Dia Bukan Milikku

Dia Bukan Milikku
Rahsia Rafael


__ADS_3

"Baiklah, ini ruangan bilik kerja abang." Ucap Rafael sambil menunjukkan ruang pejabatnya itu.


"Kamu tak pernah masuk bilik kerja abangkan?" Soal Rafael lagi.


"Belum abang. Abang tak bagi masukkan?" Balas Mikhail sambil menjeling abangnya itu.


Sebelum ini, memang Rafael tidak membenarkan Mikhail untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Soalnya dalam bilik itu ada gambar Diana Haya. Rafael memang merahsiakan hal tentang Diana Haya kepada keluarganya.


Mereka masuk ke dalam bilik pejabat Rafael.


"Kemas bilik abang." Puji Mikhail.


"Mestilah." Balas Rafael sambil tersenyum.


"Tinjau dulu bilik abang. Abang nak pergi buat air." Ucap Rafael lagi.


"Baiklah." Ucap Mikhail sambil melihat ruangan bilik itu.

__ADS_1


Rafael keluar dari bilik pejabatnya lalu pergi ke dapur kecil untuk membuat air. Mikhail pula meninjau bilik abangnya lalu terlihat satu pintu yang berada di hujung kanan bilik. Mikhail ingin tahu apa yang ada di sebalik pintu itu.


Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri pintu itu lalu membuka tombol pintu. Tombol pintu dipusingkan perlahan-lahan dan pintu dibuka sepenuhnya. Hanya bilik yang dipenuhi katil bersaiz king, almari besar, bilik mandi dan TV besar dilekatkan di dinding. Lengkap dipenuhi barang perabot mewah dan besar.


Mikhail berjalan masuk ke dalam bilik sambil melihat sekeliling. Mikhail mempunyai perasaan ingin tahu terhadap almari abangnya itu.


"Apa ada dalam almari itu ya?" Ucap Mikhail dalam hati.


"Hmmm. Aku nak bukalah." Ucap Mikhail lagi dalam hati.


Mikhail pergi mendekati almari tersebut lalu memegang pemegang almari untuk membuka tetapi tidak berhasil.


"Kamu di sini Mikhail?" Ucap Rafael yang baru sahaja siap membuat air.


Terkejut Mikhail apabila disergah abangnya itu. Dia tahu yang dia perlu meminta izin abangnya terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik privasi itu. Dia tahu yang dia salah jadi dia berasa takut. Takut jika abangnya marah kepadanya.


"Maaf abang sebab masuk tanpa izin." Ucap Mikhail sambil memberikan reaksi bersalah.

__ADS_1


"Mari keluar." Ucap Rafael lembut walaupun dia geram dengan adiknya itu.


Mereka kembali duduk di sofa dalam ruang pejabat Rafael. Rafael dan Mikhail menikmati kopi yang dibuat oleh Rafael.


"Kenapa kamu masuk bilik abang tadi." Ucap Rafael sambil menyilangkan kaki.


Sungguh menakutkan. Suaranya yang datar serta tatapan tajam diberikan kepada Mikhail. Mikhaip yang menyedari akan hal itu menelan air liur dan tidak mahu melihat tepat ke arah Rafael.


"Mikhail, abang tanya ni. Jawablah." Ucap Rafael lagi.


"Mi-Mikhail cuma ingin tahu saja isi kandungan bilik itu.Mikhail minta maaf, abang." Ucap Mikhail kembali memberi alasan dengan suara terketar.


"Jom. Abang nak kenalkan kamu kepada semua karyawan di sini walaupun kamu dan mereka dah kenal antara satu sama lain." Ucap Rafael.


Rafael bangun daripada sofa lalu meninggalkan Mikhail di belakang. Cara berjalannya yang tegap dan tidak menoleh ke belakang membuatkan Mikhail dihantui rasa serba salah. Seketika, Mikhail bangun daripada sofa lalu mengikuti abangnya daripada belakang. Tiada sepatah kata keluar daripada Mikhail. Risau jika kemarahan abangnya tidak redha lagi.


"Apa yang ada dalam almari itu sampai abang marah sangat?" Ucap Mikhail dalam hati tertanya-tanya.

__ADS_1


Berkerut mukanya memikirkan hal itu. Sebenarnya, di dalam almari itu mempunyai gambar - gambar Diana Haya yang telah disorok Rafael. Rafael tidak mampu untuk membuang gambar Diana Haya melainkan menyembunyikannya daripada pengetahuan sesiapa pun.


__ADS_2