
Dua minggu kemudian,
Hari telah berlalu seperti biasa. Hubungan Mikhail dan Diana Haya semakin rapat. Mikhail juga semakin mahir dalam pekerjaannya. Rafael juga telah siap menguruskan kerja yang tertunggak sebelum ini. Rafael telah mengajar Mikhail tentang segala urusan syarikat sebelum dia bertolak ke Johor Bahru.
Di pagi Sabtu yang indah, Rafael telah siap mengemas beg pakaiannya untuk bertolak ke Johor Bahru. Dia memakai baju t-shirt berkolar berwarna hijau dan berkaca mata hitam serta berseluar slack hitam. Tiada sehari pun Rafael tidak kacak. Ibu ayah serta Mikhail menghantar Rafael pergi ke KLIA. Diana Haya tidak mahu mengikuti mereka menghantar Rafael kerana hatinya masih ada perasaan terhadap Rafael. Jadi Diana Haya ingin mengelakkan perasaan itu timbul lagi sedangkan dirinya semakin rapat dengan Mikhail.
Setibanya mereka di KLIA, mereka berempat bersalam-salaman tanda perpisahan. Datin Maya sedikit beremosi pada pagi itu kerana dia tidak pernah berpisah dengan anak - anaknya itu. Dato Raiqal yang melihat reaksi Datin Maya hanya menggelengkan kepala. Baginya, Datin Maya beremosi seperti Rafael ingin pergi berperang sahaja.
"Sudah-sudahlah itu sayang. Rafael pergi Johor Bahru sahaja, bukan pergi berperang." Dato Raiqal memujuk Datin Maya sambil menepuk-nepuk bahu isterinya itu.
"Abang nanti sampai sana telefon,ya? Semoga abang jumpa jodoh di sana. Sama cantik dengan Haya." Mikhail ucap berseloroh sambil ketawa.
"Eh, jangan cakap macam itu. Kata-kata itu doa tahu?" Rafael sedikit marah kepada Mikhail yang cakap tidak bertapis sambil menumbuk manja bahu Mikhail.
"Alangkah adik tahu siapa kekasih Diana sebelum dia kahwin dengan kamu, mesti kita tak dapat bergelak-tawa seperti sekarang." Itulah yang difikirkan dalam fikiran Rafael.
__ADS_1
"Rafael pergi dulu. Doakan Rafael selamat sampai. Bye. Assalamualaikum semua." Lambai dan senyuman terakhir diberikan oleh Rafael kepada ahli keluarga tercintanya itu.
Dato Raiqal, Datin Maya dan Mikhail juga turut memberikan lambaian kepada Rafael. Setelah Rafael melalui gate pelepasan, tubuh Rafael sudah tidak kelihatan lagi. Mereka bertiga pun pulang ke rumah kembali.
Setibanya di rumah Dato Raiqal, mereka bertiga disambut oleh Diana Haya dengan senyuman yang hangat.
"Mari ibu ayah, Mikhail. Saya dah siap masak untuk kita semua. Jom duduk di meja makan." Diana Haya memasak makanan sendiri tanpa pertolongan Mak Zainab pun.
"Patutlah bau sedap pun. Kamu masak rupanya. Tak sabar nak rasa masakan kamu." Dato Raiqal teruja dengan bau makanan yang enak.
Mereka semua pun duduk di meja makan dan menikmati masakan Diana Haya.
"Sedapnya! Pandainya awak masak. Siapa yang ajar awak masak!?" Mikhail tidak sempat menelan makanan dalam mulutnya itu kerana terlalu sedap.
"Ummi saya yang ajar saya masak." Diana Haya berkata dengan gembiranya.
__ADS_1
"Tak sia-sia saya pilih Diana sebagai menantu kita. Betul tak, abang?" Datin Maya juga mengusik Diana Haya.
Diana Haya hanya tersenyum malu. Beberapa minit kemudian, Mikhail menyuruh Diana untuk mengambilkan air kosong di dapur. Diana Haya pun menuruti permintaan suaminya itu. Semasa Diana Haya di dapur, tiba-tiba dia merasa ada sesuatu melingkar di pinggangnya. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang dan mendapati Mikhail sedang memeluknya. Diana Haya membiarkan Mikhail memeluknya walaupun dia masih kekok.
"Macam mana kalau ada sesiapa yang nampak?" Diana Haya risau jika mereka kantoi di dapur. Pasti malu besar.
"Biar sahaja. Kitakan dah halal." Mikhail tidak kisah jika ada yang ternampak adegan romantik mereka itu.
"Wow, ada dramalah di dapur ini!" Mak Zainab datang daripada belakang lalu menyergah mereka berdua.
Mikhail dan Diana terkejut. Cepat-cepat Mikhail melepaskan tangannya. Diana juga tidak kalah terkejut memperbetulkan posisinya. Mereka berdua berkelakuan normal seperti tiada apa yang berlaku.
"Mak Zainab kenapa datang dapur?" Soal Mikhail sambil menahan malu.
"Kerja Mak Zainab banyak di dapur. Kamu berdua ini kalau nak romantik sekali pun, buatlah dalam bilik. Tiada siapa yang nampak. Kan dah malu." Mak Zainab mengusik Mikhail dan Diana Haya.
__ADS_1
Diana Haya yang malu cepat keluar dari dapur. Mikhail turut menyusul Diana Haya keluar. Mak Zainab hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan pasangan pengantin baharu itu.