
"Assalamualaikum, ayah. Mikhail nak kerja di syarikat ayah bermula hari ini." Ucap Mikhail meluru.
"Waalaikumussalam, Mikhail. Kenapa tiba - tiba sahaja?" Soal Dato Raiqal kembali kepada anaknya itu.
Mikhail berdiam diri. Fikirannya yang kusut kelihatan di mukanya. Tujuan Mikhail datang untuk bekerja dengan Dato Raiqal ialah untuk menyibukkan diri daripada berjumpa Diana Haya. Kemarahannya tidak dapat dikawal oleh dirinya.
Risau jika dia melempiaskan amarahnya kepada Diana dengan memukul isterinya itu. Biarlah buat sementara waktu dia berjauhan dengan wanita bernama Diana Haya yang telah bergelar isterinya itu.
"Mikhail, ayah tanya ni. Kamu ada masalah ke dengan isteri kamu tu?" Soal Dato Raiqal yang curiga dengan sikap Mikhail yang pelik hari ini.
"Mikhail cuma nak buktikan kepada ayah, ibu dan abang Rafael yang saya boleh berubah. Saya boleh jaga keluarga kecil saya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Tanpa bergantung kepada harta kekayaan ayah semata-mata. Saya juga nak buktikan yang saya boleh berdikari tanpa meminta pertolongan daripada sesiapa pun." Jelas Mikhail panjang.
"Baguslah kalau begitu. Tapi baru semalam kamu kahwin. Sepatutnya kamu cuti dulu sebelum kerja. Bulan madu pun belum sempat kamu buat." Ucap Dato Raiqal.
"Ayah, tolong benarkan saya bekerja sekarang juga. Saya merayu. Soal bulan madu tu, saya akan pergi dengan isteri saya selepas saya dibayar gaji pertama. Boleh?" Balas Mikhail merayu.
"Isteri kamu tak kisah ke?" Soal Dato Raiqal.
__ADS_1
"Dia ikut sahaja, ayah." Balas Mikhail sambil menunduk.
Mikhail sedar dia telah berbohong kepada ayahnya sendiri. Tetapi keadaan memaksanya untuk berbuat sedemikian.
"Baiklah,Mikhail. Ikut suka hati kamulah. Kamu pun dah besar. Boleh buat keputusan sendiri. Boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Ayah nak kamu mula daripada bawah, boleh?" Soal Dato Raiqal kepada anaknya itu.
"Boleh, saya tak kisah. Asalkan saya dapat kerja hari ini juga." Ucap Mikhail.
"Alhamdulillah. Ayah nak kamu ada pengalaman dulu. Macam abang kamu, Rafael tu, mula daripada bawah juga. Sekarang jawatannya ialah pengarah jawatan. Dibawah ayah sahaja iaitu ketua pegawai eksekutif (CEO)." Ucap Dato Raiqal.
"Baiklah, ayah" Ucap Mikhail.
"Masuk." Ucap Dato Raiqal.
Maka masuklah seorang jejaka segak nan tampan ke dalam bilik Dato Raiqal.
"Assalamualaikum, ayah. Ini fail yang ayah suruh saya siapkan semalam." Ucap Rafael.
__ADS_1
"Waalaikumussalam. Baiklah. Letak sahaja atas meja nanti ayah semak semula." Ucap Dato Raiqal.
Rafael melihat ke arah Mikhail.
"Kenapa kamu ada di sini?" Ucap Rafael tertanya - tanya.
"Saya minta untuk kerja di sini dengan ayah dan abang. Saya mula kerja hari ini juga." Balas Mikhail kepada Rafael.
Rafael berminat mendengar kata-kata adiknya lalu menarik kerusi di sebelah Mikhail untuk duduk.
"Kenapa terburu-buru ni? Kamu ada masalah dengan isteri kamu ke?" Soal Rafael lagi.
Rafael risau jika dengan keadaan Diana. Risau juga jika adiknya itu tahu akan hubungan dia dan Diana.
"Tiada apalah, abang. Saya cuma nak berdikari. Itu sahaja. Saya nak dapatkan pengalaman bekerja." Balas Mikhail sambil tergelak kecil melihat muka Rafael yang serius.
"Sudahlah tu. Pergi buat kerja masing-masing sekarang. Rafael, kamu tolong tunjuk ajar Mikhail ya? Ayah bagi dia jawatan kerani dulu." Ucap Dato Raiqal.
__ADS_1
"Baiklah, ayah. Jom Mikhail. Ikut abang." Ucap Rafael sambil bangun daripada kerusinya.
Mikhail mengikuti abangnya keluar daripada bilik pejabat ayahnya itu.