
"Saya suka dengan Mikhail ini. Pandai juga dia berniaga, ya? Saya tertarik dengan idea yang dilontarkan oleh Mikhail. Saya bersetuju untuk melabur RM50 juta dalam projek baharu ini." Tan Sri Khalid amat berpuas hati dengan pembentangan Mikhail dalam mesyuarat sebentar tadi.
"Terima kasih tan sri. Saya juga tak sangka yang adik saya ini pandai berniaga. Tak sia - sia saya ajak dia sertai mesyuarat hari ini." Rafael tersenyum puas dengan kata - kata Tan Sri Khalid.
Mikhail tersenyum diam apabila dipuji.
"Baiklah, saya pergi dulu." Tan Sri Khalid mengundurkan diri untuk pulang.
"Baiklah. Hati - hati." Ucap Rafael sambil bersalam dengan Tan Sri Khalid.
Mikhail juga turut bersalam dengan Tan Sri Khalid. Selepas sahaja Tan Sri Khalid hilang daripada pandangan, mereka pergi menuju ke bilik Dato Raiqal.
Pintu bilik kerja Dato Raiqal diketuk. Tok tok tok.
"Masuk." ucap Dato Raiqal yang sibuk melakukan kerja menghadap komputer.
__ADS_1
Mereka berdua masuk lalu duduk di kerusi yang berada di hadapan meja Dato Raiqal.
"Ayah, kami ada berita gembira. Tan Sri Khalid bersetuju untuk melabur sebanyak RM50 juta dalam projek baharu yang kita rancang. Tak sia - sia saya bawa Mikhail masuk mesyuarat tadi." Rafael tersenyum puas.
"Alhamdulillah. Baguslah begitu. Tapi Mikhail? Kejap ayah tak faham. Kita dapat projek sebab Mikhail?" Dato Raiqal mengerutkan dahinya kerana tidak faham dengan ucapan Rafael.
Sebenarnya Dato Raiqal lebih kepada tidak percaya bahawa syarikat berjaya mendapat projek disebabkan Mikhail.
"Betullah, ayah. Saya pun baru tahu yang saya ini pandai berbisnes. Saya sendiri tidak percaya." Mikhail membuka mulut untuk membuatkan ayah percaya.
"Betul apa yang Mikhail cakap. Tan Sri Khalid suka akan Mikhail ini. Nanti cepatlah Mikhail naik pangkat, ya?" Puji Rafael melambung.
"Nampaknya ayah boleh harapkan kamu pula selepas Rafael pergi nanti." Ucap Dato Raiqal sambil tersenyum.
Rafael dan Mikhail hanya mengangguk faham.
__ADS_1
"Baiklah. Malam ini kita makan di luar. Macam mana?" Soal Dato Raiqal.
"Mestilah boleh. Takkan tak boleh. Kita makan di restoran lima bintang boleh?" Rayu Mikhail kekanak - kanakan.
"Ada - ada sahaja kamu ini. Yalah, kita makan di situ." Dato Raiqal melayani permintaan anaknya itu.
Mereka bertiga kembali ketawa terbahak-bahak.
...ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ...
Nota Author :
Dalam bab 'Keputusan Rafael', author ada menulis bahawa Rafael mempunyai ilmu silat. Sebenarnya Rafael dan Mikhail, kedua - duanya memiliki ilmu persilatan dan mampu mempertahankan diri sendiri. Dato Raiqal telah menghantar mereka berdua memasuki kelab silat sejak mereka berusia lapan tahun lagi supaya mereka dapat melindungi diri sendiri. Rafael dan Mikhail sama - sama memegang bengkung berwarna hitam bercalit lima emas. Mereka berdua banyak kali memasuki pertandingan dan memenangi pingat emas. Kedua adik - beradik itu sama hebat. Inilah sebabnya badan mereka berdua mempunyai otot sederhana. Automatik nampak gagah perkasa dan diminati ramai wanita.
...ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ...
__ADS_1
Setelah tamat waktu pejabat iaitu pukul enam petang, Mikhail pulang sendiri ke rumah untuk mengambil Datin Maya dan Diana Haya pergi ke restoran lima bintang yang telah dicadangkan oleh Mikhail.Dato Raiqal dan Rafael terus bergerak ke restoran dari pejabat mereka. Datin Maya dan Diana yang tahu akan perancangan mereka bertiga telah siap menunggu di ruang tamu.
Setibanya Mikhail di rumah, Datin Maya dan Diana Haya terus memasuki kereta yang dipandu oleh Mikhail. Diana Haya dipaksa untuk duduk di hadapan oleh Datin Maya. Mereka pun bertolak dan tiba di restoran dua puluh minit kemudian.