
"Maaflah ibu. Kereta Mikhail tiba - tiba rosak tepi jalan tadi. Lepas itu, kawasan di sana tiada line telefon. Mikhail sampai ini pun tumpang orang yang lalu di kawasan itu. Berpeluh dah Mikhail ini setengah jam di sana." Ucap Mikhail sambil mengusap peluhnya itu.
Dato Raiqal, Datin Maya dan Rafael menarik nafas lega.
"Kamu ini suka betul buat kami risau." Datin Maya berleter kepada Mikhail.
"Sudahlah. Majlis nak mula dah ini. Kamu pergi siap cepat." Ucap Dato Raiqal kepada Mikhail.
"Baiklah ayah." Mikhail menyahut sambil tersenyum.
"Okay, jom kita pergi bilik berhias." Ucap Rafael sambil merangkul leher adiknya itu.
Tepat pukul 8.00 malam. Majlis bermula.
Keluarga bakal pengantin lelaki dan perempuan telah bersiap sedia mengelilingi Tok Kadi. Begitu juga Mikhail. Dia sedikit gementar berada di hadapan Tok Kadi dan Tuan Danial yang berada di sebelah sebagai wali Diana. Mereka semua menunggu ketibaan bakal pengantin perempuan.
__ADS_1
"Lamanya bakal isteri kau nak keluar. Tak siap lagi ke?" Soal Rafael tidak sabar ingin melihat bakal adik iparnya itu sambil berbisik.
"Sekejap lagi keluarlah itu, abang. Saya pun tidak sabar nak jumpa bakal isteri saya itu." Jawab Mikhail kembali.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ketibaan bakal pengantin perempuan membuat semua tetamu yang hadir bersorak-sorai. Diana yang diiringi oleh umminya hingga ke pelamin dilihat ramai tetamu yang datang. Begitu juga Mikhail dan Rafael.
"Kenapa?" Rafael terkejut seribu bahasa.
"Kenapa cantik sangat bakal isteri adikkan? Abang nak cakap macam itukan sebenarnya?" Mikhail salah faham dengan reaksi Rafael.
Diana menyedari reaksi Rafael daripada tadi hanya mampu tunduk. Dia tidak rela melihat kesedihan pada wajah Rafael. Diana terasa bagai mengkhianati Rafael dengan bakal mengahwini adiknya sebentar lagi.
Mahu tidak mahu, majlis akad nikah perlu diteruskan. Walaupun Rafael masih terpinga-pinga dengan keadaan sekarang. Pelbagai persoalan timbul di sudut hatinya.
"Pengantin perempuan dah tiba. Saksi kedua belah pihak juga ada. Wali pengantin perempuan juga ada di sini. Mari kita mulakan majlis akad nikah?" Tok Kadi membuka suara.
__ADS_1
"Baiklah, mari kita mulakan." Mikhail menjawab.
"Macam tak sabar-sabar ya, kamu? Tak lari pun bakal isteri kamu itu." Ucap tok kadi dengan nada bergurau.
"Tadi tok kadi yang nak mulakan majlis sangat. Aku pula yang tak sabar-sabar?" Bisik Mikhail dalam hati sambil mengangkat kening sebelah.
Majlis akad nikah dimulai dengan menandatangani borang nikah. Disusuli beberapa pertanyaan untuk pengantin lelaki. Lalu akad dimulai.
"Aku nikahkan kau dengan Diana Haya binti Danial yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." Lafaz tok kadi
"Aku terima nikahnya Diana Haya dengan emas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." Akad yang telah disempurnakan oleh Mikhail.
"Sah?" Soal tok kadi kepada saksi.
"Sah." Jawab Rafael dan seorang lagi saksi serentak.
__ADS_1
"Alhamdulillah." Ucap semua orang yang hadir pada malam itu.
Doa dibacakan setelah akad nikah. Hanya sekali lafaz yang Mikhail perlukan untuk menjadikan Diana Haya sebagai isterinya.