
Kehadiran Dato Raiqal dan Datin Maya yang ketika itu ialah Tuan Raiqal dan Puan Maya sahaja ke hospital untuk menjenguk Puan Siti yang baharu sahaja bersalin. Ketika itu, Rafael baru sahaja berusia lima tahun dan Mikhail berusia dua tahun turut ikut ke hospital.
...ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ...
Ini ialah kisah dua puluh tiga tahun yang lalu ketika Diana Haya baru sahaja dilahirkan. Tetapi siapa seorang lagi bayi itu? Baiklah, mari ikuti perkembangan novel Dia Bukan Milikku daripada Musang Alpha
...ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ...
"Oh Siti tidur lagi. Kesiannya pada dia. Semasa lakukan pemeriksaan kandungan, bayi hanya ada satu tapi bila bersalin keluar dua pula." Ucap Puan Maya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah. Rezeki yang tidak disangka-sangka." Ucap Tuan Raiqal pula.
"Alhamdulillah. Saya juga tak sangka akan dapat anak kembar." Balas Tuan Danial.
"Boleh kami gendong bayi?" Soal Puan Maya tidak sabar.
__ADS_1
"Mestilah boleh." Balas Tuan Danial.
Tuan Raiqal dan Puan Maya mengendong kedua - dua bayi itu.
"Dah ada nama, Danial?" Soal Tuan Raiqal kepada Tuan Danial.
"Ada tapi untuk seorang sahaja. Seorang tiada nama sebab tak sangka dia juga akan keluar." Balas Tuan Danial.
"Nama apa?" Soal Puan Maya pula.
"Diana Haya. Seorang lagi mungkin saya akan letak Haya juga dibelakang namanya. Saya akan letak nama Diana Haya pada anak sulung kami. Bayi yang keluar dulu." Balas Tuan Danial.
"Sedap nama tu." Ucap Puan Maya.
Puan Maya membawa Diana Haya mendekati kedua - dua puteranya itu yang sedang bermain.
__ADS_1
"Cium bayi?" Soal Puan Maya kepada kedua-dua anaknya itu.
Mikhail dengan terujanya mencium Diana Haya manakala Rafaeal tidak mahu dan Puan Maya tidak memaksanya untuk berbuat demikian.
Setelah selesai, Tuan Raiqal sekeluarga meminta diri untuk pulang. Lapan jam setelah Tuan Raiqal sekeluarga pulang, Puan Siti sedar daripada tidurnya itu kerana terlampau penat. Tuan Danial menguruskan segala keperluan Puan Siti.
Mereka juga berbincang untuk memberikan nama Safwa Haya kepada anak keduanya itu.
Dua tahun kemudian.
Tuan Danial sekeluarga pergi bercuti di negeri Kedah. Hal buruk berlaku apabila mereka membiarkan pintu bilik hotel terbuka. Ketika itu, Puan Siti sibuk memandikan Diana Haya dalam bilik mandi. Sepatutnya Tuan Danial yang menjaga Safwa Haya tetapi dia tertidur dan membiarkan anaknya berjalan keluar daripada pintu bilik hotel.
Setelah Puan Siti siap memandikan Diana Haya, Puan Siti ingin memandikan Safwa Haya pula tetapi anaknya itu tiada walaupun telah mencari satu bilik hotel. Puan Siti mendapati pintu bilik hotel terbuka lalu segera mengejutkan suaminya itu.
Mereka panik. Satu hotel mereka cari tetapi anaknya itu tiada. Mereka segera membuat laporan polis. Hasil siasatan, pihak polis mengatakan bahawa ada individu yang tidak dikenali yang menjumpai anak mereka lalu membawanya pergi. Polis turut berkata individu tersebut tidak membawa anaknya itu ke balai polis berdekatan kerana tidak laporan yang diterima.
__ADS_1
Polis juga hilang jejak akan individu itu kerana kurang CCTV di tempat kejadian, kurang maklumat dan tiada saksi yang melihat kanak-kanak berusia dua tahun seperti ciri - ciri Safwa Haya.
Kes ini tidak dapat diselesaikan dan polis membuat keputusan untuk menutup kes tersebut kerana tiada perkembangan.