Dia Bukan Milikku

Dia Bukan Milikku
Penjelasan Diana Haya


__ADS_3

"Jom masuk dalam rumah? Kita jumpa ibu ayah dan isteri kamu." Ucap Rafael.


"Baiklah. Saya perlu hadapi masalah ini dengan matang. Ya Allah, permudahkanlah urusanku." Ucap Mikhail.


Mikhail mematikan enjin kereta lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah. Dato Raiqal, Datin Maya dan Diana Haya sedang menunggu di ruang tamu utama rumah Dato Raiqal.


"Assalamualaikum ayah, ummi. Mikhail dah sampai." Ucap Mikhail.


"Waalaikumussalam." Ucap mereka serentak.


"Mari duduk, Mikhail dan Rafael." Ucap Dato Raiqal.


Mereka berdua mempersilakan diri untuk duduk di hadapan Dato Raiqal dan Datin Maya. Muka Datin Maya yang serius membuatkan Mikhail risau. Seketika, Datin Maya bersuara memecahkan hening kesunyian dalam ruangan itu.


"Apa yang terjadi, Mikhail? Bagitahu ibu sekarang?" Ucap Datin Maya dengan suara datar.

__ADS_1


"Alamak. Macam mana ni? Bagaimana kalau cerita aku dengan Diana lain nanti? Mesti ibu syak yang salah seorang daripada kami menipu." Bisik Mikhail dalam hati.


Mikhail diam membisu.


"Diana dah bagitahu ibu semuanya, Mikhail. Jangan berdalih lagi. Bagitahu ibu cepat." Ucap Datin Maya lagi.


"Kamu kata yang Diana tak kisah kamu nak bekerja dengan ayah hari ni. Tapi sekarang Diana kata lain. Apa alasan kamu , Mikhail?" Celah Dato Raiqal pula.


"Apa yang Diana bagitahu?" Soal Mikhail tertanya-tanya.


"Kamu jawab dulu, Mikhail." Ucap Dato Raiqal.


"Bagitahu sahajalah,Mikhail." Ucap Rafael perlahan.


Mikhail menoleh ke arah Rafael. Ditenungnya lama. Pelbagai persoalan timbul dalam fikirannya. Adakah dengan jujur dapat menyelamatkan dirinya serta rumahtangganya yang baharu sahaja dibina semalam?

__ADS_1


Mikhail mula membuka mulut. Tangannya diangkat ke kepala untuk membetulkan rambut. Bagai menyediakan diri untuk menjawab soalan. Akhirnya Mikhail memberitahu perkara yang sebenarnya berlaku pada pagi tadi. Dalam fikirannya, lebih baik dia berterus terang daripada menipu. Dia risau jika penipuannya memakan diri.


Suasana hening seketika selepas Mikhail selesai bercerita. Masing-masing menoleh antara satu sama lain.


"Jadi betullah apa yang Diana cerita?" Ucap Datin Maya.


Terkejut Mikhail mendengar ucapan Datin Maya. Dia tidak percaya bahawa Diana akan berterus terang kepada ibunya itu. Baginya, jika Diana berterus terang kepada keluarganya, Diana bagaikan menghancurkan hidupnya sendiri.


"Mikhail, memang betul saya cintakan orang lain. Tapi, orang yang saya cinta itu telah meninggalkan dunia. Cuma saya yang tidak dapat melupakan kekasih saya itu. Sebab itu saya dipaksa berkahwin dengan awak, Mikhail. Baba dan ummi saya tak nak saya hanyut dalam kesedihan." Ucap Diana Haya yang daripada tadi diam membisu.


Diana Haya mengucapkan perkara itu sambil menangis teresak - esak. Rupa - rupanya ada plot twist disebalik kejujuran Diana Haya. Rafael yang sudah mendengar penjelasan Diana Haya sebelum Mikhail tiba tidak terkejut sangat cuma hatinya sakit bagai ditikam pedang. Terpaksa menerima penipuan itu demi kebahagiaan semua orang.


Alangkah terkejut Mikhail mendengar penjelasan daripada Diana Haya. Dia bangun daripada sofa lalu segera pergi kepada isterinya itu. Dia melutut di hadapan Diana Haya lalu memegang kedua-dua tangan isterinya.


"Saya minta maaf awak. Saya tak dengar dulu penjelasan awak sampai habis. Maafkan saya kerana telah sakiti awak." Ucap Mikhail serba salah.

__ADS_1


Air mata laju turun ke pipi Mikhail. Diana Haya mengelap air mata tersebut. Rafael hanya mampu melihat adegan romantik itu. Hendak sahaja dia menarik Diana Haya ke dalam pelukannya dan menolak Mikhail sejauh-jauhnya daripada Diana Haya. Namun dia hanya mampu kaku.


Diana sengaja berlakon di hadapan keluarga Mikhail agar penipuannya tidak terbongkar.


__ADS_2