Dia Bukan Milikku

Dia Bukan Milikku
Pelukan pertama


__ADS_3

Di rumah Dato Raiqal.


Pada pagi yang indah, Datin Maya sudah turun ke dapur untuk membuat sarapan pagi setelah solat Subuh. Pembantunya juga turut membantu Datin Maya di dapur. Selepas itu, datanglah seseorang masuk ke dapur iaitu Diana Haya.


"Assalamualaikum, ibu. Diana nak tolong boleh?" Soal Diana Haya.


"Waalaikumussalam, Diana. Kamu tak perlulah tolong ibu. Lagi pun, Mak Zainab ada. Kamu pergi layan suami kamu sahaja." Balas Datin Maya.


"Alaaa.. Tak apalah, ibu. Lagi pun Mikhail tidur balik lepas solat Subuh tadi." Ucap Diana Haya.


"Tidur!? Kamu pergi kejut Mikhail sekarang. Mikhail kan perlu ke pejabat hari ini. Dia dah bekerja." Ucap Datin Maya.


Sikap singa Datin Maya yang keluar telah membuat Diana Haya ketakutan dan terus masuk ke bilik untuk membangunkan Mikhail.


"Bertuah punya anak. Tidur balik si Mikhail itu." Ucap Datin Maya lagi.


"Assalamualaikum, ibu. Rafael boleh tolong?" Ucap Rafael yang telah siap berpakaian kerja datang ke dapur.

__ADS_1


"Haaa.. Ini seorang lagi. Nak menyibuk saja kerjanya. Tak perlu tolong ibu. Pergi duduk di meja makan." Ucap Datin Maya membebel.


Rafael kebingungan. Dia baharu saja masuk ke dapur tapi telah dimarahi ibunya dan dihalau keluar dari dapur.


"Ibu ini kenapa? Tiba-tiba saja marah. Tak pasal-pasal aku kena marah. Aku tak buat salah pun." Ucap Rafael perlahan sambil keluar dari dapur.


Di bilik Mikhail.


"Awak, awak. Bangun. Awak kerja hari ini. Bangunlah sebelum terlambat pergi kerja." Ucap Diana Haya lembut.


Mikhail merengek seperti anak kecil apabila dibangunkan oleh Diana. Tiba-tiba, tangan Mikhail merangkul ke belakang Diana yang ketika itu, Diana sedang menunduk di hadapannya. Lalu Mikhail menarik badan Diana dan memeluknya serta menggulingkan badan Diana ke atas katil.


Diana Haya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan cara halus untuk membangunkan Mikhail. Diana Haya membuka mulut lalu terus menggigit bahu Mikhail kerana bahu sahaja yang paling dekat dengan mulutnya pada waktu itu. Mikhail yang tengah lena tidur tadi tersentak kerana sakit.


"Kenapa awak gigit saya?" Soal Mikhail mamai.


"Kenapa awak peluk saya?" Soal Diana Haya kembali.

__ADS_1


"Bila masa saya..." Ucapan Mikhail terhenti apabila dia menyedari bahawa Diana Haya memang dalam pelukannya.


Mikhail sambung memeluk isterinya itu. Bukannya melepaskan isterinya. Diana Haya geram lalu memukul dada Mikhail.


"Eh, lepaskan saya. Kenapa awak peluk lagi ni?" Ucap Diana Haya memberontak.


"Tak apalah. Kitakan dah halal. Saya akan lepaskan jika awak duduk diam. Kalau awak meronta-ronta lagi, saya akan terus peluk awak." Ucap Mikhail.


Diana Haya yang daripada tadi meronta terus diam kaku dengan harapan Mikhail akan melepaskannya. Namun harapannya meleset apabila Mikhail tidak melepaskan pelukan di badannya itu.


"Baik awak lepas sekarang sebelum saya jerit." Gertak Diana Haya kepada Mikhail.


"Awak peluk saya dulu baru saya lepaskan awak. Saya janji. Kali ini betul-betul saya kotakan janji saya." Ucap Mikhail lagi.


"Betul ni? Janji?" Soal Diana Haya untuk memastikannya.


"Ya betul." Balas Mikhail singkat.

__ADS_1


Lalu Diana Haya pun membalas pelukan Mikhail. Tapi sekejap sahaja. Mereka berdua pun bangun daripada katil. Mikhail bersiap - siap untuk ke pejabat Dato Raiqal manakala Diana Haya turun ke bawah untuk duduk di meja makan dan bersarapan.


__ADS_2