
Setelah selesai menikmati hidangan makan malam. Masing-masing beredar masuk ke bilik untuk beristirehat. Mikhail dan Diana Haya juga turut masuk ke bilik milik Mikhail.
Hanya Rafael yang tersisa di meja makan. Dia masih memikirkan hal baru sahaja berlaku tadi di dapur. Dia semakin bimbang jika Diana Haya berani untuk melakukan perbuatan yang lebih lagi daripada tadi.
Rafael membuka kancing baju di lehernya dan membiarkannya terbuka sedikit. Tertekan memikirkan hal ini. Dia perlu melakukan sesuatu sebelum Diana Haya mengambil tindakan. Rafael perlu selangkah di hadapan Diana Haya.
"Apa yang perlu aku buat? Tak sangka aku Diana berubah begitu sekali." Ucap Rafael perlahan.
Di dalam bilik Mikhail.
"Awak dah nak tidur, Haya?" tanya Mikhail.
"Ya, saya penat seharian menangis hari ni. Saya tidur dulu, ya?" Ucap lembut Diana Haya.
__ADS_1
Mikhail tersenyum.
"Haya, awak tak perlulah minta izin saya untuk tidur. Tidurlah dulu, saya nak mandi." Ucap Mikhail.
"Baiklah, Mikhail." Ucap Diana Haya.
Mikhail sedikit terkejut kerana Diana Haya memanggil namanya buat pertama kalinya. Gembira Mikhail pada malam itu. Mikhail pergi ke bilik mandi untuk mandi meninggalkan Diana Haya seorang diri di atas katil.
Diana Haya terus menutup matanya setelah Mikhail masuk ke bilik mandi. Diana Haya sungguh penat kerana seharian menangis. Sekarang, barulah dia dapat berehat. Beberapa minit kemudian, Mikhail keluar dari bilik mandi dan memaki baju lalu baring di sebelah isterinya itu.
Mikhail memusingkan badannya dan dia menghadap siling. Dia meletakkan tangan kanannya di bawah kepala. Dalam hatinya berkata...
"Alhamdulillah. Aku baru sahaja mengenalinya tetapi aku sudah jatuh cinta kepadanya, Ya Allah. Lindungilah rumahtangga hamba, Ya Allah." Ucap Mikhail perlahan kerana tidak ingin isterinya dengar.
__ADS_1
Mikhail tersenyum bahagia. Seketika, dia turut tertidur kerana penat bekerja seharian.
Di rumah Tuan Danial pada waktu yang sama.
"Abang rasa macam mana anak kita tu? Bahagia ke dia sekarang?" Ucap Puan Siti.
"In Sya Allah. Anak awak dalam perlindungan Allah. Dia akan baik - baik sahaja. Awak jangan risaulah. Saya kenal Dato Raiqal dan Datin Maya. Mereka akan layan anak kita macam anak mereka sendiri." Balas Tuan Danial.
"Bukan apa cuma saya takut jika kisah lama berulang sekali lagi. Saya dah tak sanggup nak kehilangan sekali lagi, abang." Ucap Puan Siti sambil menangis.
"Ya Allah, awak terlampau banyak fikir perkara negatif. Cuba fikir yang positif. Nanti kalau kita ada masa dan mereka juga ada masa, kita pergi lawat anak kita itu. Saya kenal keluarga Dato Raiqal itu. Anak - anak dia pun baik. In Sya Allah. Jangan risau." Ucap Tuan Danial sambil mengusap belakang badan Puan Siti.
"Abang kenal Rafael sahaja. Memang Rafael itu baik. Tapi abang tak kenal Mikhail. Entah macam mana dia akan layan anak kita tu? Mikhail tu suka buat masalah. Boleh ke dia jaga anak kita?" Soal Puan Siti sambil mengelap air matanya.
__ADS_1
Tuan Danial hanya diam. Tidak tahu hendak respon bagaimana kepada isterinya itu. Hanya kepada Allah sahaja dia berserah dan tempat bergantung.