Kisah Pengembaraan Seorang Gadis

Kisah Pengembaraan Seorang Gadis
2- travel ke zaman kuno


__ADS_3

Siumei melihat ular itu dan dia cuba untuk beralih arah, tapi sayang kakinya terpijak batu berlumut yang licin. Dia tergelincir dan tergolek jatuh di tebing sungai yang mempunyai banyak batu. Malangnya kepalanya terhantuk kuat pada batu besar.


"Siu mei!!..." Teriak lichen.


_______-----_______


Ditempat yang berbeda.


"Arrghh sakitnya kepalaku." Siumei tersedar dari pengsan dan langsung duduk bersandar di kepala katil.


'Aku dimana, kenapa perabot dan hiasan dibilik ini kelihatan aneh?.' batin Siu mei bertanya hairan.


Sedang Siumei tertanya- tanya di mana dia, datang seorang gadis berpakaian seperti pada zaman kuno masuk ke bilik itu.


"Puteri.." teriaknya. "Puteri sudah siuman".


hikk.. ehikk.. hikk


Gadis itu menangis dan menghampiri Siumei.


"Siapa kau ??? Kenapa kau menangis" ucap Siumei pelik.


"Apa!! puteri tidak mengenali hamba." Gadis itu terkejut


"Hamba Cisin, pelayan peribadi Puteri. Puteri memanggil hamba dengan gelaran Cici." kata Cisin


"Maaf aku tidak ingat. Aarrgghh... kepalaku sakit sekali" Teriak Siumei sambil memegang kepalanya.Tiba-tiba dia mendapatkan sepotong ingatan yang bukan dari ingatan dia. Ingatan itu sangat berbeda dengan ingatan dia sebagai Siumei.


"Puteri.. Puteri kenapa?" Cisin sangat cemas akan keadaan Siumei.

__ADS_1


"Puteri Chu Xia Lin". Siumei berkata pelik, sambil mengerutkan kening nya. Kepala nya sudah tidak sakit lagi.


"ia Puteri. Nama anda Puteri Chu Xia Lin, Puteri kepada perdana menteri Chu Feng Ming." Terang Cisin.


'Berarti ingatan tadi milik puteri Chu Xia Lin dan kini aku berada di zaman kuno.' batin Siumei berkata sedih. Sungguh dia sangat sulit untuk mempercayai kenyataan ini.


"Sudah berapa lama aku tidak sadarkan diri." Tanya Siumei.


"Sudah dua hari puteri tidak sadarkan diri selepas terjatuh ke dalam kolam." Cisin menatap tuan nya. "Puteri tak apa-apa, ada yang sakit di mana-mana. Apa perlu hamba panggil tabib? " ucap Cisin yang cemas melihat Puterinya diam membisu.


"Tidak perlu memanggil tabib, aku baik- baik saja, cuma hari itu kepala ku terhantuk batu saat aku terjatuh ke dalam kolam, makanya ingatanku sedikit pudar." Kata Siumei berselindung di balik kebohongannya.


"Syukurlah Puteri baik-baik aja. Maafkan hamba tidak menjaga puteri dengan baik. Hamba harus dihukum." Cisin berkata sambil melutut di hadapan Siumei.


"Ehh... kamu, bangun. Ngapain berlutut segala." Siumei berkata kesal.


"Tapi puteri.." Belum sempat Cisin menghabiskan katanya Siumei memotong katanya


Cisin takut akan ugutan Puterinya, terus bangun. " Baik Puteri."


'Aku bingung kenapa aku ada disini. Apa yang sebenarnya terjadi padaku. Adakah aku yang dulu sudah mati? Xia Lin telah mati dalam ingatan yang dia dapatkan itu. Xia Lin Sedang berada di tepi kolam lalu ada orang yang mendorongnya ke dalam kolam. Kepalanya terhantuk pada batu yang berada di dasar kolam, mungkin itu penyebab kematiannya. Siapa yang mendorongnya dan kenapa dia melakukannya?.' Banyak persoalan yang bermain di fikiran nya.


"Cici, boleh kah kamu menceritakan serba ringkas mengenai diriku dan tempat ini."


"Baik Puteri. Kediaman ini milik Perdan Menteri Chu Feng ming. Puteri adalah anak isteri sah menteri chu. Ibu puteri ialah seorang Puteri yang berasal daripada kerajaan Barat Yang bernama Puteri xi xiana. Terdapat empat Kerajaan Di benua ini yang diwakili oleh 4 orang kaisar, iaitu


1) kerajaan utara (kaisar bei)


2) Kerajaan timur (kaisar Dong)

__ADS_1


3) kerajaan barat (kaisar Xi)


4) Kerajaan Selatan (kaisar Nan)


kita berada di Kerajaan selatan, Di bawah naungan Kaisar Nan." Cici berhenti bicara untuk menelan air liurnya.


"Lalu, kalau aku seorang puteri. kenapa seingatku, aku didera dan dibuli?" Potong Siumei hairan dan tidak sabar untuk mengetahui kisah Xia Lin lebih lanjut lagi.


"Maafkan hamba kerana menjadi seorang hamba yang gagal melindung puteri. Sebenarnya ayah puteri tidak peduli dengan Puteri kerana baginya puteri penyebab ibu puteri mati. Puteri Xiana meninggal dunia setelah melahirkan puteri. Ayah Puteri tidak dapat menerima takdir kematian isteri tercintanya. Yang selalu mendera puteri adalah Selir Ming ziu li (Selir ming) Serta anak- anaknya. Dia ialah Selir pertama ayah putri, yang memiliki dua orang puteri iaitu yang pertama, Chu Wenli (17tahun) dan yang kedua Chu minli (14 tahun) Chu wenli bukan anak kandung ayah putri. Dia anak selir Ming dengan suami terdahulunya yang telah meninggal dunia. Ayah Puteri berkahwin dengan nya atas desakan ibunya. Kerana selir ming merupakan sepupu beliau dan merasa kasihan dengan Selir ming yang kematian suaminya. Maka dengan itu ibunya memaksa Menteri Chu untuk menikaihinya


'oh... Selir Ming dan anak- anak nya. Aku akan membuat perhitungan dengan mereka kelak.' Ucap Siumei di dalam hatinya sambil dia tersenyum miring.


"Lanjutkan ceritanya." Ucap Siumei.


"Ayah putri menikah lagi setelah empat tahun ibu puteri meninggal dunia. Selir kedua ialah Selir Ying Zia wei (Selir Ying) dan mempunyai anak lelaki bernama Chu Feng Han berusia 10 tahun. Selir Ying baik terhadap puteri, tapi dia pun selalu dimarahi oleh Selir Ming tanpa pengetahuan Menteri Chu. Kerana selalu membela puteri. Oh iya, hampir terlupa Puteri mempunyai seorang saudara kandung laki laki bernama Putera Chu Feng Xi (20 tahun)."


"oh iya!! dimana gegeku, kenapa dia tidak menolongku, saat aku didera oleh Selir keparat itu." Seinggat Siumei, Cici lah yang sering membantunya dan dipukul sekali oleh Selir Ming.


"Putera Feng Xi, telah menikah dua tahun lalu, dia tidak tinggal disini lagi. Putera Feng Xi menjadi jeneral muda dan menetap di daerah mukim tua, sejak putera Feng Xi tidak tinggal disini, Selir ming menunjuk kan taringnya. Dia membenci Puteri Xiana dan mengambil kesempatan atas ketidak pedulian Menteri Chu terhadap puteri untuk membalas kan dendam nya. Ayah Puteri tidak pernah mencintainya sebab itu dia berdendam kerana ayah puteri sangat mencinta Puteri Xiana. Sepatut nya Selir Ming ditukar kan status ke isteri sah kerana dia Selir pertama. Tetapi Menteri Chu tidak mahu memberi kan status itu kerana dia tidak sanggup menggantikan tempat isteri tercintanya dengan wanita lain. Kerana itu membuatkan Selir Ming menjadi bertambah marah dan melempiaskan kemarahannya kepada puteri." Jelas Cisin panjang lebar.


Putera Chu Feng Xi dan Puteri Chu Xia Lin mendapatkan gelaran Putera dan Puteri kerana ibu mereka adalah seorang Puteri. Dan telah mendapatkan mandat dari Kaisar Nan untuk gelaran itu. Kerana perkahwinan Menteri Chu dan Puteri Xiana menguntungkan bagi kedua kerajaan. Dimana sekarang dua kerajaan itu kini menjadi kerajaan yang bersahabat.


Tidak lama setelah itu, datang seorang wanita yang lebih berusia daripada Siumei masuk kekamar nya.


"Xia'er kamu dah sedar nak." kata wanita itu.


'Walaupun udah berusia tapi wanita itu terlibat cantik dan anggun.' Sempat Siumei memuji nya didalam hatinya.


Siumei mengingati wajahnya dalam ingatan Xia Lin

__ADS_1


"Bonda."


__ADS_2