
"Teran lagi, puan. Dah nampak kepala bayi dah ni. Jangan berhenti puan." Ucap doktor pakar puan.
"Ya Allah!!!" Puan Siti menjerit sambil meneran sekuat hati.
"Bayi dah keluar! Alhamdulillah." Ucap doktor.
"Puan, tengok anak puan. Jantina anak puan apa?" Soal doktor.
Itulah soalan yang biasa diajukan kepada ibu yang baru sahaja bersalin untuk tahu kondisi ibu itu sendiri.
"Perempuan." Ucap Puan Siti perlahan kerana penat.
"Betul,puan." ucap doktor.
"Doktor! Ada satu lagi bayi dalam perut!" Jerit salah satu jururawat di situ.
"Satu lagi bayi!? Dalam rekod tak tulis kembar pun?" Soal doktor sambil memeriksa.
"Betullah. Ada satu lagi bayi." Ucap doktor lagi.
"Puan, teran sekali lagi puan. Satu, dua,tiga, teran!" Ucap doktor.
__ADS_1
Puan Siti telah kehilangan banyak tenaga. Dia tidak mampu lagi untuk meneran.
"Saya dah tak larat" Ucap Puan Siti dengan mata tertutup.
"Puan! Fikirkan nyawa anak puan! Anak akan lemas jika lama dalam rahim. Sekali ini sahaja puan! Fikirkan nyawa anak." Ucap doktor lagi.
Puan Siti bagaikan tersedar dengan kata-kata doktor tersebut. Dia perlu memikirkan nyawa anaknya itu daripada penat dan sakit dirinya sendiri. Puan Siti terus meneran sehingga anak keduanya keluar dengan selamat.
"Alhamdulillah, puan. Tahniah sebab dapat anak kembar dan kedua - duanya selamat." Ucap jururawat di sebelahnya.
Puan Siti yang kehabisan tenaga pengsan setelah mendengar ucapan tahniah daripada jururawat yang ada di dalam dewan bersalin. Tuan Danial tiada disisi Puan Siti ketika itu kerana mendahulukan solat Zohor yang telah masuk waktu.
Tuan Danial mengucup dahi Puan Siti dan membelai rambut isterinya itu. Dia juga membetulkan selimut agar menutupi badan Puan Siti.
Tuan Danial berbisik kepada Puan Siti.
"Good job, sayang. Abang bangga dengan sayang." Ucap Tuan Danial.
Lima belas minit kemudian, dua orang jururawat masuk ke dalam wad sambil membawa dua bayi dalam troli bayi. Terkejut Tuan Danial melihat dua bayi serentak.
"Bayi siapa satu lagi ini?" Soal Tuan Danial.
__ADS_1
"Kedua-dua bayi ini anak, Tuan. Tahniah, isteri tuan melahirkan anak kembar dan kedua - duanya ialah perempuan." Ucap jururawat sambil tersenyum.
"Eh, tak mungkin. Setiap bulan saya teman isteri saya periksa kandungan, memang seorang sahaja anak kami." Ucap Tuan Danial tidak percaya.
"Itulah kekuasaan Allah. Tuan dan puan bertuah." Ucap jururawat itu lagi.
"Kami pergi dulu, ya? Tuan azan dan iqamat anak - anak tuan, ya?" Ucap salah seorang jururawat itu.
"B-baik." Ucap Tuan Danial tergagap.
Tuan Danial mengazankan dan mengiqamatkan kedua - dua anaknya. Selepas selesai, dia menatap anak - anak perempuannya itu dengan penuh kasih sayang.
"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah." Ucap Tuan Danial memuji Allah SWT.
"Assalamualaikum." Ucap seseorang.
Tuan Danial mendengar seseorang memberikan salam lalu menoleh ke belakang. Tuan Danial menjawab salam lalu tersenyum.
"Masyaallah. Jemput masuk. Susah - susah saja datang sini. Siap Bawa buah tangan lagi. Terima kasih banyak-banyak." Ucap Tuan Danial mengalu - alukan kedatangan orang itu.
"Tak susah pun lah." Ucap orang itu.
__ADS_1