
Apabila tiba sahaja mereka di hadapan pintu masuk restoran tersebut. Mikhail menyerahkan kunci kepada pekerja restoran untuk parking keretanya itu. Mereka pun masuk menemui Dato Raiqal dan Rafael yang telah menunggu di meja. Diana Haya ingin duduk tetapi dihalang oleh Mikhail.
"Kita tak makan di sini. Kita makan di atas bumbung restoren ini. Jom?" Mikhail telah menempah meja asing untuk mereka berdua.
Mikhail memegang tangan isterinya dengan erat. Diana Haya yang kebingungan hanya mengikut suaminya itu. Mereka pun menaiki lif untuk ke bumbung restoran. Sebelum pintu lif terbuka, Mikhail menutup mata Diana Haya dengan sehelai kain sapu tangan milik Mikhail.
Diana Haya terkejut dengan Mikhail yang tiba - tiba itu.
"Kenapa ini?" Soal Diana Haya gelabah.
"Saya ada surprise untuk awak, Haya. Apabila sampai di atas nanti, saya nak awak tutup mata. Jangan risau, saya akan pegang awak." Balas Mikhail tersenyum.
Diana Haya yang tadi gelabah dapat bertenang mendengar kata-kata Mikhail.
"Wanginya kain sapu tangan ini." Bisik hati Diana Haya.
Setiba mereka di bumbung, mereka keluar daripada lif setelah pintu lif dibuka. Mikhail memegang Diana Haya erat di sisinya agar isterinya tidak terjatuh. Apabila telah sampai mereka di depan meja makan, Mikhail pun membuka ikatan kain tadi di mata Diana Haya.
Perlahan-lahan Diana Haya membuka mata. Dirinya terkejut dengan kejutan daripada Mikhail sehingga menutup mulut dengan kedua-dua tangannya. Pemandangan yang sungguh indah di mata Diana Haya.
__ADS_1
Tiada sebarang lampu yang menerangi malam itu kecuali cahaya bulan yang indah dan cahaya lilin yang banyak menghiasi candlelight dinner mereka. Taburan kelopak bunga ros yang penuh di lantai dan atas meja makan membuat malam itu sungguh romantik. Hanya mereka berdua berada di atas bumbung itu.
Mikhail menarik kerusi untuk Diana Haya duduk. Diana Haya sungguh tersentuh dengan Mikhail. Dalam hatinya, Diana Haya gembira kerana dia tidak pernah merasakan saat bahagia seperti ini. Mikhail pun duduk di hadapan Diana Haya.
Mikhail mengeluarkan 3 kuntum bunga ros daripada dalam blazer nya lalu diberikan kepada Diana Haya. Diana Haya pun mengambilnya tanpa berkata apa-apa.
"Saya bagi awak 3 kuntum bunga ros membawa maksud 'Saya Mencintai Awak'. Itulah maksud bunga ros itu. Sejak kali pertama saya tengok gambar awak lagi, saya dah jatuh cinta kepada awak. Sebab itu, masa awak bagitahu yang ada orang lain dalam hati awak, hati saya berkecai. Tapi lepas sahaja awak cakap orang yang awak cintai telah tiada dan awak tak boleh move on, saya rasa lebih baik jika saya buat awak perlahan-lahan lupa si dia dan mencintai saya pula. Lepaskan si dia. Biar dia tenang di alam sana. Kita yang hidup ini perlu teruskan kehidupan." Mikhail melamar Diana Haya dengan cara halus.
Diana Haya tidak membantah langsung ucapan Mikhail. Dia mendengar dengan tenang. Dia juga berfikir bahawa dia patut melupakan Rafael memandangkan dia ialah isteri Mikhail.
"Saya akan buat apa sahaja supaya awak bahagia dan awak dapat lupakan si dia. Nur Diana Haya Binti Danial, sudikah awak menjadi isteri saya sepenuh hati awak?" Lamaran setelah nikah dilakukan Mikhail kepada Diana Haya.
"Aku masih mencintai Rafael, Ya Allah. Tapi aku juga telah luluh dengan sikap Mikhail ini. Mikhail bersungguh-sungguh ingin membuatku jatuh cinta kepadanya. Bantulah diriku, Ya Allah." Diana Haya berdoa kepada Allah dalam hatinya.
Waktu itu juga, Diana Haya berfikir bahawa mungkin Mikhail lah jodohnya yang sebenarnya dan dia perlu redha dengan takdirnya.
"Mikhail, saya nampak usaha awak ini. Awak sungguh baik, lemah-lembut dalam melayani saya walaupun saya berkasar dengan awak. Saya terima lamaran awak.Jadi, saya akan cuba untuk buka hati saya untuk awak. Awak bantu saya,ya?" Diana Haya menangis ketika mengatakan perkara ini.
"Alhamdulillah. Saya akan bantu awak. Terima kasih kerana ingin menjadi isteri saya." Mikhail juga tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.
__ADS_1
Tiba-tiba, bunga api keluar dengan banyak di hadapan mereka. Itu juga sebahagian daripada rancangan Mikhail. Mereka berdua menikmati bunga api yang indah itu. Mikhail perlahan-lahan menggerakkan tangannya untuk mencapai tangan Diana Haya. Diana Haya yang asyik menikmati bunga api terkejut dengan sentuhan Mikhail namun Diana Haya tidak menolak. Dia turut tersenyum malu dengan suaminya itu.
Itulah momen romantik yang pertama mereka bersama. Mereka pun mulai makan makanan yang telah tersedia di atas meja.
POV Dato Raiqal, Datin Maya dan Rafael.
"Kamu yakin nak pindah Johor Bahru?" Soalan sama seperti pagi tadi ditanyakan semula kepada Rafael.
"Ya, ibu. Rafael nak cari pengalaman baharu di sana." Jawapan juga turut diberikan oleh Rafael.
"Awak ni kenapa risau sangat? Johor Bahru itu dalam Malaysia juga. Kita boleh lawat Rafael bila-bila masa yang awak nak." Celah Dato Raiqal.
"Bukan apa, saya nak tengok anak saya depan masa saya. Awak tak ingat ke apa yang berlaku kepada Tuan Danial dan Puan Siti? Anak dia hilang diculik orang, abang!" Datin Maya sedikit meninggikan suara kerana terlalu risau.
"Ya, saya ingat. Masih segar dalam ingatan saya ini. Anak mereka kena culik masa umur 2 tahun. Rafael ini 28 tahun. Dah boleh jaga diri sendiri. Lagi pun Rafael dan Mikhail ada ilmu mempertahankan diri sejak usia 8 tahun lagi." Dato Raiqal sedikit geram dengan isterinya itu.
Rafael sudah tahu akan kisah kehilangan anak Tuan Danial dan Puan Siti. Rafael juga tahu bahawa Diana Haya mempunyai kembar sejak lahir lagi. Sebab itu, Rafael tidak terkejut sangat apabila Datin Maya menyebut akan hal ini.
Setelah siap makan, mereka pun bertolak pulang ke rumah tanpa Mikhail dan Diana Haya.
__ADS_1