
Mereka yang berdiri dihadapan sekali mula bergerak masuk. Di setiap pintu ada dua orang pengawal yang menjaga dan menghitung jumlah orang yang masuk. Setelah cukup 25 orang pintu ditutup.
Xia menganggarkan masa yang yang di tetapkan adalah dalam setengah jam.
Tidak berapa lama menanti, kini giliran Xia untuk masuk. Ketika telah cukup 25 orang, pintu ditutup.
"Kalian bisa melihat ada jam pasir diatas, jika pasir telah habis bererti masa yang di peruntukkan telah tamat. Di ingatkan kembali, jika kalian tidak bisa meneruskan ujian ini, maka sebut menyerah. Dengan pantas kalian akan di keluarkan. Kalian bisa memulakan sekarang dan semoga berjaya" Mereka semua bisa mendengarkan suara itu setelah mereka berada di dalam ruangan itu. Di hadapan mereka terlihat sebuah tembok yang besar dipenuhi tumbuhan menjalar tiba - tiba bergerak dan terlihat banyak lorong yang ada dihadapan mereka.
"Jika kalian ingin berjaya sampai, ikut rapat dengan ku." Kata seorang pria. Yang lain mengikuti dibelakang nya. Xia dan Cisin juga mengikut, tanpa bicara.
Mereka masuk ke arah satu jalan dan tiba - tiba ada tumbuhan menjalar mengikat beberapa orang. Pria tadi menggunakan pedangnya untuk memotong tumbuhan itu. Setelah itu tumbuhan itu mula menyerang dan terlihat bertambah banyak.
"Kalian lari segera, aku akan menghalang tumbuhan ini." Yang lain semua lari, Xia dan Cisin membantu pria tadi. Setelah itu mereka pun bergegas pergi.
"Leo, apa kau tau jalan keluarnya?"
"Senang sahaja, aku akan membantu mu." Leo berkata.
Ketika bertemu dengan yang lain, jumlahnya telah berkurang.
"Dimana yang lainnya?" Pria tadi bertanya. Karna kumpulan tadi berkurangan lima orang.
"Mereka terjatuh ke dalam perangkap. Pasti mereka telah disingkirkan." Jawab seorang gadis.
Pria yang tadi langsung berjalan di hadapan mereka dan melangkah pergi.
"Xia jangan ikut mereka, kamu masuk lorong kiri." Leo berkata.
"Kalian ikutlah dengan ku, aku akan membawa kalian keluar dengan selamat." Xia berkata pada yang lainnya.
"Aku tidak yakin dengan mu." Jawab seorang dari mereka.
Xia tersenyum. " Aku tidak memaksa." Xia pun melangkah pergi.
"Tunggu.!! aku ikut denganmu." Seorang wanita berkata dan pergi kearah Xia. Ada beberapa peserta juga datang kearah Xia. Kumpulan itu berpecah menjadi dua. Kumpulan yang mengikut Xia seramai tujuh orang termasuk Xia dan Cisin.
__ADS_1
"Semoga kalian berjaya." Xia melangkah pergi mengikut arah yang Leo tunjukkan. Dengan pantas dan mudah, mereka yang mengikut Xia berjaya keluar dengan selamat.
"Tahniah anda semua berjaya." Ucap seorang guru yang menanti mereka di pintu keluar. Mereka di beri satu token yang bertulis lulus Pagar Sesat.
"Bawa token ini besok pagi untuk ujian kedua, kalian bisa langsung pulang dan datang semula besok."
Mereka bersorak gembira karna berjaya layak ke pusingan kedua. Dan mereka berterima kasih pada Xia.
Ketika mereka melangkah keluar dari sekta Gaodu, ada seorang pria mamanggil mereka.
"Tunggu.. tunggu sebentar." Mereka bertujuh pun berpaling ke belakang.
"Bagaimana keputusan kalian? Adakah kalian berjaya ke peringkat seterusnya?"
"Kau.. kau yang tidak mau mengikut diakan?" Tanya wanita itu, sambil menunjuk ke arah Xia. Pria itu hanya memandang mereka.
"Kau rugi tidak mengikuti kami tadi.. Kami bertujuh berjaya. Bagaimana dengan kalian?"
"Ermm.. kami semua gagal, kami menemui jalan buntu, tidak bisa keluar sampai abis waktunya."
"Tidak usah bersedih, tahun hadapan bisa cuba lagi. sekarang berlatihlah dengan tekun. Kami juga tidak pasti layak ke peringkat akhir." Xia memberi kata semangat.
Setelah itu Xia pun pamit untuk pulang bersama Cisin. Mereka pun pulang ke rumah.
Keesokan harinya, peserta yang berjaya dalam ujian pertama berkumpul di tempat berkumpul seperti semalam tetapi hari ini di hadapan mereka ada rumah yang memiliki sepuluh pintu.
"Tahniah kepada seribu peserta kerana berjaya melepasi ujian pertama. Hari ini kita akan menjalankan ujian kedua iaitu ujian kepintaran. Ujian kali ini setiap peserta akan diberikan satu soalan sahaja, kalian perlu menjawab soalan dengan betul dan tepat. Seperti yang kalian lihat, dihadapan anda ada sepuluh ruang kelas. Satu kelas bisa memuatkan sepuluh peserta." Guru Song berhenti berucap sebentar.
"Baiklah tanpa membuang waktu kita akan memulakan ujian yang kedua sekarang. Perlu di ingatkan setiap peserta harus menjawab soalan dengan waktu yang telah ditetapkan, mengikut waktu jam pasir. Sila mulakan dan semoga berjaya."
Setelah itu peserta yang berada dibarisan hadapan mula memasuki kedalam ruangan yang disediakan.
Xia dan Cisin masih menanti giliran mereka. Ketika tiba giliran mereka. Mereka pun masuk kedalam ruangan itu. Di dalamnya terdapat sepuluh buah meja yang di atas nya terdapat kertas dan alatan menulis. Di hadapan sekali terdapat seorang guru pemerhati.
"Selamat datang, duduk lah." Setelah semua peserta duduk guru itu pun memperkenalkan diri. "Kenalkan aku guru Lee, dihadapan kalian terdapat satu soalan yang berbeda di setiap meja. Kalian bisa menjawabnya sekarang. Aku akan memulakan waktunya sekarang."
__ADS_1
Semua peserta melihat soalan yang ada di hadapan mereka. Semua mengerutkan kening. Soalan yang ringkas tetapi agak mencabar untuk menjawab.
Soalan untuk Xia 'ketua'..
"Bantu aku, apa yang harus aku jawab." Xia bertanya pada temannya melalui fikiran nya.
"Aku rasa, mungkin merujuk kepada pengetahuan kau mengenai seorang ketua. Seperti tugas atau beban yang harus ketua pikul." Renyu menjawab.
"Iya aku juga pikir begitu." Leo berkata.
Xia mula berpikir dan dia terus memulakan menulis jawapan nya dengan tenang. Masa berjalan dengan pantas.
"Baiklah waktu telah habis, kalian di minta berhenti menulis." Ada beberapa orang peserta mengeluh dan menggelengkan kepala.
"Sekarang kalian harus keluar melalui pintu belakang, pelayan senior akan menunjukkan jalan. Kalian bisa pulang dan menunggu keputusan nama yang akan disiarkan di luar sekta dua hari kemudian. Jika nama anda ada, maka kalian harus datang semula ke sekta pada hari ketiga. Di harap semua bisa memberi kerja sama." Guru Lee berkata dan terlihat seorang pelajar senior menunjukkan jalan keluar.
"Soalannya diluar jangkaan. Hampir aku tidak bisa menjawabnya. Bagaimana dengan mu jiejie, apa soalan yang kau dapatkan?" Sambil berjalan Xia berbicara.
"Aku bertuah, Karna soalannya pernah aku pelajari dari mu. Untung aja aku masih mengingati kabaikan tumbuhan itu. Soalannya 'Cendawan Reishi'." Cisin tersenyum.
"Wahh.. pasti jiejie bisa lulus. Aku tidak yakin dengan keputusan ujian ku."
"Jangan kata begitu, jiejie yakin kau pasti bisa lulus. Emangnya apa soalan yang kau dapatkan?"
"Ketua."
Cisin berhenti berjalan dan menatap Xia. Terdengar ada beberapa peserta berbicara di sebelah mereka.
"Aku tidak yakin dengan jawapan yang aku jawab..Huh.."
"Kau dapat soalan apa?"
"Ketua."
Cisin dan Xia memandang peserta disebelahnya, mereka pasti di kelas yang berbeda dengan Xia. Xia mengeluh, dia melangkah kakinya menuju ke kediaman yang disewanya.
__ADS_1