.
"Haya, saya nak sandwich itu juga. Boleh tolong ambilkan?" Soal Mikhail kepada Diana Haya.
__ADS_1
Diana Haya menjelingkan matanya kepada Mikhail tanda tidak puas hatinya. Diambilnya sandwich untuk Mikhail.
"Mengada - ngada pulak dia ini. Sandwich itu di depan dia sahaja." Bisik hati Diana.
"Terima kasih, Haya." Mikhail tersenyum lebar kepada Diana Haya.
Diana Haya juga pandai tersenyum manis di hadapan keluarga Mikhail supaya lakonannya tidak diketahui oleh mereka. Datin Maya dan Dato Raiqal tersenyum melihat gelagat Mikhail dan menantunya itu. Rafael tiada reaksi di wajahnya. Tidak tersenyum dan tidak juga marah. Reaksi yang datar diberikan olehnya.
"Ayah, Ibu, Mikhail. Rafael nak cakap sesuatu, boleh?" Rafael yang daripada tadi diam mengeluarkan kata-katanya.
"Kamu nak cakap apa itu?" Soal Dato Raiqal.
"Rafael nak uruskan syarikat ayah yang berada Johor. Rafael nak pindah sana. Cari pengalaman baharu." Kata - kata Rafael cukup membuat semua orang yang mendengar tercengang. Termasuk Diana Haya.
"Kenapa pula?" Soal Datin Maya dengan wajah yang berkerut.
__ADS_1
"Ibu, Rafael nak tambah pengalaman sahaja. Rafael dah bosan duduk Kuala Lumpur ini. Hari - hari hadap situasi sama sahaja." Rafael mengukuhkan lagi alasannya.
"Ayah setuju. Lagi pula, syarikat di Johor itu memang kena ada wakil daripada kita untuk dipantau. Akhir - akhir ini, penyata kewangan bagi syarikat itu rugi sahaja. Tiada keuntungan langsung. Ayah syak ada yang pecah amanah." Persetujuan Dato Raiqal memudahkan lagi Rafael untuk berhijrah ke Johor.
"Tapi abang, anak kita tak pernah berjauhan dengan kita." Datin Maya membantah.
"Anak kita itu lelaki. Bukan perempuan. Pandailah dia jaga diri. Lagi pun dia ada ilmu Silat kan?" Dato Raiqal menyangkal ayat Datin Maya.
Diana Haya senyap daripada tadi mendengar perbualan keluarga itu. Dalam hatinya memberontak ingin menghalang Rafael daripada pergi. Diana Haya lalu bangun daripada kerusinya dan meminta izin untuk ke tandas. Itulah alasannya untuk pergi daripada meja makan itu.
Rafael hanya melihat Diana Haya pergi. Dia tahu yang Diana Haya bukan ingin ke tandas melainkan tidak berpuas hati dengan keputusannya itu.
"Bila abang nak pergi? Nanti siapa nak ajar saya buat kerja?" Mikhail pula bertanya kepada Rafael.
"Abang akan pergi lepas dua minggu ini. Selepas abang siap semua kerja tertunggak abang dan ajar kamu apa yang patut, abang akan bertolak terus ke Johor. Itu rancangan abang." Rafael menerangkan lagi.
__ADS_1
Mikhail hanya mengangguk faham.
Dato Raiqal, Rafael dan Mikhail bertolak ke pejabat selepas siap bersarapan pagi.