Dia Bukan Milikku

Dia Bukan Milikku
Duka Diana dan Rafael


__ADS_3

Diana Haya kini bersendirian di dalam bilik. Dia duduk di atas katil dalam keadaan kaki dilipat ke dada lalu dia memeluk kakinya. Dia menangis sekuat-kuatnya di dalam bilik. Tiada sesiapa yang mendengar tangisannya kerana bilik tersebut kedap suara.


"Kenapa awak nak tinggalkan saya? Cukuplah kita tidak dapat bersatu dan sekarang awak nak tinggalkan saya pula? TIDAKKKKK!!!" Diana Haya meraung menangisi keputusan Rafael yang ingin pergi meninggalkannya.


Bantal di atas katil dilemparkan ke lantai. Hancur luluh hatinya. Setelah sekian lama dia menangis, dia merebahkan badan ke atas katil kerana terlalu penat. Dia mengesat air mata lalu mencapai telefon yang berada di sampingnya itu. Dia membuka whatsapp lalu mencari nama Rafael yang telah tenggelam ke bawah.


Diana Haya : Assalamualaikum, Rafael. Kenapa awak nak pindah Johor? Awak dah tak sayang saya ke? Kenapa awak buat saya macam ini?


Rafael : Waalaikumussalam, Diana. Maafkan saya. Awak itu isteri adik saya. Saya tak nak kacau rumahtangga adik saya. Kita terpaksa maju ke hadapan. Inilah takdir kita, Diana. Awak bukan milik saya. Saya terpaksa terima hakitat itu. Biarlah saya membawa diri jauh daripada awak. Saya nak tenangkan diri.


Diana : Saya boleh failkan fasakh di mahkamah. Selepas itu kita akan bersatu kembali.


Rafael : Jangan buat kerja gila, Diana! Adik saya cintakan awak. Awak failkan fasakh di mahkamah dan dia lepaskan awak sekalipun, saya takkan terima awak. Faham? Jangan sesekali sakiti Mikhail. Ingat itu.

__ADS_1


Diana Haya terdiam. Rafael sanggup mengorbankan kebahagiaan dirinya sendiri demi kebahagiaan Mikhail. Bahkan lebih daripada Diana Haya sendiri. Tangannya berhenti menaip mesej. Telefonnya digenggam sekuat hati lalu air mata keluar membasahi pipi. Menangis tanpa reaksi sedih pada wajah. Bagaikan mayat hidup.


Di pejabat Dato Raiqal.


Rafael berdiri di tingkap bilik kerjanya sambil termenung jauh. Kedua-dua tangannya dilingkarkan ke dada. Dia tertanya-tanya, apakah betul keputusan yang dilakukannya ini? Dia dibelenggu masalah yang tiada sesiapa pun tahu kecuali Diana. Tidak tahu ingin meluahkan masalah kepada siapa melainkan memendamnya seorang diri.


Rafael melihat kembali mesejnya bersama Diana Haya. Butang padam ditekan untuk menghilangkan bebannya itu. Tiada lagi whatsapp daripada Diana Haya. Telefonnya di letakkan di atas meja kerja. Rafael menyambung melakukan kerjanya. Tiga puluh minit kemudian, personal assistant Rafael mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik kerja Rafael.


"Baiklah. Saya akan keluar sebentar lagi. Selain itu?" Soal Rafael.


"Pada pukul empat petang pula, tuan perlu ke Putrajaya untuk meninjau projek. Itu sahaja untuk hari ini, tuan." PA Rafael mengakhiri ucapannya itu.


"Okay, awak boleh keluar sekarang." Arah Rafael kepada PAnya itu.

__ADS_1


Personal assistant itu keluar daripada bilik kerja Rafael lalu Rafael bangun daripada kerusinya dan mengambil fail dokumen yang akan dibentangkan dalam mesyuarat. Tatkala dirinya ingin keluar dari biliknya, Mikhail muncul di hadapan Rafael.


"Nak pergi mana?" Soal Mikhail.


"Abang ada mesyuarat dengan Tan Sri Khalid. Kamu ada banyak kerja nak buat?" Rafael bertanya kembali kepada adiknya itu.


"Tiada sangat. Banyak yang Mikhail dah siapkan." Balas Mikhail kembali.


"Okay, jom. Masuk mesyuarat sekali. Abang nak train kamu berurusan dengan customer tetap syarikat kita." Rafael mengajak Mikhail turut serta.


"Sekarang?" Soal Mikhail lagi.


"Ya, sekarang. Cepat sikit." Balas Rafael.

__ADS_1


__ADS_2