Dia Bukan Milikku

Dia Bukan Milikku
Datin Maya marah akan Mikhail


__ADS_3

Setelah seharian bekerja di pejabat Dato Raiqal sebagai kerani, Mikhail akhirnya mengerti erti susah kehidupan. Sungguh penat Mikhail pada hari itu. Daripada pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang, Mikhail perlu menghadap komputer sahaja. Badannya kini sungguh lemau.


Tepat pukul 6 petang, Mikhail berangkat pulang seorang diri kerana Dato Raiqal dan Rafael telah pulang lebih awal ke rumah. Mikhail pulang ke rumah tetapi bukan rumah ibu ayahnya melainkan rumah miliknya sendiri. Mikhail sudah tidak menghiraukan keberadaan isterinya itu lagi.


Sesampainya di rumah, Mikhail membersihkan badan dan solat Maghrib. Sesudah menyelesaikan solat Maghrib, Mikhail mendapat panggilan daripada Datin Maya. Dia terus mengangkat panggilan ibunya itu.


"Assalamualaikum, ibu." Ucap Mikhail.


"Waalaikumussalam, Mikhail. Datang ambil isteri kamu sekarang!" Tegas Datin Maya.


Kedengaran pada nada Datin Maya yang dia sedang marah. Mikhail tahu kenapa ibunya marah.


"Baik,ibu." Balas Mikhail datar.

__ADS_1


Mikhail menutup panggilan telefon daripada Datin Maya tadi. Sungguh dia belum bersedia untuk menemui Diana Haya itu kerana masih ada rasa marah terhadap isterinya itu. Mikhail melambat-lambatkan pergerakan kerana ingin solat Isyak terlebih dahulu dan juga tiada semangat untuk ke rumah ibu ayahnya itu.


Keadaan di rumah Dato Raiqal dan Datin Maya.


"Kenapa sebenarnya Mikhail tinggal kamu di bilik hotel begitu sahaja? Cakap kepada ibu. Biar ibu didik anak ibu itu. Cepat bagitahu ibu." Ucap Datin Maya kepada Diana Haya.


"Saya tak tahu, ibu." Balas Diana ringkas.


"Mikhail cakap kepada saya yang dia nak berubah sebab dia sekarang ketua keluarga." Ucap Dato Raiqal pula.


Tiga puluh minit kemudian.


Mikhail tiba di rumah Dato Raiqal. Mikhail duduk dulu di dalam kereta beberapa minit sebelum keluar berjumpa keluarga dan isterinya itu. Mikhail memikirkan alasan yang perlu diberikan untuk mempertahankan dirinya itu. Seketika, Rafael menjengah keluar daripada pintu rumah dan melihat Mikhail yang tidak keluar daripada kereta.

__ADS_1


Rafael memakai selipar lalu berjalan ke arah kereta Mikhail. Dia membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta. Dia duduk di sebelah Mikhail tanpa mengeluarkan sepatah kata pun. Mikhail juga berdiam diri. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Tiba-tiba Mikhail membuka mulut.


"Sebenarnya saya dan Diana bergaduh pagi tadi. Dia beritahu saya yang dia mencintai lelaki lain." Ucap Mikhail.


Terkejut Rafael mendengar ucapan Mikhail. Rafael tidak dapat mengawal gelabahnya itu.


"Adik tahu siapa lelaki itu?" Soal Rafael risau.


"Saya dah tanya Diana tapi dia tak nak bagitahu." Balas Mikhail.


Rafael menarik nafas lega mendengar kata-kata Mikhail.


"Lepas itu?" Soal Rafael lagi.

__ADS_1


"Saya tinggalkan dia dalam bilik lalu pergi ke pejabat ayah. Saya takut jika saya akan sakitkan Diana jika saya kekal di dalam bilik itu lagi. Saya terlampau marah masa itu." Balas Mikhail.


Rafael hanya berdiam diri. Dirinya lega kerana hubungan dia dengan Diana belum terbongkar tetapi dalam masa yang sama sedih dengan Mikhail dan Diana. Mereka ialah mangsa kedua belah pihak keluarga.


__ADS_2