
"Saya juga nak minta maaf. Maafkan saya. Saya akan cuba untuk jatuh cinta dengan awak." Ucap Diana Haya.
Mikhail memegang tangan isterinya itu lalu mengucup tangan Diana. Diana Haya yang geli dengan Mikhail terpaksa berpura - pura senyum depan keluarga Mikhail. Hendak sahaja dia menampar pipi Mikhail itu.
"Baiklah, semuanya dah jelas. Mikhail dan Diana pun telah berbaik semula. Jomlah kita pergi makan?" Ucap Dato Raiqal.
"Lain kali dengar dulu penjelasan pasangan sebelum buat keputusan. Kesian dekat Diana Haya." Ucap Datin Maya lalu bangun mengikuti pergerakan suaminya itu.
Mikhail dan Diana Haya hanya tersenyum mendengar kata-kata ibu ayah Mikhail. Rafael juga bangun mengikuti ibu ayahnya. Lalu diikuti pasangan pengantin baharu itu.
Mereka semua duduk di meja makan untuk menjamu makan malam. Tiba-tiba Rafael bangun untuk ke dapur. Dia ingin mengambil sesuatu tetapi tidak ingin menyusahkan pembantu rumah di rumah itu. Memang itulah ajaran ibu ayahnya.
__ADS_1
Diana Haya yang melihat Rafael bangun untuk ke dapur juga meminta izin untuk ke tandas. Diana Haya berjalan menuju ke dapur kerana tandas berada di laluan dapur. Jadi memang perlu melalui dapur untuk ke tandas. Niat Diana Haya bukan ke tandas melainkan ke dapur untuk bercakap dengan Rafael.
"Hi sayangku, Rafael." Ucap Diana menegur Rafael dengan wajah yang manis sekali.
Bagaikan mereka tengah bercinta. Terkejut Rafael dibuatnya. Rafael melihat sekeliling agar tiada sesiapa yang mendengar dan melihat melihat.
"Kenapa awak panggil saya macam itu? Awak itu isteri adik saya tahu? Pergi keluar sekarang." Ucap Rafael menghalau Diana.
Muka Diana Haya yang tadi senyum menjadi muram mendengar kata-kata Rafael. Diana berjalan mendekati Rafael. Automatik Rafael berundur ke belakang lalu terlanggar kabinet dapur. Tiada ruang lagi untuk mengundur. Diana meletakkan tangan di atas kabinet di keliling Rafael. Mendekatkan muka ke muka Rafael.
Rafael kaku kerana hanyut dalam godaan Diana. Mereka bertentangan mata. Rafael hamoir tidak dapat mengawal diri. Dia bangkit daripada hanyut dalam godaan Diana lalu menolak Diana.
__ADS_1
"Astaghfirullah. Apa awak buat ni? Ingat Allah Diana! Awak tu isteri adik saya. Anggap sahajalah yang kita tiada jodoh. Kita tidak ditakdirkan untuk bersama. Terima hakitat itu. Redhalah." Ucap Rafael sedikit meninggi.
"Aaaah. Saya tak nak dengarlah semua itu. Saya cuma nak awak, Rafael. Awak faham tak? Saya akan dapatkan awak walau macam mana cara sekali pun. Awak ingat itu." Ucap Diana dengan marah.
Dapur yang sedikit jauh daripada ruang makan menyebabkan tiada siapa mendengar pergaduhan mereka. Termasuklah pembantu rumah kerana dia turut makan sekali bersama - sama keluarga Mikhail.
Diana keluar daripada dapur setelah mengutarakan kata - katanya dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Rafael masih di dapur untuk menenangkan dirinya terlebih dahulu. Dia masih terkejut dengan perbuatan Diana Haya tadi. Tidak sangka Diana akan berkelakuan seperti itu.
Rafael menyambung kembali perkara yang ingin dia lakukan di dapur lalu keluar menyertai keluarganya makan. Mereka berdua berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Gelak ketawa bersama-sama.
"Haya." Ucap lembut Mikhail memanggil isterinya.
__ADS_1
Diana sedikit kekok mendengar nama keduanya dipanggil menoleh ke arah suaminya.
"Mulai hari ini saya akan panggil awak Haya." Ucap Mikhail lagi.