
Di bilik hotel
Diana membuka mata setelah mendengarkan azan Subuh berkumandang. Diana memusingkan badannya ke kanan dan terkejut melihat Mikhail masih tidur di sebelah. Diana lupa bahawa status bujangnya telah bertukar menjadi status telah berkahwin.
Secara tidak langsung, Diana menjerit melihat Mikhail lalu bangun daripada katil. Mikhail yang lena dibuai mimpi tersedar daripada tidurnya. Mikhail terpinga-pinga kerana masih mamai.
"Kenapa awak?" Soal Mikhail sambil mengusap mata kanannya.
"Kenapa awak tidur sebelah saya!?" Ucap Diana menjawab.
Mikhail bangun daripada katil. Mukanya berkerut.
"Apa maksud awak ni? Sayakan suami awak! Kita berdua dah halal." Ucap Mikhail kecewa.
Mikhail terkejut isterinya itu akan bersikap sebegitu.
"Saya tak suka kamu. Faham!?" balas Diana menjerit.
__ADS_1
Jawapan yang singkat tetapi mempunyai banyak maksud yang tersirat. Cukup membuatkan Mikhail mengerti akan ucapan isterinya itu.
"Saya tahu kita kahwin bukan atas dasar cinta. Tapi kita boleh pupuk cinta itu perlahan - lahan kan?" Ucap Mikhail cuba memujuk Diana yang tengah marah.
"Hati saya ini takkan pernah jatuh cinta dengan awaklah! Hati saya hanya untuk orang yang saya cintai sahaja! Faham!?" Balas Diana kepada Mikhail.
Diana seakan - akan memberontak di hadapan Mikhail. Bagai cuba meluahkan perasaannya yang terpendam. Mengharapkan Mikhail memahaminya.
Mikhail marah mendengar ucapan Diana. Rupa-rupanya Diana mempunyai perasaan cinta terhadap orang lain dan tidak mampu melupakan lelaki itu walaupun telah bergelar isteri Mikhail.
"Siapa lelaki itu!?" Bentak Mikhail.
Mikhail berjalan selangkah ke hadapan. Diana yang takut melihat wajah marah Mikhail mengundur selangkah ke belakang. Mikhail dengan cepat mendekati Diana lalu mencengkam kedua - dua lengan Diana dengan kuat.
"Cepat bagitahu siapa lelaki tu!? Soal Mikhail mengulangi soalan yang sama.
Perasaan amarahnya tidak dapat disembunyikan.
__ADS_1
"Lepas! Lengan saya sakit!" Diana menyuruh Mikhail melepaskannya.
Tangan Mikhail yang besar dapat mencengkam penuh lengan Diana yang kecil itu. Semakin kuat cengkaman Mikhail.
"Saya tanya sekali lagi! Siapa lelaki tu!? Siapa!?" Soalan yang sama diajukan kepada Diana.
"Tolonglah. Saya merayu! Lepaskan lengan saya. Sakit." Rayu Diana kepada Mikhail.
Suaranya melemah kerana menangis kesakitan. Mikhail pun menolak badan Diana ke atas katil. Tanpa sebarang kata-kata, Mikhail keluar daripada bilik lalu menghempas pintu bilik dengan kuat. Menunjukkan kemarahannya.
Diana menangis di atas katil bersendirian. Timbulnya rasa benci kepada suaminya sendiri. Baru hari pertama bersama sebagai suami isteri tetapi telah bergaduh teruk.
"Kenapa aku yang perlu lalui semua ini!!!?" Soal Diana bagai tidak dapat menerima takdir kehidupan.
Mikhail yang tadi keluar dari biliknya pergi menuju ke arah keretanya yang telah diparking semalaman di tempat parking VIP. Mikhail pulang ke rumah banglo miliknya sendiri. Mikhail masuk ke dalam rumahnya lalu membersihkan diri dan bersiap - siap untuk ke pejabat Dato Raiqal.
Setibanya Mikhail di sana, dia disambut oleh semua pekerja di syarikat Dato Raiqal. Walaupun dia tidak bekerja di sana, dia selalu datang ke pejabat ayahnya itu ketika dia bosan. Tidak hairan jika para pekerja Dato Raiqal mengenalinya.
__ADS_1
Mikhail meluru masuk ke ruang pejabat Dato Raiqal tanpa meminta izin. Terkejut Dato Raiqal apabila Mikhail di hadapan matanya. Bertambah pelik apabila muka Mikhail sangat serius. Dato Raiqal tertanya-tanya akan tujuan anak bongsunya datang ke situ.